See Me!

Friday 17 April 2020

Professional Technologist (Ts.) Assessment Interview from Malaysia Board of Technologist (MBOT)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Title ini adalalah ikut tujuan dan keinginan individu dan mengikut keperluan bidang pekerjaan. Terdetik di hati ingin memohon dahulu title Professional Teknologis (Ts.) daripada Lembaga Teknologis malaysia (MBOT) disebabkan saya terlibat dalam pengajaran kemahiran.

Bermula tahun 2019 sekitar bulan Oktober 2019, saya mendaftar sebagai 'Graduate Technologist' dengan bayaran yuran sebanyak RM50.00 yang mana perlu daftar akaun  dan lengkapkan maklumat profil yang berkenaan secara atas talian dalam web MBOT. Didalam laman web tersebut perlu dilengkapkan semua yang berkenaan, memuat naik dokumen - dokumen yang perlu dan saya juga memuat naik juga resume yang bersesuaian dengan pengalaman kerja mengikut bidang yang dimohon pada MBOT sebagai bukti pengalaman pekerjaan. 

Bagi graduan aliran Kejuruteraan Elektrik, saya juga sudah mendaftar sebagai Jurutera Siswazah sejak 2009 dari Lembaga Jurutera Malaysia(BEM). 
https://www.mbot.org.my/secure/login/


Maklumat pendaftaran ini boleh diperolehi seperti rajah dan link dibawah bagi prosedur permohonan Ts. (P.Tech) bagi lepasan Ijazah teknologi kejuruteraan mahupun lain - lain bidang teknologi yang tertakluk dibawah MBOT.


https://www.mbot.org.my/

E-Certificate Registration as Graduate Technologist

Bergantung anda, untuk mohon jenis professional yang mana satu dahulu yang layak samada Ir atau Ts... Ingeniur, Ir adalah dianugerahkan kepada pelajar aliran Kejuteraan sahaja & proven pengalaman melebihi 3 Tahun yang diiktiraf oleh BEM; dan 

Sijil Pendaftaran sebagai Jurutera Berijazah, BEM


Professional Technologist, Ts. adalah dianugerahkan oleh MBOT bagi pelajar aliran Teknologi Kejuruteraan atau bidang teknologi lain dengan proven pengalaman melebihi 3 Tahun yang diiktiraf oleh MBOT. Graduan aliran kejuruteraan masih boleh memohon untuk profesional ini mengikut bidang yang bersesuaian.

Selepas mendaftar sebagai Graduate Technologist, saya memohon pula Professional Technologist bagi title Ts. pada bulan Disember 2019 iaitu pada tahun yang sama semasa mendaftar sebagai Graduate Technologist dengan bayaran RM600.00 bagi membolehkan untuk dinilai secara temuduga bagi mereka yang telah mempunyai proven  pengalaman dan melebihi 3 Tahun.

Selepas menunggu lebih kurang 3 bulan, Pada 20 Mac 2020 ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan bagi Wabak COVID-19 yang mana seluruh dunia terkesan dan menyebabkan banyak kehilangan nyawa, MBOT menghantar email untuk membuat temuduga secara atas talian (Menggunakan Skype) serta meminta saya reply email tersebut bagi memilih slot temuduga. Dalam email panggilan temuduga akan disertakan interview kits skop yang akan dinilai sebagai langkah persediaan kepada calon yang mana ada 5 kriteria penilaian iaitu; 

A-Knowledge & Understanding, 
B-Application to Practice, 
C-Leadership & Management, 
D-Interpersonal Skill, dan 
E-Professional Conduct.

Sesi temuduga adalah secara atas talian dibuat bagi mereka yang memenuhi syarat dan pada ketika ini pihak MBOT sedang membuat  program bagi memberi kelayakan professional bidang teknologi kejuruteraan yang telah mempunyai pengalaman melebihi 3 Tahun bagi menganugerahkan title Ts kepada yang berkelayakan bagi tempoh terhad sahaja sebelum proses ini mungkin akan diperketatkan pada masa akan datang. Alhamdulillah, saya terpilih untuk program temuduga secara atas talian. Dalam proses penilaian professional assessment saya mendaftar dalam bidang teknologi Elektrik dan Elektronik iaitu mengikut kesesuaian bidang kepakaran saya

