See Me!

Tuesday 24 September 2019

Pendawaian & Pemasangan CCTV Rumah Menggunakan Hikvision IP Camera



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada Post kali ini, saya ingin kongsi sedikit asas pemasangan dan pendawaian CCTV di rumah. Berikut merupakan peralatan yang perlu ada sebelum membuat kerja perpasangan:

  1. Set Lengkap unit CCTV (HikVision) termasuk NVR, Ip Camera (Bullet/Dome), hardisk 
  2. Power Supply Unit
  3. Kondiut
  4. Flexible pipe
  5. PVC Enclosure Box 4"x4" or CCTV Outdoor Wall Mount Bracket if required
  6. Wire Trico and Plog Top (if necessary)
  7. TV (untuk view & display recording)
  8. HDMI/ VGA (untuk connection to TV)
  9. BNC Connector
  10. DC Jack
  11. Kabel RG59+VDE Power Cable
  12. set wifi modem with Lan Connection (if required to access thru phone or web connection)
  13. Alatan Pepasangan (e.g: Tangga, Tools Set, Handrill, hammer drill if required untuk conceal type, screw, cable cutter, Black tape,  connector etc.)

Jenis CCTV yang digunakan


Pertama, Perlu indentify lokasi tempat untuk kamera diletakkan yang mana merujuk kepada tujuan pemasangan CCTV di sesuatu tempat.

Kedua, Ukur jarak kabel RG59+VDE dari tempat pemasangan kamera ke tempat NVR dekoder dan tv dipasang dan pastikan ada bekalan elektrik yang mana kabel tersebut boleh dijalankan di atas siling atau ikut laluan luar dengan menggunakan kondiut atau jenis conceal mengikut kesesuaian yang dimahukan.

Setelah semua point ditarik kabel, sambungkan point untuk IP camera boleh dipasang dengan menggunakan kabel coaxial disambung dengan BNC Connector bagi menyambungkan camera dan kabel power (VDE) disambung dengan menggunakan DC Jack  kepada kabel kuasa pada kamera dengan mengikut warna kabel (kabel merah dengan merah (L) dan kabel hitam dengan hitam (N) menggunakan connector). Kemasan pada penghujung kabel kamera boleh dikemaskan dengan menggunakan flexible pipe dan 4"x4" Box untuk meyorokkan kabel tersebuat.

Setelah selesai semua pendawaian dan pemasangan pada bahagian penghujung point, seterusnya... boleh meyiapkan di kawasan NVR dekoder, unit bekalan kuasa dan setup monitor.

Dibelakang NVR ada port untuk menyambungkan port untuk camera yang mana penebat luar di bahagian luar penyalut RG59 dibuangkan dan disambungkan dengan menggunakan BNC Connector sebelum disambungkan pada port NVR. Seterusnya pada kabel RG59 ada juga kabel kuasa yang mana akan disambungkan dengan unit Power Supply mengikut bilangan camera yang ingin dipasang contohnya:

  1. 5A, 12V    - pemasangan untuk maksimum 4 camera
  2. 10A, 12V  - pemasangan untuk 4/8 camera
  3. 20A, 12V  - pemasangan untuk 8/16 camera
  4. 30A, 12V  - pemasangan untuk 16/32 camera
source: google


Pada Unit Power Supply ada label Live(L) - kabel warna merah/coklat, Neutral (N)- kabel warna hitam/biru, Earth (E)- kabel warna hijau/hijau-kuning sambungkan dengan punca bekalan dengan menyambungkan dengan wayar Trico dan Plug Top yang akan disambungkan dengan punca elektrik untuk menghidupkan Unit tersebut sekaligus memberi kuasa pada litar camera berfungsi.

Seterusnya, di unit CCTV Power Suply yang digunakan ialan 10A,12V... ada label terminal 2 point terminal V+ dan2 point terminal  V- yang bermaksud:

  1. V+ = sambungkan pada terminal semua kabel VDE iaitu kabel kuasa yang berwarna merah yang mana boleh diagihkan sama banyak jika terdapat 2 point terminal iaitu jika ada 4 camera bermakna akan ada 4 kabel merah sebanyak 4 boleh, so setiap terminal V+ ada 2 kabel merah disambungkan.
  2. V- = disambungkan kabel dari point camera yang berwarna hitam dibahagikan sama rata mengikut terminal.
Paparan NVR dekoder pandangan depan dan belakang


Kemudian, sambungkan Kabel adapter kepada NVR dari set unit yang diberikan dalam kotak untuk kabel kuasa. dan sambungkan kabel VGA/HDMI dari NVR ke TV untuk setup dan melihat recording CCTV.

