See Me!

Tuesday 30 May 2017

A Life



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Life is like unpredictable cannot be described by words.

Ianya kadang-kadang mudah, kadang-kadang ianya getir,
Samada kita redha ataupun tidak redha  mengharungi ketentuan-NYA,
Ianya umpama pembakar semangat kekuatan diri,
Kadang - Kadang ianya juga boleh melemahkan semangat kita jika jiwa lemah.

Tetapi bersabarlah wahai hati,
Mengharungi setiap dugaan hidup.

Sakit, sdatang tanpa diduga,
Sakit, pergi juga kadang -kadang lambat,
Hanya hati ini sahaja tahu betapa diri ini menanggung kesakitan,
Bertabahlah wahai hati,
Mengharungi Dugaan-NYA.

Sakit, hadir sebagai penghapus dosa,
Ia juga penguji diri dan menghadirkan keinsafan diri,
Tabahkah aku, kuatkah aku, mengharung di waktu getir,
Ramadhan kareem, ujian diriku, sakit kutanggung perlu kutanggung sendiri,
usaha sudah bermacam usaha tapi akan ku usaha lagi,
berdoa, berusaha dan bertawakal kepada yang Maha ESA.

Perit hati menanggung,
perit juga air mata mengalir,
merintih kesedihan,
merintih kesakitan,
Bilakah, bilakah sentiasa bertanya dilubuk sanubariku.

Kuatkanlah diri ini,
berikan aku ketabahan,
berikan aku kekuatan,
Dan berikan aku kesembuhan.. Ya Allah

Kehidupan perlu diteruskan,
Sentiasa berfikiran positif, 
Sentiasa menginsafi diri,
Sentiasa muhasabah diri
Sentiasa mendekatkan diri kepada-NYA.

Life, Life, Life...

Friday 26 May 2017

How To Train Adult Student with Low Education Background or Weaknesses of Human Cognitive (Basic)




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Today I want to share one of my client/ adult student around 40+ years old. The issues are this student very hard to understand every single instruction given to him.

I found out, after discuss and asking a few question with this client, he required special treatment for him to understanding for any lesson given to him which is he required the trainer/ teacher sit beside him to teach one by one instruction for him to understand.

For example:
If the lesson is to create a table: The trainer required have another PCs and sit beside him and show step by step to just a create table or any lesson to teach this type of student. This approach is practically in a small number of student. The idea is based on human mind works as shown in the process below:


The correct stimulus should be given with the correct wat to make student easy to understand from the lesson given during class. After that, the student can starts to think of for them can understand the process the lesson they obtained. it’s also greatly useful in helping people to improve their behavior. The best thing about it is that it can easily work together with other approaches to create a therapy that will bring about positive results. That's why the approach use is important to teach the student has learning difficulties by demonstrating the lesson with an easy way to understand especially for adult student and lower education background. Lastly, to assess his understanding, we have to list some stimulus question to get their response to ensure they understand the lesson obtained before the class dismissed.


Thanks, Ya Allah, Make Me To Help People out there with passion.

Syukur Selalu

Tuesday 23 May 2017

Pengalaman Mengajar Pelajar 'Traumatic Brain Injury' at SOCSO Tun Razak Rehabilitation Centre, Melaka




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya adalah pengajar kemahiran yang mempunyai Master in Electrical Engineering dan bertugas di sebuah organisasi yang memberikan perkhidmatan pemulihan  secara perubatan, pemulihan fizikal dan vokasional bagi pekerja yang terbencana di tempat kerja atau yang tertakluk di bawah skim caruman manfaat PERKESO/ SOCSO.

Pengalaman yang sangat mengujakan dan mencabar yang mana saya diterima bekerja di organisasi ini pada Tahun 2014 yang mana pusat ini baru siap dibina dibumi Melaka. Pada mulanya agak takut menerima cabaran ini kerana pengalaman pertama mengajar pelajar Orang kelainan Upaya (OKU) yang disebababkan kemalangan di tempat kerja dsb.

Tahun ini (07/2017), selepas 3 tahun berkhidmat di pusat ini, ingin dikongsikan kesediahan, kebanggaan, kesukaran, kemanisan dan pelbagai perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini.

Untuk pengetahuan semua tidak semua orang yang dalam keadaan normal ingin beralih kepada keadaan orang kelainan upaya... Ini semua dengan kehendak-NYA.

Pengalamana saya selama 3 tahun, terlalu pantas dan banyak kes yang saya terima dari pesakit yang menghadapi 'Traumatic Brain Injury (TBI)' iaitua sebagai trainer menggalas cabaran mengajar dan memberi kemahiran kepada mereka ini terutamanya saya yang tiada latarbelakang klinikal. Dengan satu tekad dan semangat motivasi yang telah saya didik dalam diri ini.  Saya kuatkan semangat mengambil semua pelajar TBI supaya diberi kemahiran khusus agar mereka boleh kembali ke alam pekerjaan dan diterima dalam komuniti.

Alhamdulillah saya berjaya melakukannya walaupun belum cukup bagus lagi, dengan tahap sabar yang tinggi yang sebenarnya tidaklah berapa sabar yela bayangkan mengajar pesakit TBI yang ingatan/ memori hilang samada bayak atau sedikit disebabkan kemalangan yang mereka hadapi.

Ceritanya,
bagi golongan pesakit TBI ini, mereka memerlukan perhatian lebih yang mana memerlukan 'one to one session untuk sesi pembelajaran dan pengajaran bersama mereka bagi tujuan pemulihan ingatan mereka kerana kelemahan dalam menerima dan mengingat sesuatu ilmu. Tambahan lagi, mereka memerlukan pengulangan latihan yang dilakukan secara berulang-kali bagi memastikan mereka betul-betul pulih dan paham sepenuhnya atau boleh mengingat semula.

Golongan ini memerlukan bimbingan secara khusus dan mereka sangat dahagakan motivasi dari seorang pengajar supaya meningkatkan semangat dan keyakinan mereka bukan hanya mengajar sahaja. Pengajar juga perlu mempunyai tahap kesabaran kerana yang pasti hari ini yang diajar belum tentu esok mereka akan ingat, ataupun sekarang diajar belum tentu mereka akan ingat di 10 minit kemudian. Berkat kesabaran, insyallah mereka boleh pulih yang pasti peluang perlu diberikan kepada mereka untuk sembuh dan belajar seperti orang lain.

Golongan ini juga, perlu diajar dengan latihan yang lebih ringkas dan mudah paham bagi mereka ingat apa yang dipelajari dan dapat dipraktis semula. Yang penting dalam setiap pengajaran adalah perlu menitikberatkan kualiti pengajaran bukanya produktiviti yang di inginkan.

Fahamilah mereka, selamilah hati mereka,
Mereka adalah seorang manusia biasa yang perlukan perhatian dan bukannya peminggiran yang mereka pinta dari pengajar-pengajar atau bakal pengajar yang mengajar golongan dalam kategeri ini atau seumpamanya. Bantu dan bimbinglah mereka bukannya menjadi pengajar yang memilih pelajar yang bagus sahaja untuk di didik kerana ianya memang sudah bagus tetapi pengajar yang bagus adalah membantu pelajar yang lemah untuk di didik/ dibantu agar menjadi manusia yang berguna pada masa depan Negara.




Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...