See Me!

Tuesday 22 February 2022

UNBOXING: Toshiba Water Heater Model TWH-38EXPMY(G)

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Jom, jom unboxing apa yang ada dalam Water Heater jenama Toshiba Model TWH-38EXPMY(G) dengan Rain Shower. Ini adalah model yang saya beli:

sumber: website toshiba


Ini adalah rupa bentuk luar kotak yang akan dapat dari segi bungkusan luaran kotak:


Ini adalah model spesifikasi lengkap, yang mana model ini mempunyai rekaan yang elegan, stylist dan menarik dengan ciri ciri keselamatan yang baik yang mana julat harga antara RM290 (tanpa pum) - RM680++(dengan pump) mengikut seller (yang mana ada 4 variasi yang berlaianan harga) dan harga yang saya beli dari seller dari apps Lazada adalah RM643 (boleh dapat harga murah tapi kena tipu dari seller Shopee yang menggunakan ID Smart Lifestyle Distributor tetapi dapat refund semula duit dari shopee, itupun selepas 2 minggu menunggu dari mula order barang hingga duit dapat semula). Berikut adalah spesifikasi bagi model ini:

sumber: lazada


Bagi model ini antara ciri keselamatan yang ada bagi model ini antaranya adalah mempunyai double safety protection for overheating and dry heating, constant temperature system, safe guard system, higher fire proof standard(UL94), low noise DC pump, strong leakage protection, splash proof standard (IP25) and certified 99.99% bacteria free spiral flow heating system.


Berikut adalah perkakasan yang akan diberikan untuk set yang dibeli ini:

Gambar berikut adalah senarai lengkap bagi peralatan dan perkasanan dalam unit yang akan diberikan:





Gambar dibawah adalah aksesori untuk model ini yang terdiri daripada rain shower cap, rain shower arm, valve dan akserori lain yang diberikan.


Gambar ini pula, adalah isi dalam pakej yang dibeli, untuk model full package anda akan dapat iaitu warna gold.


Gambar dibawah adalah, contoh manual pemasangan yang akan diberikan.


Untuk makluman, untuk memasang water heater ini, anda perlu beli pressure hose (untuk sambungan dari punca air ke water heater) yang mana tidak diberikan, anda juga perlu membeli swkurang - kurang 2 unit PVC nipple  standard size iaitu 3/4" dan juga Acetal PVC street elbow 3/4" atau 3/4" 2 side threaded elbow. Gambar dibawah adalah perkakasan paip yang perlu anda anda untuk pasang sebelum menyambung ke pressure hose inlet ke water heater:



Untuk keselamatan maksimum water heater dan mengikut standard Suruhanjaya Tenaga anda boleh pasang RCBO, 10mA (Residual Current Breaker with Overcurrent) dengan menggunakan kabel bagi pendawaian water heater bersaiz 4.0mm.

Untuk topik pendawaian dan pemasangan water heater boleh rujuk topik seterusnya disini.

Ts. Sabar




Thursday 10 February 2022

Experience Sharing : Peperiksaan Professional Certified Disability Management Professional (CDMP)

 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Perkongsian kali ini berkenaan pengalaman menduduki Kursus dan Peperiksaan Certified Disability Management Professional (CDMP), International Disability Management Standard Council (IDMSC) iaitu pada Bulan Ogos 2021

Kali ini sedikit berbeza dari kali pertama menduduki peperiksaan CDMP, Tahun 2016 yang lepas. Masa ini memang tidak fokus sangat peperiksaan ini terutamanya sedang menyiapkan Thesis Master, Paper Conference dan VIVA serta projek  yang lain.

Gambaran Ambil Peperiksaan CDMP kali pertama, Tahun 2016:

Sebanyak 4 siri kursus perlu disertai, yang mana setiap siri adalah satu minggu kursus setiap bulan selama 4 bulan berturutan sehingga minggu peperiksaan.

Modul ada sangat banyak iaitu dari Modul A sehingga Modul Z, yang mana modul semua dalam bahasa inggeris daripada badan peperiksaan CANADA.

Yang paling konfius, semua teori adalah berkenaan konsep pengurusan disability  dan peperiksaan juga adalah berdasarkan sistem yang digunapakai di CANADA yang berlainan dengan bidang kepakaran/pendidikan. So, Maknanya jika ingin menjawab soalan peperiksaan CDMP tersebut, perlu anggap diri anda seorang pengurus kes yang berada di CANADA, jika tidak sukar untuk lulus.