Seterusnya, setupkan  view pada TV pemapar dengan buat tetapan seperti ayng dipaparkan di skrin selepas NVR decoker dan sumber kuasa di onkan. setkan password untuk sistem CCTV anda seperti arahan pada skrin. Untuk start-up password pastikan anda tanya semasa membeli set CCTV memudahkan untuk anda membuat tetapan nanti.

Paparan skrin CCTV yang utk start-up dan selepas start-up

Akhir sekali, adjustkan camera di setiap point untuk captured kawasan yang anda mahu perhatikan... pastikan kawasan yang disetkan adalah jelas dan sesuai dengan tujuan pemasangan CCTV anda.

Finishing CCTV yang siap dipasang



Sebagai nota tambahan, anda boleh captured pencuri dengan menggunakan camera CCTV jenis ColorVU yang mana ada fungsi siren/alarm yang built-in. Kamera jenis Dome biasanya dipasang di dalam rumah dan kamera jenis Bullet dipasang di kawasan luar rumah. Malah, anda bole link untuk view/ monitor rumah anda secara web/phone dengan melalui internet

Jumlah kos pemasangan CCTV jenis IP Camera iaitu 2 Dome + 2 Bullet ialah:

Bil
Item
Harga
1
Complete Set HikVision 4 Camera,  Set termasuk :
              i.   12V power supply 10A
             ii.    RG59+VDE cable 100m
           iii.   4 camera
           iv.   NVR+Tetikus
            v.   Hardisk 1TB
           vi.   BNC Connector
         vii.   DC Jack
RM650.00 (PROMO)
2
Kondiut/ Casing 1” (ikut jarak)
RM70.00
3
Paku
RM10.00
4
Flexible Kondiut
RM10.00
5
Enclosure Box (jika perlu)
RM5.00 seunit
Jumlah Projek (tidak termasuk Box)
RM740.00


Pesanan Ringkas,
Dinasihatkan jika ingin membuat pendawaian dan pemasangan CCTV perlulah ada ilmu pendawaian elektrik.... jika tidak pasti belajarlah sehingga yakin dimana - mana pusat kemahiran jangka pendek yang bersesuaian bagi apa - apa sahaja kemahiran asas.

Sekian,

Tuesday 10 September 2019

Simptom Kerosakan Audio Player


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini lewat malam tanggal 6 September 2019, aku keluar untuk membeli barang, semasa dalam perjalanan macam biasa buka muzik untuk hilangkan rasa bosan semasa memandu... Hendak dijadikan hal, dan berhenti di kedai untuk membeli barang ... so teruskan perjalan  untuk balik rumah selepas membeli... dijadikan cerita aku cuba untuk on kan  player tetapi tidak hidup... hanya lampu skrin jer bernyala... kemudian, ak cuba untuk off kan tetapi tidak boleh juga walaupun sudah cuba banyak kali skrin masih menyala dan tidak boleh dipadamkan.

Sampai di rumah, enjin dimatikan tetapi lampu skrin masih menyala... so, nak cari kedai sudah lewat malam, so... dibiarkan walaupun hati risau  yela mesti akan guna bateri serta boleh kong dan tawakal jer.

Ke esokkan hari, terus mencari kedai aksesori kereta iaitu sekitar 10am yang berdekatan untuk periksa sebab kerosakan pada player keretaku.

Sampai di kedai, technician tu buka audio player ... dia check current guna test lamp semasa enjin off dan  on... so, dia confirmkn bagitahu memang player rosak dia kata memang dah masa rosak biasalah masih pakai barang original sejak beli kereta ni ...

