See Me!

Thursday 24 March 2016

Ditawarkan Geran Penyelidikan FRGS UNITEN




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Rasanya sudah lama tidak kemaskini blogku ini. Setelah lama menyepi disebabkan terlalu banyak kerja, hari ini aku ingin megabadikan  kegembiraanku di blog untuk memori diriku.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi diatas limpah kurnia-NYA.

Syukurku tidak terhingga untuk menggambarkan kegembiraan dan kegirangan apabila ditawarkan geran penyelidikan FRGS sebagai "Postgraduate Research Assistant" tajaan Universiti Tenaga Nasional dikala melihat kawan - kawanku yang pernah mendapat juga tawaran biasiswa buat pertama kali seperti ini baru dapat merasa semasa Masters. Alhamdulillah ini pun atas tawaran oleh supervisor Master ku, Dr Halimatun yang sangat - sangat terbaik, bermotivasi dan sangat menyokong sepanjang proses penyelidikan dalam bidang sistem kuasa elektrik di UNITEN

Gambar 1: Tawaran FRGS UNITEN

Dengan geran ini bolehlah aku gunakan untuk kegunaan pembayaran yuran untuk pembentangan Paper conference aku di ACME 2016 di UiTM pada bulan lima nanti. Insyallah, agar semuanya berjalan lancar hendak-NYA.

Banyak juga untuk proses untuk aku lakukan selepas mendapat tawaran ini seperti matikan setem, angkat sumpah dsbgnya... kira., macam kena daftar tempat kerja baru prosesnya :)....banyak juga elaun aku boleh dapat seperti termaktub dalam surat tawaran serta dalam terma pekeliling UNITEN. Kalau aku tamak boleh sahaja mohon semua bantuan tu...tapi cukuplah sekadar aku boleh mohon bantuan yuran conference nanti walaupun layak untuk aku dapat gaji secara bulanan sebanyak RM2K setiap bulan selama setahun. Janji apa yang aku hajatkan tercapai untuk menggengam Scroll Master menjadi suatu realiti...tapi PHD bila lagi??? nanti-nantilah kalau semangat masih kuat.

Sekarang ini pun, terlalu banyak sangat kerja, sampai tiap-tiap hari kerja termasuk sabtu dan ahad yang mana kena pergi kursus yang dihantar oleh PERKESO. Sampai penulisan thesis pun masih sedang berjalan, harap-harap semuanya berjalan lancar dan sempurna semuanya.

Diharap untuk langkah seterusnya, aku dapat memberi pembentangan yang terbaik untuk Viva Master selepas selesai penghantaran Thesisku.....harap semuanya berjalan dengan lancar hendak-NYA.


Syukur Selalu










Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...