Semasa peperiksaan, soalan perlu dijawab dari 8.00am sehingga 5.00pm (seharian) yang mana soalan terdiri 300 soalan yang dibuat sebanyak 2 sesi pagi dan petang yang mana soalan setiap sesi ada 150 soalan. Semua Soalan sangat konfius dan jawapan boleh dikatakan semua betul, cuma perlu pilih jawapan yang paling tepat atau tindakan awal  yang paling betul bagi setiap jawapan dari perspektif seorang pengurus kes disability dalam mengendalikan kes.

Dari statistik kelulusan yan diberitahu sejak CDMP diperkenalkan di Malaysia oleh PERKESO, statistik orang yang lulus sangat rendah lebih kurang hanya beberapa orang sahaja yang lulus dari ramai yang ambil peperiksaan setiap tahun dan mengikut kes ada yang pernah ambil exam 6 -10 kali baru lulus. Tambahan, sumber rujukan juga adalah terhad, hanya bergantung pada modul yang diberikan semata - mata serta apa yang trainer dari Malaysia  bagi syarahan (dari pengalaman dan pemahaman personel yang sudah lulus peperiksaan CDMP sebelum ini). Kursus juga dijalankan dalam dwibahasa yang mana pengajar adalah dari Malaysia yang mencuba memenuhi objektif kursus sebelum calon menghadapi soalan exam dan anda perlu memahami pendekatan yang betul untuk faham konsep CDMP sepenuhnya.

Gambaran peperiksaan CDMP kali Kedua, Tahun 2021:

Selepas 5 tahun, Tahun 2021 saya kena ambil juga semula peperiksaan CDMP apabila diminta berbuat demikian.


Berikut adalah contoh borang yang perlu diisi untuk menduduki peperiksaan CDMP ini dan kelulusan permohonan akan dimaklumkan melalaui emel beserta surat tawaran  kursus seperti ditunjukkan pada gambar dibawah.

Alhamdulillah, yuran kursus dan peperiksaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh organisasi saya bekerja tetapi calon luar lain perlu ditanggung oleh calon sendiri atau organisasi yang mana mereka perlu memenuhi syarat yang mana boleh mendapatkan info disini >> https://rtwsocso.weebly.com/cdmp-melayu.html dan makluman di link ini >> https://www.idmsc.org/news/cdmp-and-crtwc-graduation-ceremony-held-in-malaysia/. Anggaran yuran bagi calon luar dalam  RM 2000++ mengikut jadual kursus  yang akan diiklankan di laman web tersebut.




Selepas permohonan anda diluluskan, sekitar 1 -2 minggu sebelum kursus bermula anda akan di maklumkan secara  emel bagi jadual kursus untuk keseluruhan siri. Bagi kes saya dalam zaman pandemik covid19 kursus bagi semua siri dibuat secara online yang mana link diberikan dalam emel seperti ditunjukkan dibawah:

Anda juga akan diberikan secara  softcopy modul semua modul A- Z yang perlu anda hadiri. Bagi kes saya, kali ini ada sedikit perubahan dari segi sistem peperiksaan, jumlah modul dan pemarkahan yang mana lebih mudah untuk lulus bagi saya jika dibandingkan zaman sebelum tahun 2017 yang mana pemarkahan dan soalan lebih sukar.


Sebarang perubahan akan dimaklumkan semasa kursus mengikut batch anda. Bermula Tahun 2017, jumlah modul, sistem peperiksaan, dan pemarkahan sudah banyak berubah dan dipermudahkan yang saya boleh rumuskan seperti dibawah:
  • Sistem peperiksaan CDMP berubah bermula Tahun 2017, pihak penganjur bekerjasama dengan badan peperiksaan dan Universiti Malaya bagi penggubalan soalan, peralihan bahasa soalan kepada dwibahasa dan sistem pemarkahan.
  • Soalan juga lebih mudah yang mana dijalankan dalam dwibahasa, lebih ramai boleh lulus dengan menggunakan sistem baru dengan kerjasama Universiti Malaya itu dibuktikan oleh batch pertama tahun 2017 yang menggunapakai sistem ini.
  • Jumlah soalan pada zaman saya (2021) juga sudah dikurangkan kepada 250 soalan dari 300 soalan zaman dahulu.
  • Beberapa soalan tambahan dari sistem dan perundagan Malaysia dimasukkan dalam soalan , contoh modul tambahan adalah, Peranan Jabatan Hal Ehwal Kesatuah Sekerja, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Kerja, Skim PERKESO dan Mahkamah Perusahaan Malaysia.
  • Peperiksaan dijalankan secara online dalam kes saya.