So, hendak or tak nak kena juga tukar sebab bosan juga jika muzik tiada kalau memandu kan. So, dia pon tunjuk jenis dan harga player... ak terus pilih touch screen 7" jenama Pegasus model PGD-707 double Din tak tahulah bagus or tak.. tapi ikut bajet anda hendak murah atau mahal...buat masa ini puas hati dengan pilihan.... tengok harga di shopee lebih kurang bermula RM80-RM300++ (tidak siap pasang ye) ikut jenama tapi kedai tu bagi harga RM388 seunit... ak pon malas hendak fikir biasalah harga kedai kan... kalo hendak tunggu bli di shopee kena tunggu lagi dan caj pasang lain... lebih kurang jer la.

Speksifikasi Audio Player Jenama Pegasus PGD-707


Ak pon berkenan juga hendak pasang reverse camera hehehe harga dia bagi RM150 guna camera jenis brand pivot tengok kt shopee dalam RM90 juga la... Model ni spesifikasinya agak bagus dalam trange hargayan juga cuma tiada navi dan android supppot jer tetapi  boleh connect dengan phone link anda dengan menggunakan USB cable thru Autolink app.

Aksesori Pemasangan dan Jenis Reverse Camera

Aku pon bagi tahu kalo harga all in RM500 semua yang direquest, aku setuju... itupun selepas tawar... Mereka juga ada tukar double din player casing dianggarkan harga RM20-30... dia hendak caj tapi bila sudah bagitahua RM500 all in mereka pon kata ok.... so dapat free... siap dapat air free sebab menunggu 2 jam untuk dipasang...

Siap Dipasang...


Sekian...

Wednesday 4 September 2019

Percutian Jakarta & Bandung - 12 April Sehingga 16 April 2019 (5H 4M)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lewat sedikit untuk update percutian awal tahun 2019 pada bulan April. Disini dikongsikan sedikit anggaran perbelanjaan semasa melancong di Indonesia  iaitu di Bandung dan Jakarta selama 5 hari dan 4 malam secara kasar... Perbelanjaan ikut bajet anda ye dan hendak jimat kurangkan ber'shopping'!


1. KOS - KOS PERCUTIAN SECARA KASAR

No
Item
Per group
Seorang
          i.
Kos Penginapan (untuk dua orang) - 3 hari 2 malam siap sarapan pagi (RM 428.00) di bandung 1 malam di jakarta (RM 62 semalam) -
RM490.00
RM245.00
       ii.
Kos Penerbangan ( termasuk insurance, baggage 20 kg dan tax)
-
RM261.50
            iii.
Tiket Masuk TamanTema
IDR600K
RM90.00
              iv.
Supir/ Pemandu pelancong (2H 2M)
IDR1.2 Juta
RM180.00
            v.
Grab (hari terakhir)
IDR700K
RM105.00
             vi.
Parking di KLIA2
RM190.00
RM95.00
            vii.
Caj Penalti Duti Kastam di KLIA
RM120
RM60
           viii.
Makan Minum (tambahan)
-
RM200.00
           ix.
Shopping Pakaian seorang
-
RM1, 200.00
 
Jumlah keseluruhan untuk seorang selama 5 hari 4 Malam percutian ialah RM2, xxx. Ini jumlah yang saya belanjalah.... so korang boleh kurangkan perbelanjaan dengan mengurang shopping anda hehehe .... sebab macam saya, raya lagi 2/3 bulan so banyak lah membeli untuk keluarga... jika tidak membeli perbelanjaan kurang dari RM1500 perbelanjaan dan boleh jimat juga jika  percutian berdasarkan backpacker style.


2. HARI PERTAMA - 12 APRIL 2019 ( KLIA-JAKARTA-BANDUNG)

Inilah suasana di Airport KLIA2 dan semasa di udara dalam perjalanan ke Jakarta-Bandung dari KLIA mengambil masa 2 jam yang mana waktu Indonesia lewat 1 jam dari waktu Malaysia.


Semasa check out di imigresen Jakarta sangan Mudah... hanya tunjukkan passport sahaja tidak perlu isi apa - apa borang.