Berikut adalah antara soalan yang ditanyakan oleh ahli panel yang terdiri dari 3 orang iaitu:
  1. Panel 1: Panel MBOT yang berkaitan bidang yang dipohon
  2. Panel 2: Panel industri
  3. Sekretariat
  4. Tarikh Temuduga : 26 Mac 2020
Pastikan anda baca  sedikit berkaitan Code of Ethic, Bidang yang dipohon, 768 Acts dan yang berkaitan. Soalan yang diajukan mengikut pengalaman, bidang yang dipohon dan kepakaran anda. Berikut adalah soalan yang diajukan secara kasar sebagai panduan:

  1. Pertama, Pengalaman Kerja berkaitan  mengikut bidang yang dipohon untuk melayakan title diberikan terutama bagi saya pengalaman banyak kepada bahagian pengajaran kemahiran.
  2. Kedua, dalam kes saya, panel industri berminat berkenaan dengan Research saya semasa  pengajian Master yang mana mereka meminta terangkan research yang berkaitan  power stability dan renewable energy.
  3. Ketiga, soalan berkaitan perbezaan fungsi Professional Technologist (Ts.) dalam Akta 768 MBOT dibandingkan dengan Professional Engineer(Ir)
  4. Keempat, ditanya berkenaan bagaimana anda mengendalikan atau communicate dengan management dari view of professional ethics jika sesuatu projek mengalami kekurangan sumber, pekerja kompeten atau bajet terlebih.
  5. Kelima, Panel bertanya berkenaan pengajaran iaitu method yang saya gunakan dalam proses pengajaran.
  6. Soalan Keenam, panel bertanya berkenaan Smart Factory dan IR4.0
  7. Soalan terakhir,  proses berkenaan penilaian pengalaman terdahulu (PPT) bagi kursus SKM.

Setakat ini, soalan yang sempat saya ingat dalam penulisan blog saya kali ini, apa-apapun setiap soalan yang akan diajukan kepada peserta  dalam ruang lingkup kepakaran anda. So, pastikan anda master bagi semua yang berkaitan dalam bidang kepakaran anda.

Lebih kurang seminggu selepas professional assessment tersebut (04 April 2020 - kira hadiah Ulang Tahun Kelahiran).... saya mendapat email kelulusan oleh lembaga MBOT akan keputusan penilaian  yang mana saya berjaya lulus. Di dalam email tersebut saya diminta membayar RM350 bagi pendaftaran professional saya.... dan selepas bayaran baru lah title Ts. Boleh digunakan secara official beserta Sijil akan diberikan.


E-Certificate as Professional Technologist, Ts.

Sijil original akan dihantar di alamat anda kemudian. Dalam kes saya, saya mendapat sijil original selepas 5 bulan dari tarikh kelulusan dan pembayaran professional berserta kad keahlian TNGO bagi kes saya. Bermula la sebagai Professional Teknologis,Ts. Yang mana anda perlu ingat perlu perbaharui professional setiap tahun dengan Bayaran RM200 beserta melengkapkan CPD sebanyak 30 Jam.



Sekian,
Ts. sabar

26 comments:

  1. Salam tuan, terima kasih atas pengkongsian tuan dalm blog. Sy sedang mendapatkan makluman berkaitan di atas untuk pendaftaran TS nanti. Semoga dipermudahkan urusan. Amin

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan, thanks atas tips. Harap dapat membantu utk interview nanti

    ReplyDelete
  3. semoga ilmu ini bermanafaat kepada semua

    ReplyDelete
  4. salam tuan.terima kasih atas perkongsian pengalaman tuan.insyaALLAH sy dalam proses untuk di temuduga. bidang sy juga dalam renewable energy. sy nak tahu kesemua soalan panel tu tuan dapat jawab atau macam mana kalau ada soalan yg sy tak pasti dengan jawapan nya. adakah panel akan brehentikan terus sesi iv? sekali lagi terima kasih atas perkongsian tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan. Soalan yang sepatutnya akan diajukan kesemuanya mengikut kepakaran samada salah atau betul. Cuma meraka ada skema markah kelulusan (passing mark) untuk penganugerahan Ts. ataupun Tc.Soalan akan diajukan mengikut bahagian; A-Knowledge & Understanding, B-Application to Practice, C-Leadership & Management, D-Interperseonel Skill, dan E-Professional Condust yang mana mereka akan email bersama surat panggilan temuduga. Janji tuan perlu yakin dengan jawapan yang diberikan beserta contoh-contoh bagi mengukuhkan jawapan. Insyallah yang berserah pada-NYA.

