See Me!

Tuesday 2 February 2016

Ceritera Tertangguh & Harapanku



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Liku demi liku ku tempuhi onak ranjau, bertahun juga...penat pun ada....stress lagi la banyak tidak terkira jari jemariku dan  macam-macam ku lalui beberapa tahun ini. Alhamdulillah aku masih tabah menempuhinya walaupun terbeban tetapi ku gigihkan diri hanya demi melunaskan sebuah harapan yang kuharapkan menjadi kepastian.

Tahun ini aku menunggu dua berita yang sangat aku tunggu-tunggukan setelah berhempas pulas memghabiskan banyak masaku dan wang untuk membuat penyelidikan, pembetulan demi pembetulan serta mengorbankan wang ringgit, masa, tenaga, emosi dan mentalku bagi mencapai apa yang ku hajatkan. Malah, pelbagai ikhtiar yang telah ku usahakan bagi memenuhi impianku selama beberapa tahun ini. Dugaan demi dugaan dan halangan demi halangan datang bertimpa-timpa tanpa ku duga tetapi ku kuatkan semangat tanpa jemu dan berputus harap bagi meneruskan perjuangan yang sudah ku mulakan bertahun lamanya. 

Aku berharap dapat menggenggam segulung Ijazah Sarjana (M.Eng.) pada tahun in dan sekaligus dapat bergraduat dalam tahun yang sama...agar impian ini akan menjadi realiti yang tidak dapat ku gambarkan rasa kegembiraan dan kesyukuran terhadap Allah S.W.T. yang sentiasa memberiku semangat, ketabahan, kecekalan, panduan ketika ku kehilangan fokus serta seorang guru yang sangat informatif, berdedikasi, pembimbing yang sangat baik di kala tersasar dari landasan... itulah supervisorku Dr Halimatun Hashim yang sangat sabar sepanjang menyelia penyelidikanku dalam "Power System Stability Analysis".

Satu lagi, berita yang aku tunggukan di akhir tahun ini paling cepat atau diawal tahun 2017.... apa yang aku rancangkan di tahun 2015 adalah menunggu rumah pertamaku siap sepenuhnya setelah membuat pelbagai 'study' sehinggalah berjaya melepasi semua proses pembelian rumah..Tidak sabar untuk aku jejakkan kaki ku pertama kali di rumahku sendiri diatas hasil titik peluhku....Amin Ya Rabbal Al Ameen.

Ku Harap di tahun 2016 dan tahun - tahun mendatang agar dipermudahkan segala perjalanan kerjaya, ekonomiku, pekerjaanku, kewangan, hidupku dan keluargaku serta dapat meneruskan sisa - sisa hidupku yang berbaki meneruskan hidup sebelum kembali ke maha penciptaKU.

Amin Ya Rabbal Al Ameen & Syukur Selalu


Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...