Sampai sahaja di Jakarta Airport, kami aktifkan roaming untuk senang penggunaan internet dan call di sana.... so bagi pengguna postpain macam saya pengguna DIGI postpaid, boleh guna plan yang ada ditawarkan jika melancong luar negara mengikut plan... macam saya guna postpaid plan 80 sebulan... so untuk guna disana boleh subscribe pelan RM15 jer sepanjang disana call dapat selamat 60minit dan data 5GB... so aktifkan sebelum pergi ye dengan menghubungi customer service digi sebelum bertolak untuk pengaktifan.

Hari pertama melalui perjalanan yang panjang iaitu dari KLIA ke Jakrata Soekarno hatta Airport, seterusnya setibanya di airport pergi ke Bandung menggunakan kereta yang di tempah awal yang dibawa oleh pak supir dari syarikat Hayukka Bandoeng... saja ingin merasa dan melihat suasana kesibukan Jakarta dengan menggunakan perkhidmatan darat disana. Pada masa itu, sepanjang perjalanan perlu menempuh kesesakan yang sangat teruk yang mana perlu menempuh perjalanan melebihi 3 jam dari Airport Jakarta ke Bandung yang mana tiba jam 8 Malam (waktu indonesia iaitu lewat sejam dari waktu Malaysia) biasalah tiba disana waktu mereka balik bekerja. Setibanya di Bandung, kami check-in di Hotel  Gino Ferucci Braga Street,  kemudian kami dibawa oleh Pak Ujang  dengan menaiki kereta Toyota Yaris ke kedai makan Iga Bakar Mas Giri (Pak Ujang ialah supir yang akan membawa kami tour di Bandung) yang mana keseluruhan caj ialah untuk makan dua orang ialan IDR140K.



3. HARI KEDUA - 13 APRIL 2019 (CIWIDEY@BANDUNG)

Permulaan hari Kedua............ Yeahhh my born day 13 April, kami mulakan dengan sarapan pagi (termasuk pakej penginapan) di Hotel sebelum pergi ke destinasi pertama. Menu hari pertama di hotel, boleh dikatakan agak baik dan banyak juga pilihan menu yang disediakan.


Sarapan di Hotel Gino Ferucci

Destinasi pertama kami ke Kawah Putih di Daerah Ciwidey yang mengambil masa perjalanan sekitar 2 jam lebih juga. Sebelum memasuki ke kawasan tersebut, perlu membayar tiket masuk sekitar IDR300K untuk dua orang. Tempat ni you all kena pergi kerana sangat cantik dengan pelbagai view menarik tambahan tempat ini berbeza dengan kawasan Tangkuban Prahu. Bagi penggemar yang suka bergambar kawasan ini, ada disediakan perkhidmatan jurugambar berbayar yang dikenakan sekitar IDR10k ke IDR20K dan juga untuk masuk bergambar di kawasan jambatan di tengah - tengah kawasan Kawah Putih perlu bayar sekitar IDR10K. Diingatkan untuk membeli mask harga IDR2K seorang sebab bau yang sangat kuat terutama bagi yang ada masalah alahan.

Kawah Putih... Kena Pergi tempat yang cantik

Kemudian, pada sebelah tengah hari kami singgah makan di Rumah Nenek@Ciwidey yang mana jumlah kesuluruhan kami dicaj RM180K. Antara menu yang kami rasai ialah Home made ice cream, Nasi Liwet Resepi nenek (set 2 orang) dan sate manggiri yang korang kena cuba yaaa...tapi satay Malaysia lagi bestttt korg. Untuk pengetahuan juga, sepanjang dibawa bersiar oleh Pak Ujang, tip akan diberi kepada penjaga jalan atau tempat letak kereta katanya itu sudah kebiasaan dan membantu mereka.


Kedai Makan Rumah Nenek@Ciwidey

Seterusnya kami ke Glamping Lakeside Rancabali iaitu masih di daerah Ciwidey yang mana anda akan melalui kawasan perladangan Teh Rancabali (macam Cameron Highland laa) yang sangat indah dan luas. Kawasan ini kira cantik juga jika ingin bergambar di atas atau di sekitar pemandangan sebuah  replika kapal yang sangat besar siap ada restoran yang mana harga makannya agak mahal. Untuk masuk ke kawasan ini perlu membayar tiket masuk IDR20K seorang serta perlu bayar tiket kenderaan masuk ke kawasan tersebut yang mana sudah termasuk dalam caj supir.