Hint:
Jika anda ingin menjawab peperiksaan CDMP, anda perlu betul - betul faham konsep kerja sebagai pengurus kes bagi pengurusan pekerja yang kehilangan upaya yang mana sistem tersebut hanya di praktiskan di CANANA dan di malaysia masih dalam proses ke arah tersebut hendaknya. 

Yang mana, jika anda bukan bekerja sebagai pengurus kes, anda perlu meletakkan diri sebagai pengurus kes yang berada di CANADA. Jawapan yang dipilih perlu tepat yang mana pilihan jawapan semuanya adalah betul dan hampir sama maksud, cuma anda perlu pilih apakah tindakan paling awal jika anda seorang pengurus kes akan lakukan jika berada dalam situasi senario yang diberikan. 

Anda perlu baca kesemua modul yang diberikan untuk faham keseluruhan modul CDMP dan sistem Malaysia atau boleh dapatkan maklumat tambahan disini >>> https://www.cspdm.ca/certification/certified-disability-management-professional-cdmp/ dan laman web yang berkenaan. Saya sarankan anda wajib baca dalam Modul Y CDMP jika mahu faham secara ringkas da pantas bagi pemahaman secara konklusif berkenaan CDMP, tetapi ingat baca juga modul lain ye!.

Berikut merupakan contoh emel yang anda akan dapat beberapa minggu selepas peperiksaan yang memaklumkan anda telah berjaya lulus peperiksaan CDMP beserta sijil.





Inilah contoh sijil yang akan diperolehi selepas lulus peperiksaan ini, selepas  menghadiri beberapa siri yang panjang dan membaca  modul-modul CDMP:



Alhamdulillah akhirnya saya berjaya, yeahhhh!!!

Sekian Perkongsian pengalaman mengambil peperiksaan CDMP 2021

Ts. sabar,CDMP











Tuesday 1 February 2022

New Car 10H Ceramic Coating

 

Salam Sejahtera


Sangat penting bagi pembeli kereta baru untuk menjaga kenderaan pada tahap yang optimum. Oleh itu di Penghujung di Bulan  Mei 2021, saya telah membeli kereta di waktu pandemik COVID-19 dan ketika Perintah Kawalan Pergerakkan diperketatkan belum bermula (PKPD) semasa kereta keluar. Dukacitanya, seminggu selepas kereta keluar, kerajaan umumkan PKPD mengikut daerah dan macam-macam jenis PKP, sabar jer lah kan...

Selepas kerajaan longgarkan sedikit PKP sekitar bulan  August 2021 dan ketika itu kebetulan terpaksa pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja... tetapi perlu minta pelepasan dari Balai Polis sebelum itu.

Selepas urusan kerja selesai, semasa dalam perjalanan pulang, saya terlihat ada satu signboard kereta coating  yang buka berhampiran laluan Pudu - Sungai Besi. Kemudian, sebelum pergi ke kedai tersebut sempatlah saya buat tinjauan/review secara online berkenaan syarikat tersebut untuk memastikan saya masuk di kedai yang benar - benar boleh dipercayai.

Nama kedai car detailing yang saya kunjungi dan menggunakan perkhidmatan untuk membuat coating adalah VanoTech Premium Coating Malaysia. Anda boleh google di Facebook mereka untuk mendapatkan maklumat samada memenuhi citarasa, terutama jenis coating yang dimahukan. Semasa saya sampai di kedai, pekerjanya memaklumkan saya perlu message di FB massenger jika mahu booking dan harga promo seperti yang saya baca di FB mereka seperti ditunjukkan rajah dibawah dan terus membuat booking di hari yang sama , kebetulan banyak kedai baru mula dibenarkan buka sacara berperingkat.



Kalau ikutkan harga pada August 2021 untuk 5 Layer Ceramic Coating 10H Ceramic Coating Pakej Gold dengan warranty 3 tahun, tetapi disebabkan saya berada  luar KL mereka bagi saya 5 Tahun warranty.

