See Me!

Monday 13 January 2020

Trip ke Hatyai 25- 29 December 2019




Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sedikit lewat bagi mengemaskini blog ini bagi percutian akhir tahun 2019 dan sambutan Tahun baru 2020

1. 25 Dec 2019 (Rabu)


Percutian kali ini, kami bercuti dengan menainki ETs dengan percubaan kali pertama iaitu dari KL Sentral ke Padang Besar iaitu tiket berharga RM102 (tiada makan dan hanya 9 hentian  sehala bagi kelas Platinum dan ada kelas iatu Gold (RM76 tiada makan dan banyak hentian) dan Business (RM112 iaitu harga promo siap makan dan kurang hentian). Kemudian, kami menaiki keretapi dari Padang Besar ke Hatyai dengan menaiki keratapi Lokomotif lama berharga THB50 sehala.


Jika ingin menaiki keratapi Hatyai ia berada di hujung hentian termasuk tiket keretapi iaitu berdekatan platform 1 dan imigresennya selepas kita turun dari ETS. Jika ingin menaiki train ke hatyai hanya ada 2 waktunya seperti dibawah sahaja, so boleh rancang perjalanan anda ye yang mana mengambil masa hampir sejam:







Padang Besar – Hatyai Junction
9.55am & 3.40pm (waktu Malaysia)
Hatyai Junction - Padang Besar
8.55am & 3.40pm (waktu Thailand)


Anda juga boleh naik minivan/ motor ke hatyai tetapi kena berjalan  jauh sedikit iaitu di bahagian atas dari tempat kita turun ETS tadi dengan menyeberangi stesen menggunakan jejambat.









Setibanya di Hatyai Railway Station, kami menaiki grab ke hotel berdekatan Lee garden(THB96) selepas aktifkan internet dari pelas postpaid sebelum berlepas ke hatyai iaitu serendah RM15 sahaja bagi pengguna DIGI.

Selepas check-in hotel dengan deposit THB500, kami berjalan kaki ke kawasan Lee Garden Plaza untuk mencari makan, iaitu kami makan di Hamid Restaurang betul-betul berhadapan Lee Garden Plaza dan McD. Kami makan malam tu habis dalam THB350 untuk 2 orang.

Penamat malam itu, kami sempat jalan - jalan berdekatan di santisuk Market (bagi kami biasa jer) dan akhir sekali, kami jalan sekitar Lee Garden Walking Street Night Market berhadapan dengan Lee Garden Plaza  & Sentra tidak jauh dari tempat kami makan tadi.... Disi ada macam2 makanan best2 juga ...so kena cuba ye.




2. 26 Dec 2019 (Khamis)

Hari kedua, kami ke Salma Restaurant untuk sarapan pagi iaitu makan nasi lemak udang dan bubble tea (THB200)... makan quite okay tapi bagiku Hamid Restaurant masih tetap dihati hehehe

Seterusnya, mencuba Hatyai Cable Car dengan pergi ke sana menaiki grab berharga THB250 pergi balik. Disana juga boleh masuk Hatyai Observatory tetapi masa kami pergi free... hari itu mjuga ada fenomena Gerhana Matahari, so dapatlah la tengok disana.




Kemudian, dalam perjalanan ke Magic Eye 3D Museum pemandu grab offer utk beri perkhidmatan untuk ke tempat yang dicadangkan tepai hati-hati sebab akan dicaj setiap destinasi. Entrance Fee di Magic Eye 3D Museum  pelbagai pakej dari THB200, THB300, THB 400 etc.,  kami masuk yang THB300... so dapat bergambar dan buat video aksi 4minit menggunakan prop nya...nanti mereka akan email dalam tempon 24jam video tersebut dan bagi pakej THB400 ada shoe tetap[i kami terlewat waktunya sebab dah mula... nak tunggu next show lambat. 