Rancabali Lakeside ... nice view

Seterunya kami pergi Shopping di Toko Tiga di Bandar bandung (Popular dengan barangan Jeans), Kemudian ke Jalan Cibaduyut (popular dengan barangan kulit) yang mana kami rasa harganya tidak lah murah sangat kerana agak mahal dan hampir sama dengan harga di Malaysia. Kemudian kami ke kedai Tekstil Al Mubaraq, disini banyak jual telekung, kain batik dan sebagainya yang mana harganya agak mahal berpadanan dengan kualitinya iaitu habis hampir IDR885K (barang yang dibeli ialah 4 pasang kain batik lepas harga sekitar IDR100K-IDR150K sepasang bergantung kualitinya juga, 3 telekung iaitu harga telekung diantara IDR150K hingga IDR220K sepasang).

Kemudian kami ke kedai Rumah Sulam Haji Ahmad di Jalan Marjuk, Jawa Barat iaitu tujuan utama adalah untuk mencari telekung sulam untuk kakak, disini aku habis wang hampir IDR1.7Juta so nasib bawa kad kredit...so swipe jer la. Disini aku membeli 3 jenis kain batik hela yang mana harga sekitar IDR80-150K semeter dan sepasang telekung yang berharga IDR220K. Boleh dikatakan kebanyakkan kedai yang Pak Ujang bawa kira mahal berpadanan dengan kualiti bagi pandangan seorang lelaki aku rasa biasa jer.... biasalah tolong belikan buah tangan untuk family so tak kisah sangat.

sumber: dari google

Terakhir sekali sebelum pulang pada malam tersebut, singgah di kawasan Bandung Exclusive Textiles terletak di jalan Cihampelas ( kain meter disini sangat murah...korang kena pergi untuk membeli antaranya ialah kain batik, kain hela, kain telekung, kain baju melayu dll yang penting lagi murah dari kedai yang kami pergi sebelum ini yang boleh dikatakan kualiti yang hampir sama)... Disini juga dekat dengan kawasan membeli belah iaitu Jalan Cihampelas so macam petaling streetlah... so memang banyak pilihan untuk membeli dan juga untuk window shopping... so korang kena datang shopping disini yeah... di kawasan ini juga ada jual barang kulit cuma kena pandai cari sebab berada tersorok dibelakang kedai-kedai di jalan utama....so kena try kesini!

Setelah penat berjalan dengan dibawa oleh Pak Ujang hampir 14 jam iaitu 8am hingga 10Malam (waktu Indonesia), kami decide untuk tamatkan servis Pak Ujang sebab supir ini  banyak sangat manipulasi iaitu kemana sahaja tempat yang kami hendak pergi dia cadang pergi ke tempat lain... so kami pon malas nak bertelagah kami ikutkan sahaja... nasib first time sampai Bandung... bagi korang yang menggunakan perkhidmatan supir stick dengan plan tempat yang ingin korang tujui ye. so total caj perkhidmatan supir ialah dari airport Jakarta ke Bandung sehingga  tour pada 13 April 2019 (Hari Jadiku hoorayyyy... Memang ak plan cuti waktu hari ulangtahun kelahiran hampir tiap-tiap tahun macam tu) ialan IDR1.2 Juta (IDR850K dari Aiport Jakarta-Bandung dan IDR350K caj Jalan2 pada 13 April 2019).


4. HARI KETIGA - 14 APRIL 2019 (LEMBANG@BANDUNG)

Pada hari ini kami menggunakan khidmat servis grab pula sebab kami dah stop servis supir  sebelumnya kerana tidak memenuhi citarasa kami iaitu membawa ke tempat yang kami ingin pergi..

Dari hotel, kami ke Floating Market Lembang menaiki Toyota Yaris berharga IDR62K untuk melihat keistimewaan tempat tersebut. Pada saya, tempatnya agak biasa..cuma banyak tempat bergambar yang menarik, di thailand lg besttt. Anda boleh tukar vaucher  tiket masuk untuk menebus satu jenis air dari pelbagai jenis air di kaunter keluar... sy rasa itu yang istimewa selain tempat bergambar. Di situ juga, anda boleh masuk tempat permainan berbayar dan menaiki keretapi di dalam tempat tersebut.