      Delete
  5. Assalam Tuan ,
    Bagaimana Tuan membuat CV yang dimohon ketika permohonan MBOT tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... hanya muatnaik sahaja normal resume anda serta keluarkan yang mana tidak perlu seperti expected salary, jika boleh pengalaman pekerjaan mestilah bersesuaian dengan bidang yang dimohon di MBOT. Thanks

      Delete
  6. Assalamualaikum tuan, interview di jalankan dalam bahasa apa? Boleh gunakan bahasa Melayu ke? Tq 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut Panel yang dilantik oleh MBOT, dalam kes saya menggunakan bahasa Melayu & Inggeris

      Delete
  7. Assalamualaikum Tuan, nak tanya bagaimana cara untuk tukar kembali field yang telah dipilih setelah kita submit permohonan untuk Graduate Technologist? Saya sepatutnya Electrical & Electronic (EE) tetapi semasa isi awal2 saya tersilap letak Building & Construction (BC). Soalan yang kedua, dekat mana nak dapatkan buku rujukan untuk study before interview tersebut? any suggestion. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. jika tersalah pilih bidang....better direct contact/email kepada MBOT registrar bahagian pendaftaran >>> https://www.mbot.org.my/contact/ untuk tindakan kelulusan MBOT
      2. Buku rujukan terdapat pada kita , jika pengalaman dalam bidang kita serta rujuk maklumat yang diisi semasa daftar di MBOT dan jika berkaitan akta boleh rujuk akta/ ethic code etc di website MBOT >>> https://www.mbot.org.my/act-regulation/act-regulation/. Soalan berkisarkan apa yang anda isi dalam portal MBOT dan pengalaman serta perlu tahu technology terkini berkenaan bidang yang diisi.

      Delete
  8. Sesi interview dalam Bahasa Melayu atau English?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut Panel Penemuduga, English dan Bahasa Melayu

      Delete
  9. Terima kasih perkongsian ilmunya tuan. Saya interview TC pada 25 Nov 2021. Harap-harap lulus. Dicheck status masih PENDING FOR BOARD DECISION. Terima kasih sekali lagi Tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa lama tunggu pending for board decision tu tuan?

      Delete
    2. dalam kes saya kurang dari 2 minggu sudah dapat keputusan "Congratulations" selepas MBOT interview

      Delete
  10. Hai, bolehkah saya tanya apa program yang boleh kita sertai untuk dikira dalam CPD hours? Adakah semua seminar, training, meeting, project dll boleh dikira? Ataupun sesetangah program sahaja yang diiktiraf oleh MBOT boleh dikira?

    ReplyDelete
    Replies
    1. U can check thru this link for CPD programme >>> https://www.mbot.org.my/cpd-assessment/types-of-cpd-activities/

      Delete
  11. Salam tuan, Boleh ke kita gunakan BM untuk resume MBOT?

    ReplyDelete
  12. Soalan review mcm nie " How do you apply technological knowledge in your current job? Dan juga Provide the proof of technological application in your practises that is aligned with the Technology Field applied." Ada tak contoh jawapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan ini saya pernah ditanya dalam assessment sy tetapi more kepada bidang T&L dalam Electrical, tetapi jika ditanya soalan sebegini, jawap sahaja ikut apa yang praktis dalam pekerjaan mengikut bidang yang anda mohon beserta contoh yang penemuduga boleh terima dengan jawapan yang yakin dan konklusif. Mereka ingin mengesahakan bidang yang anda mohon bersesuaian dengan kepakaran dan kompetensi anda bagi bidang yang dipohon.

      Delete
  13. kalau dah apply untuk graduate technologist dan dah bayar RM50, berapa lama perlu tunggu untuk approval dari pihak mbot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melalaui pengalaman saya di Tahun 2019 pemprosesan dalam 2-3 minggu sahaja selepas pembayaran dibuat, tetapi boleh rujuk laman web MBOT untuk kemaskini terkini

      Delete

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...