Selesai di 3D Museum, pergi ke Chang Puak Cam. Disini normally ada 3 main package iaitu pakej A,B C yang mana setiap pakej berharga THB1000 dan ada juga individual pakej.... Ada macam-macam aktiviti antaranya, menaiki gajah, bergambar dengan Harimau Putih dan sebagainya. Saya mencuba ATV mereka dengan caj THB500 selama 30 minit dan aktiviti yang lain macam kurang minat... so, cuba satu aktiviti sahaja. Selepas itu, kami pulang ke area Lee Garden Plaza yang mana total yang di jac adalah THB650.




Sampai disana, terus ke Kelantan Restaurant mencuba makan tenghari disana dan solat disana yang  kami makan Lauk Tomyam, Sayur Campur, Telur Bungkus dan satu lagi xingat namanya macam dimsum... so total THB340 untuk dua orang. Di kedai ini, ada sediakan pewrkhidmatan sewa motor yang berminat berharga THB250 sehari tetapi masa kami tanya dah fully booked.... so kempunan la nak jalan0jalan guna motor huhuhu. So, terpaksalah pergi destinasi seterusnya dengan grab/ tuk tuk/ jalan kaki ye...




Di sebelah petang hingga malam, destinasi seterusnya adalah pergi ke Hatyai Central Festival. Disini standard tempat shopping seperti di Malaysia yang agak besar mall dia di Hatyai... So sempat juga la grab satu beg galas untuk dibawa pulang heheh yang berharga THB195K jenama The North Face. Di dalam mall ini juga ada jual makanan-makanan best di ground floor dan di depan pintu masuk Mall ada banyak kiosk juga yang ada pelbagai makanan yang boleh dicuba yang agak murah.


Seterusnya, di malam hari pergi ke Asean Night Market yang mana boleh jalan kaki iaitu tidak jauh dari mall tadi dalam 500m dan Greenway Night Market pon dekat juga dalam 500m.  Di kawasan kedua- dua night market ini, kena cuba, for sure makanan dia la yang macam-macam ada di tingkat atas Asean Night Bazar  yang mana buka jam 3pm-10.30pm dan di tingkat bawah ada jualan pakaian dan macam-macam lagi. Di Greenway Night Market lagi besar dari market tadi  yang mana buka jam 5pm-10pm iaitu ada 3 bahagian market yang mana terdiri pelbagai jenis makanan, pakaian dan lain-lain... so kena cuba ye!....Yang best dapat promo discount jika naik grab iaitu 40% hehehe.




3. 27 Dec 2019 (Jumaat)


Di hari ketiga, Menggunakan perkhidmatan grab yang semalam yang mana sudah booked untuk untuk guna perkhidmatannya yang mana di caj THB140K.


Hari ini mencuba apa yang menariknya Dimsum Chabura (buka 6am-2pm) yang tidak jauh dari tempat penginapan. Saya bukanlah peminat dimsum tapi kawasan sini memang ramai so korg boleh cuba harga pon boleh tahan satu set menu kecil dicaj bermula THB15 tapi ikutlah berapa banyak anda ambil dan jenisnya ye... masa saya hanya kena THB202 sebab hanya ingin mencuba sahaja.




Kemudian, pergi ke Central Mosque of Songkhla. View dia memang cantik di kawasan sekitarnya tetapi disini tiada solat jumaat diadakan yang mana dikhabarkan disini jemaah tidak mencukupi 40 orang...sedey kan.




Seterusnya ke mencuba Tang Kuan Hill Lift Station  berdekatan kawasan Samila yang mana jauh juga perjalanan hampir 1 jam juga la. Apa yang menarik boleh melihat kawsan sekitar songkhla dari atas mukit dan menaiki lift secara menyendeng best juga la berkenaan lidt tu la macam naik Lift gladder di Langkawi. Kemudian kami ke masjid berdekatan dengan Samila beach untuk solat jumaat, yang best adalah khutbahnya adalah bahasa thai hehehe.



