See Me!

Thursday 4 January 2024

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching, Sarawak dari 28 hingga 31 Disember 2023. Disini saya tidak mahu berkongsi berkenaan perkahwinan tetapi saya ingin berkongsi tempat yang saya sempat melawati sepanjang saya berada disana, yang mana ini kali kedua saya datang ke Kuching iaitu kali terakhir tahun 2016.



Tempat Lawatan Pertama: Taman Negara Bako
Dari Bandar Kuching ke Taman Negara Bako mengambil masa lebih kurang 35 minit dengan menaiki kereta yang mana anda perlu menaiki bot dari Jeti Kg Bako ke Taman Negara. 

Untuk Pergi ke Taman Negara Bako, dari Jeti Kg. Bako, anda perlu membayar tiket bot berharga RM200.00 untuk satu bot, anda boleh kongsi jika datang dalam kumpulan atau kongsi bersama pelancong lain(jika datang seorang) atau boleh tempah bot persendirian untuk anda. Ketika itu saya datang sendiri dan saya berkongsi dengan kumpulan lain yang mana hanya perlu membayar tiket bot RM 50.00 sahaja seorang bersama dapat percuma pemandu pelancong (sebab kumpulan yang saya join sudah bayarkan, so rezeki saya lahhh). Kemudian, anda perlu membeli tiket masuk ke Taman Negara Bako yang mana saya dicaj berharga RM20.00 (maybe kaunter ingat saya bukan warganegara agaknya malas nak tanya sebab masa kejadian hujan dah mula turun). 

Selepas semua selesai bayaran, kami terus menaiki bot selepas memakai baju hujan yang dibeli RM5.00 di jeti tersebut. So bot kami ke Taman Negara Bako dengan meredah hujan, so basah kuyup juga la. Berikut gambar - gambar scenery di Taman Negara Bako:

Jeti Kg Bako - Tempat beli tiket bot dan Tiket ke Taman Negara Bako


Tour Guide Terangkan Peta Laluan Lawatan di Taman Negara Bako


Batuan sebelum ke Pintu Masuk Taman Negara Bako Selepas Turun dari Bot

Bertuah dapat jumpa Banyak Proboscis Monkey dan Viper Snake

Bergambar Sekejap Selepas Redah Hujan Selepas Turun Boat ke Pintu Masuk Taman Negara Bako

So jangan risau di taman negara, akan ada restoran untuk anda beli makan, ada juga bilik penginapan jika anda ingin bermalam disitu yang harga bermula RM40 mengikut jenis bilik. Jika ingin melihat ikan dolphin anda boleh datang dalam bulan Jun hingga Julai dan ada pakej penginapan ke pulau Lakei untuk melihat ikan Dolphin.

So sepanjang lawatan kami di Taman Negara Bako, kami di bawa pergi oleh pemandu pelancong dengan menunjukkan  beberapa haiwan yang berada disana antaranya Proboscis monkey dan Viper snake. So lawatan kali ini agak terbatas sebab hujan so dapat pergi yang kawasan tertentu sahaja, lagi pon join kumpulan lain. Apa yang saya boleh beri kesimpulan saya hanya jumpa normal monkey, proboscis monkey, viper snake dan pelbagai jenis tumbuhan.

Tempat Lawatan Kedua: Taman Negara Gunung Gading, Lundu
Selepas pergi ke majlis perkahwinan rakan sekerja di Kawasan Lundu, Saya dan rakan - rakan lain pergi ke Taman Negara Gunung Gading di Lundu yang mana perjalanan dari bandar Kuching ke Lundu mengambil masa lebih kurang 1 Jam 20 minit dengan menaiki kereta sewa.

Sampai di Taman Negara Gunung Gading, Lundu anda perlu scan QR code untuk mendaftar dan membayar tiket masuk berharga RM10.00 seorang (kali ini baru dapat harga tiket warganegara hu3).

Alhamdulillah kami dapat tengok bunga Rafflesia yang berumur lebih kurang 9 bulan (baby refflesia yang belum mengembang lagi. Kami jumpa bunga ini tidak jauh dari pondok tiket lebih kurang 300 meter berjalan, kemudian kami berjalan lagi untuk mencari air terjun yang pertama  lebih kurang 15 minit berjalan dari tempat bunga rafflesia yang dijumpai ( untuk ke tempat air terjun yang nombor tiga, anda perlu berjalan tambahan lagi 30-45 minit tetapi kami tidak meneruskan kerana masing - masing baru balik dari majlis perkahwinan, so paham2 la pakaian kami ketika itu he3). Berikut adalah gambar di taman negara Gunung Gading ini:

Melihat sendiri secara dekat bunga Rafflesia dan Air terjun di Gunung Gading, Lundu

Peta Laluan Gunung Gading, Lundu  dan Laluan Ke Gunung



Tempat Lawatan Ketiga: Kuching Waterfront & Fort magherita
Di malam hari pada 29 Disember 2023, saya dan kawan berjalan - jalan di sekitar Kuching Waterfront. So, kami meletak kereta di seberang waterfront dan untuk ke tempat tumpuan Kuching Waterfront kami melalui jambatan Darul Hana yang diterangi dengan pelbagai  dengan cahaya lampu led.

