See Me!

Tuesday 15 August 2017

My Graduation Day 12 August 2017@Universiti Tenaga Nasional




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari Yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba iaitu Hari Graduasiku selepas menamatkan pengajian pada December 2016.... lama juga menunggu hari konvokesyen nie yang mana berlangsung pada 12/08/2017 sesi pertama untuk postgraduates iaitu Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kali ke-20.

Seronok gila, walaupun sudah banyak kali naik stage konvokesyen tapi rasa seronok kali ini lain macam...yang mana macam tidak percaya aku dah ada Master iaitu pengajian aku yang tertinggi setakat ini.... Insyallah kalau ada kekuatan dan rezeki aku ingin melanjutkan ke peringkat lebih tinggi iaitu PhD.

Aku Rasa berbangga dapat melanjutkan pelajaran di UNITEN kerana pengajarnya berkaliber dan berpengetahuan luas, research supervisor yang terbaik, dan Universiti terbaik. UNITEN antara sebuah universiti terbaik swasta di Malaysia, Dalam ranking Dunia UNITEN berada di tangga 371 untuk bidang kejuruteraan dan dan technology dan di dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik UNITEN berada di tangga 201-250 di Dunia dn banyak lagi rekod yang cemerlang UNITEN. UNITEN juga sebuah universiti terbaik Di Malaysia iaitu berada di ranking  No. 8 bagi sub-bidang kejuruteraan & technology di Malaysia.



Syukur Alhamdulillah

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...