Tempat yang famous yang korang kena cuba adalah di kawasan Samila beach, Songkhla... bagi peminat tegar untuk bergambar boleh datang disini... banyak tempat bergambar  antaranya ikan duyung yang menarik termasuk pantainya yang cantik. Sebelum pergi ki Khlong Haes, singgah sebentar ke The Great Serpent Nag yang tidak jauh dari samila Beach.... Disini hanya da seekor naga gambar untuk anda bergambar dan ada juga masjid berdekatan  dengan tugu ini.





Selepas penat berjalan - jalan, menghilangkan rasa haus di tekak dan lapar di perut dengan makan di Khlong Hae Seafood (buka 1pm-9pm) yang mana seorang di caj TH295... so boleh makan macam-macam seafood yang pelbagai  serta fresh dan side dish yang banyak sangat.... so kena try ye.





Tidak jauh dari khlong hae Seafood, tempat yang perlu pergi adaladi di Khlong Hae Floating Market.... disini ada ada banyak jenis makanan yang best-best bagi peminat makanan, ada juga persembahan di kawasan tersebut oleh kumpulan pelajar yang membuat charity dan  jualan pakaian juga ada disana yang mana buka jam 3.00pm- 8.30pm; Jumaat hingga Ahad. Akhir sekali balik ke hotel untuk berehat.






4. 28 Dec 2019 (Sabtu)


Hari terakhir kami keluar lewat sedikit sebab penat beberapa hari sebelum ini... So, saya makan pagi merangkap makan tenghari di kedai Kai Tod Decha dikawasan berdekatan dengan Lee Gardaen Plaza Hatyai yang mana buka jam 10.30am - 9.00pm. Specialty kedai ini adalah nasi ayam yang kena cuba yang mana harga nasi ayam yang dicuba adalah berharga THB60 iaitu Nasi Pulut Ayam Goreng  dan menu lain yang boleh dicuba... kedai ini juga ramai so kena beratur untuk dapat meja makan.






Seterusnya, pergi lagi Central Festival Mall jalan makan makanan di kawasan situ yang tidak dapat merasa sebelum ini dan memenuhi jadual. Selepas itu, pergi Asean Night Market untuk mencuba lagi makanan yang tidak dicuba sebelum ini serta membeli  coklat  yang berkarga THB130 sepeket.


Di malam hari pulang semula ke kawasan Lee garden Walking Street mencari tempat massage... bagi yang mempunyai bajet besar boleh cuba Aromatherapy di Odyssy Thai Massaga yang mana berharga THB800 .... jika yang ingin massage biasa boleh cuba di kawasan berdekatan Lee garden Plaza yang mana harga bermula THB200 bagi massage full body atau foot massage, Oil Massage THB400 dan sebagainya.


Asean Night Bazar & Lee Garden Walking Street



Pelengkap malam tersebut kami, singgah lagi di Salma restaurant selepas mencuba massage untuk makan malam


5. 29 Dec 2019 (Ahad)


Hari terakhir kami Check Out Hotel dan dapat refund semula THB500. Dengan berjalan kaki ke Hamid restaurant bagi mencuba breakfast disutu... So, saya mencuba set breakfast berharga THB120 yang mana dapai air nescafe, air jus orange separuh, nasi lemak dan buah sebagai tambahan saya menambah roti canai untuk mencuna dengan menambah lebih kurang THB40. Seterusnya kami pergi ke perhentian Bas berdekatan dengan Central Festival Mall dengan menaiki tuk tuk yang dicaj sebanyak THB100. Disini ada perlu membeli tiket berdekatan  dengan platform 22 berharga THB50 dan tempat menunggu minivan adalah di platform 24 untuk ke border.



Tiket, Ruang Dalam ETS kelas Platinum dan Kiosk Makanan


Semasa exit di imigresen anda boleh tukar duit baki thai kepada RM... so total yang saya spend di sana tidak termasuk lain-lain perbelanjaan ialah THB5700 .



dari imigresen anda boleh berjalan kaki dengan menggunakan jejantas  yang disediakan untuk ke stesen ETS KTM di Padang Besar berdekatan platform 1 untuk pulang ke Kuala Lumpur.


Sekian sahaja percutian dan penutup Tahun 2019




Selamat Tahun Baru 2020

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...