Tepian Waterfront


Fort Magherita- untuk masuk kesini perlu bayar RM10.00 yang mana ia berdekatan dengan kuching waterfront


Tambahan ketika itu, di kuching waterfront ada majlis sambutan ambang tahun baru 2024, so dapatlah kami jumpa dan lihat Zainal Abidin sedang buat rehersal dan pengujian bagi majlis sambutan tersebut pada malam itu.


Persekitaran Darul Hana Bridge dan Kuching Waterfront



Selepas itu, kami berjalan di sepanjang sungai sarawak di Kuching Waterfront dan singgah untuk makan di restoran James brooke Bistro and Cafe sebelum pulang.

Selepas melihat rehearsal Zainal Abidin sempena ambang tahun baru 2024, makan di James Brooke Bistro dan Cafe


Tempat Lawatan Kempat: Pasar Satok
Sebagai penutup percutian di Kuching dan tahun 31 Disember 2023, saya membeli buah tangan untuk keluarga di Pasar satok. Saya sarankan kalau ingin membeli boleh datang sini banyak juga pilihan jika tidak sempat pergi ke pasar serikin.  Apa yang saya sempat beli adalah di pasar satok Blok B:
  • ikan terubuk masin sungai berharga RM15.00 seekor, so saya beli 6 ekor, mereka akan siap bungkus mudah untuk naik pesawat.
  • telur ikan terubuk berharga satu bahagian berharga RM70-80.00 ikut saiz (boleh beli jika teringin rasa)
  • kek lapis Musa, saya beli dengan harga 6 pek RM 50.00 dan kek lapis mira RM10.00/pek.
  • ikan bilis serta oleh - oleh lain seperti mee kolok segera.
Suasana Kawasan Pasar Satok, Di kawasan ini ada tiga bahagian iaitu foodcourt, kering dan basah yang berdekatan

Oleh - oleh untuk dibawa pulang - terubuk masin


Di pasar satok, anda juga boleh merasa dan mencari buah - buah atau apa sahaja yang jarang jumpa. Pada masa tersebut saya mencuba buah belimbing hutan, buah ini sedap dan rasa macam buah rambai, korang kena mencuba ye..

Buah dan Sayuran yang jarang dijumpai, yang penting wajib cuba belimbing hutan ni tau, sangat sedap macam buah rambai


Tempat Makan
Sepanjang beberapa hari saya  berada di Kuching, antara tempat makan yang saya pergi adalah di TopSpot Foodcourt (di Rooftop UTC Kuching), Serapi Corner (di Pekan Batu 7), Mom's Laksa (di Jalan Satok), Kopi O Corner (di Jalan Haji Taha, Satok), Sugarbun (saya pergi di Boulevard Mall berdekatan Imperial Hotel) dan Pak Amit Cafe (di jalan Kulas) sebab Mee Kolok Haji Salleh kena beratur panjang.

Restoran Moms Laksa Cafe, Good try tetapi jika mahu makan mee kolok disini kena datang pukul 8 ke atas dan banyak menu termasuk dessert.
 
Bagi percubaan pertama di Pak Amit Cafe untuk Mee Kolok Special berharga RM10.00 sangat best, dapatlah rasa original sarawak tuuu

Jika sampai di kuching, jangan lupa makan original fastfood ini di kuching bernama SugarBun harga pon affordable

Ini tempat pilihan bagi sesiapa gemar makan seafood boleh try di TopSpot foodcourt betul - betul di atas rooftop bangunan UTC, so untuk 3 menu ini habis dalam RM70++.


Kedai ini boleh la cuba jika tiada pilihan, datang sini pon sebab emergency sbb tiba- tiba dapat call ada online meeting kerja

Kopi O Corner, boleh cuba kedai ini tetapi jangan datang terlalu awal jika ingin merasa Mee Kolok, jika menu lain ada jer bermula 7.00pagi



Sekian sahaja percutian singkat di Kuching dan Penutup tahun 2023.

Selamat tahun Baru 2024




Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...