Untuk pakej Gold RM1,388, saya hanya bayar RM950.00 sahaja selepas buat booking di FB tak pasti terlahu mahal atau terlalu murah. Tetapi saya rasa mid-price jugalah untuk 10H Ceramic Coating. Pakej -Pakej lain boleh rujuk rajah dibawah:

Dalam Pakej Gold ini, saya inklusif :

  • Premium Wash & Vacuum
  • 6 Step Premium Polish
  • Windscreen/Window
  • Engine Bay Steam Wash
  • Leather/Fabric Clean
  • Interior Plastic/ Rubber
  • Ada voucher tambahan seperti Free Car Wash on Birthday, Coating Maintenance



Untuk pakej Gold harga sebenar RM1,388, saya hanya bayar RM950.00 sahaja selepas buat booking di FB tak pasti terlalu mahal atau terlalu murah. Tetapi saya rasa mid price jugalah kalau untuk 10H Ceramic Coating jika dibandingkan kedai - kedai lain yang pernah saya survey sebelum ini. 

Mereka juga menggunakan apps yang dipanggil sebagai Tunai bagi memudahkan anda menebus voucher. Gambar dibawah adallah contoh resit yang dikeluarkan melalui apps tersebut:

Resit Bayaran

Paparan Voucher dalam Apps Tunai

Proses Coating  memakan masa dalam 5 - 6 jam hampir satu hari mengikut jumlah lapisan dan berikut adalah proses untuk membuat coating yang saya rumuskan dibawah: 

  • Pertama, mereka akan basuh, bersikan mana yang patut dan keringkan kali pertama kereta anda bagi membuang habuk dan kotoran. Kemudian, mereka akan
  • Kedua, mereka akan polish dan wax keseluruhan kereta bagi mencantikkan permukaan warna kereta .
  • Ketiga, Mereka akan basuh dan keringkan kereta.
  • Keempat, Mereka akan letakkan 10H Ceramic Coating keseluruhan bandan kereta termasuk di windscreen, window dan enjin kereta.
  • Kelima, Mereka akan keringkan coating dengan menggunakan Lampu Infrared, jika tiada menggunakan infrared lambat kering dan coating tersebut akan hilang. Rujuk gambar dibawah, proses infrared sedang dijalankan:






Selepas menunggu 5 - 6 jam di kedai, akhirnya kereta saya siap akhirnya. Nasib baiklah kedai ada ruang menunggu di kedai so, bolehlah bungkus dan makan di ruangan kecil yang disediakan tersebut sebab waktu tersebut masih belum boleh makan di kedai. Inilah  gambar kereta yang siap coating:





Tujuan coating adalah bagi menjaga keadaan cat bagi tempoh yang lebih lama dan menutup kecacatan kecil atau calar sahaja dan bukannya menutup bekas calar yang dalam ye. Gambar dibawah adalah post dari syarikat VanoTech Berkernaan hasil kerja setiap project mereka siapkan:


Berikut adalah Do's and Don't atau pantang larang untuk memastikan coating yang dibuat dalam keadaan yang optimum:
  • Do's, Mencuci menggunakan hand wash atau touch-less wash tanpa, Mencuci menggunakan nano shampoo/ yang tiada chemical, tidak menggunakan wax/ polish lagi dan menggunakan kain microfiber serta basuh dibawah panas cahaya matahari.
  • Don't, Pastikan tidak mengunakan servis perkhidmatan cucian automatik, tidak menggunakan shampoo yang ada chemical, tidak  menggunakan wax/ polish dan dibawah matahari serta tidak menggunakan kain selain microfiber.
Apa yang boleh ditambahbaik, kedai tersebut boleh sediakan water dispenser/ coffee maker serta TV terutama waktu pandemik atau mereka yang datang dari luar kawasan, bolehlah basahkan tekak semasa menunggu.

Hati berasa senang kereta telah selamat coating, walaupun kereta yang baru keluar kedai sudah siap wax oleh pengilang tetapi jangka hayat wax tersebut boleh bertahan lebih kurang 3 bulan sahaja. Ianya terpulang pada anda untuk pilih samada untuk polish dan wax sahaja setiap 6 bulan atau buat Coating 9H/ 10H untuk tempoh penjagaan yang  lebih lama, lebih kurang 3 - 5 Tahun.


Sekian sahaja perkongsian kali ini, selamat membaca, menilai dan Membuat pilihan tepat!

Ts. sabar




Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...