Kawasan Floating Market Lembang


Seterusnya, dari Floating Market Lembang kami ke Lodge Maribaya menggunakan Grab berharga IDR56K. Walaupun agak jauh tetapi berbaloi untuk kaki gambar dengan bergambar mengikut permainan yang dibayar... boleh dikatakan hampir semua permainan kami masuk, antara tempat bergambar adalah seperti, Air Ballon, Bamboo, etc. .... Setiap permaianan yang ingin dimain/bergambar perlu dibayar dahulu sebelum boleh dibenarkan bergambar yang berharga  antara IDR10-30K mengikut jenis permaianan seorang.

Kemudian, dengan menaiki grab sebelum ini, dari Floating Market, Kami sudah tempah servis perkhidmatan dari Lodge Maribayya ke Pasar Baru Square....sebab driver tersebut memberitahu grab susah hendak dapat di kawasan sana... so kami setuju je lah driver grab tu tunggu di sana yang mana dicaj per hour. So, total caj tunggu di sana sehingga hantar ke Pasar  Baru ialah berjumlah IDR250k... agak mahal la tetapi berbaloi dapat pergi tempat yang kami hendak pergi.

The Lodge Maribaya
Untuk setiap gambar yang diambil... korang kena pilih dan bayar mengikut jumlah gambar yang korang mahu ye iaitu sekeping gambar digital berharga IDR10K yang mana akan ditrasfer gambar anda secara digital juga guna cloud.

The Lodge Maribaya Photo Games

Seterusnya, kami ingin menerukan destinasi seterusnya iaitu shopping time di kompleks Pasar Baru yang berdekatan dengan tempat penginapan kami iaitu sekitar 20minit jika berjalan. Banyak juga kami berbelanja disana antaranya, beli kain batik, telekung, kain hela dan sebagainya. Masa kami pergi hujan turun agak lebat...so apa lagi kami redah jerlah selepas keluar dari kereta grab tadi.


sumbere: dari Google

Selepas bershopping berjam-jam di situ, semasa perjalanan pulang ke hotel kami singgah di gedung Kartika Sari Brownies... so kami pon membeli brownies pelbagai perisa dalam satu box... so bagi peminat brownies kena datang ya... yang mana pelbagai jenis makanan untuk dibawa pulang ada disini untuk korang grab ye... tempat ini saya sangat recommend untuk datang bagi peminat tegar brownies dan tidak jauh dari Pasar Baru iaitu tempat shopping dan kami berjalan sahaja ke kedai tersebut... sangat dekat. Akhir sekali, kami pulang ke hotel untuk berehat selepas makan.

sumber: dari google
Selepas berekat sebentar di hotel, kami jalan - jalan sekitar Braga Street cari - cari makan di situ... disitu juga ada Braga Mall... so boleh la masuk shopping... semasa kami pergi ke sana ada persembahan tarian... lama juga kami lepak situ hehhe.

sumber: dari google

5. HARI KEEMPAT - 15 APRIL 2019 (BANDUNG - JAKARTA)

Hari terakhir!!!!

Hari ini, adalah hari shopping sahaja... iaitu kami ke Pasar baru semula untuk memborong lagi selepas sarapan pagi di hotel. Pelbagai jenis barang yang kami borong disini yang mana tak sempat memborong hari sebelumnya sehingga sebelum bertolak ke jakarta menggunakan perkhidmatan Keretapi antara bandar.

Kami makan tengah hari di KFC sahaja, semasa makan ada lah jumpa orang Malaysia disitu yang bersebelahan meja dengan kami... sempatlah bertegur hehehhe.... kemudian, kami terus ke hotel menggunakan servis grab yang di caj IDR16K untuk ambil barang sebelum pergi ke stesen keretapi Bandung untuk ke Jakarta dengan menaiki Keretapi Argo Parahyangan.

