See Me!

Tuesday 7 June 2022

Pendawaian Elektrik Soket Kuasa Alir Keluar 13A

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan pendawaian elektrik bagi soket kuasa litar gelang. Bagi pendawaian soket kuasa keluaran boleh menggunakan kaedah litar jejari atau litar gelang. Kali ini saya fokuskan kepada pendawaian elektrik bagi soket kuasa menggunakan litar gelang. Bagi membuat pendawaian soket kuasa alir keluar perlu menggunakan RCCB yang mempunyai kepekaan 30mA mengikut peraturan yang ditetapkan berdasarkan Peraturan 36, Peraturan -Peraturan Elektrik 1994 dan Suruhanjaya Tenaga (MS IEC 60364).

Berikut merupakan  peralatan asas yang perlu bagi membuat pendawaian tambahan dari pendawaian sediaada:
  • Peralatan asas seperti alatan tangan, screw driver, drill, playar dan sebagainya
  • Kabel Live (L), Neural (N) dan Earth (E) bersaiz 2.5mm, 4.0mm dan sebagainya serta mengikut standard.
  • MCB (20A,32A)
  • Peralatan Pengujian seperti test pen socket tester, multimeter dan sebagainya.
  • dan lain-lain peralatan jika berkenaan
Pastikan sebelum melakukan kerja - kerja elektrik, perlu titik beratkan berkenaan keselamatan, jika anda tidak mahir, sila dapatkan khidmat yang pakar dan authorized!

Litar Jejari/Radial:
Bagi membuat pendawaian litar jejari, bahasa mudahnya adalah kabel yang dijalankan adalah satu arah iaitu kabel dari DB terus pergi ke point soket alir keluar. Untuk selamat, gunalah MCB bersaiz 16/ 20A yang mana disambung kepada 2 point soket alir keluar sahaja dengan menggunakan saiz kabel 2.5mm yang mempunyai SIRIM approved

Ianya adalah penting supaya anda tidak sambung lebih dari 2 point  jika anda menggunakan MCB 20A dengan kabel bersaiz 2.5mm dalam satu MCB, kerana ia penentu keselamatan anda dan kecepatan pemutusan litar apabila berlaku kerosakan elektrik. Gambar dibawah memaparkan pendawaian jenis ini:



Jika ingin menyambung soket alir keluar sehingga 4 soket, anda perlu menggunakan kabel bersaiz  4.0mm dan disambung kepada MCB bersaiz 32A bagi keluasan bilik 50m2Gambar dibawah memaparkan pendawaian jenis ini:





Litar Gelang/ Ring:
Bagi membuat pendawaian litar gelang, ia biasanya adalah untuk pendawaian litar bagi litar soket kuasa alir keluar sahaja. Bahasa mudahnya bagi pemahaman litar gelang adalah semua kabel (Live, Neutral dan Earth) yang datang dari DB (Distribution Board) mesti kembali semula ke tempat datang (iaitu di DB semua).  Bagi keselamatan, gunakan MCB bersaiz 32A yang mana disambung kepada 4-6 point soket alir keluar sahaja bagi ruangan  berkeluasa 100myang menggunakan kabel bersaiz minimum 2.5mm yang mempunyai SIRIM approvedGambar dibawah memaparkan pendawaian jenis ini:




Sekian, Pastikan Selamat!

Ts. Sabar.






Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...