Sampai di setesen Keretapi bandung, kami ke kaunter untuk menukarkan kepada tiket original dengan menunjukkan resit bayaran yang ditempah secara online sebelum ke Indonesia menggunakan perkhidmatan portal tiket.com. Masa kami tempah tiket, harga  untuk dua orang ialan IDR307k tetapi dapat diskaun IDR25K so , kami hanya perlu bayar IDR282K sahaja bersamaan RM85.00. Kami menempah tiket kelas eksekutif yang selesa tempat duduknya dan ada juga kelas lain yang lagi murah serendah IDR110K seorang bagi kelas ekonomi, IDR150K bagi kelas eksekutif dan Business Class berharga IDR290K.

Booking tiket keretapi di tiket.com

Di stesen tersebut kami menaiki perkhidmatan keretapi yang dipanggil sebagai Argo PARAHyangan dari Stesen Bandung ke stesen Gambir, jakarta.  Sebelum masuk ke kawasan keretapi, perlu bagi passport dan juga tiket original untuk disemak barulah dibenarkan masuk...Suasana  di dalam train sangat mendamaikan ... best explorasi dengan pemandangan yang sangat best dan smooth... so dalam train pon ada food services jika mahu membeli. Sampai di stesen gambir, Jakarta kami terus order grab car dari stesen gambir ke hotel berdekatan dengan MONAS yang dicaj IDR36K iaitu menaiki kereta toyota innova ke sana.

Pemandanagan di setesen keretapi Bandung dan Sepanjang Perjalanan ke Jakarta

Menginap di hotel RedDoorz Plus berdekatan MONAS.. hotel ini memang tak best dulu hotel ini nama lain...tak ingat nama lama... so jangan try hotel ini walaupun hanya untuk menginap beberapa jam macam kami sebab tunggu nak balik Malaysia kononnya hendak menginap di hotel biasa tetapi terkena kami malam tu... sebab sangat tidak bersih siap ada banyak pepijat hisap darah semasa tidur...dahlah tengah penat so kami berjaga jerlah sepanjang malam tu....., malam hari selepas mandi pergi melawat sekitar Menara MONAS tetapi sudah tutup untuk masuk ke iconic building... so dapat tengok dari luar. Kemudian, saya ke mcd, untuk makan malam sebelum balik ke hotel yang mana caj dari hotel-monas-mcd-hotel dalam IDR42K.

Monas

6. HARI KELIMA - 16 APRIL 2019 (JAKARTA - KLIA)

Hari ini memang plan untuk sampai airport jakarta awal sbb tidak mahu terkejar-kejar ... yela takut jem sebab kami balik hari bekerja kan... so kami bergerak dari hotel jam 9am waktu indonesia... kami naik grab dari hotel ke airport dicaj IDR123K kami sampai di airport jam 9.30...awal sangat kan...so tunggu jerla di aiport sambil jalan - jalan dalam airport.

So kami jalan2 sekitar airport  sementara menunggu flight jam 1.00pm dan bersarapan di A&W.. servis agak lambat walaupun orang tidak ramai.



Kami sampai di airport KLIA jam 4.00pm waktu malaysia.

Nak dijadikan cerita pada hari itu, kami kena tahan dengan pihak imigresen... biasalah bershopping giler... masuk mesin pengimbas mereka...dorg check banyak barang dalam beg padat-padat susunannya huhuhu... dapat plak memang kawan sorg ni borong batik sana utk satu kampung hahaha....

So, apa lagi staf imigresen perempuan tanyalah... apa dalam beg yang padat sangat... nk tipu tak boleh la kan sbb dia tahu flight kami berlepas dari mana dan dah nampak semasa scanning bag tadi.. so staf tu pon teka banyak ke belik batik indon....so kami pon senyum2 jer... dia pon tanyalah anggaran berapa kami beli... so kami anggar dalam RM1500 jer...siap dia tanya untuk confirmkan selepas tu dia beritahu kena bayar RM150 cukai iaitu 10% dari total amaun jika tidak dorg kena kira mengikut jumlah harga item setiap satu....so kami redha jer la sbb memang dah tahu tak boleh beli batik luar... tapi kami hanya bayar RM120 selepas mohon pengurangan hehehe.... so otw balik tergelak besar sebab borong banyak sangat hhahaha.


Sekian...

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...