See Me!

Monday 2 January 2017

Year of Success 2016 and Welcoming Year 2017


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syukur Ke hadrat Ilahi, Tahun Ini Adalah Tahun Yang Paling Cemerlang bagi diriku ianya bukan untuk aku riak pada pembaca blogger tetapi hanya untuk kepuasan diriku dan dicoretkan dalam blog ini sebagai memori kenanganku sahaja.

Terlalu banyak untukku coretkan tetapi hanya aku ambil yang penting sahaja mengikut susunan yang paling baru sehingga yang terdahulu.

1. Master Viva

Alahamdulillah aku telah selamat menghabiskan secara sah selepas berjaya lulus dalam ViVA Presentation pada 10/11/2016 dengan jayanya tetapi dengan minor correction yang mana tarikh ini tidak akan aku lupakan dari lubuk ingatanku...biasalah orang melayu macam aku english teruk kannn tambahan sekolah kampung tetapi dengan kesabaran dan tekad aku berjaya juga akhirnya....Dalam sesi viva banyak juga unpredictable question raised up by examiner tambahan examiner yang bukan dari expertise areasdalam bidang penyelidikanku but my supervisor just smile at the side corner waiting my best answer all the queries tetapi nasib baik dapat chairperson yang aku kenal iaitu ex-lecturer subjek Power Protection system course dahulu yang cool and steady person.

Sebelum Presentation, Pictures Taking by COGS Personel
Alhamdulillah, selepas presentation...lama juga menunggu untuk sesi perbincangan antara all examiner, chairperson  serta supervisor aku and then... come up with one decision of my viva/completion study status... Akhirnya, Alhamdulilah jawapan yang agak terkejut dan rasa hiba bila mendengar dari chairperson memaklumkan aku lulus VIVA...Ameen tidak terhingga kerana beban yang ditanggung selama 3 tahun, thanks juga pada supervisor aku yang memberi grant FRGS dari KETTHA-KPT dibawah kementerian pengajian tinggi... Tambahan lgi, supervisor aku punya quality standard juga sangat tinggi untuk memenuhi ruang lingkup grant tersebut...tambahan dapat berita terkejut dilantik sebagai Post-graduate Research assistant supervisor aku...Ameen tidak terhingga...Syukur Alhamdulillah Ya Allah.

2. Supervisor yang Terbaik

Alhamdulillah aku selamat menamatkan pengajian Master Kejuruteraan Elektrik, Syukur Ya Allah Ya Rabb. Setelah banyak dugaan dan ujian yang kau berikan untuk kutempuhi akhirnya dapat jua menamatkan pengajian aku dengan jayanya.

Kejayaan aku ini tidak akan tercapai jika tiada tulang belakang aku iaitu tidak lain dan tidak bukan, pensyarah/ supervisor aku sendiri yang sangat-sangat supportive in-term of knowledge sharing, guide dan moral support yang tidak putus-putus dan jemu dikala aku ingin jatuh serta pelbagai surprise gift yang diberikan untuk membantu aku untuk meneruskan semangat tanpa berputus asa. Thanks Dr. Halimatun  atas panduan yang diberikan semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Dr. dan Moga Dr. dan keluarga diberi kesihatan dan dilindungi dimana sahaja Dr. Halimatu serta keluarga berada. 

Tidak dilupakan berkat rezeki emakku, dan keluarga aku terlalu banyak dugaan dan cabaran yang aku tempuhi sehingga dipermudahkan segala urusan sehingga pelbagai kejayaan yang aku perolehi atas nikmat-NYA

Ameen.
Gambarku bersama Supervisorku>>> memberi semangat
3. Anugerah Inovasi PERKESO

Pada tahun ini juga aku telah memasuki pertandingan Inovasi peringkat  PERKESO 2016. yang mana team aku terdiri dari officemate aku dari Department of Vocational, Physiotherapy (SCI team) dan Case Manager.

Walau tidak menang first prizes, tetapi team kami hanya dapat menduduki tempat ke 6 dari  30 lebih penyertaan dari seluruh PERKESO. Malah, kami rasa berbangga sebab produk kami sudah terjual dan digunakan oleh UIA, Pesakit PERKESO dan juga peserta dari Wheelchair certification dari overseas.

Posed maut 3 Jejaka MASCIVOC Team


Pre-preliminaries session
Booth MASCIVOC at vivatel hotel, Kuala Lumpur

Product tested by our KE Dato Dr. Azman during Final competition Day

4. Kunci Milik Penuh Rumah Pertamaku di Usia 32 tahun (dah tua rupanya aku)

Alhamdulillah, Pada bulan Oktober 2016, aku berjaya mendapat kunci rumah secara penuh setelah menunggu rumah siap hampir 10 bulan dari tarikh permohonan rumah dan tarikh pinjaman rumah diluluskan sehinggalah rumah siap semuanya bermula Pada Bulan Disember 2015. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Ameen

banyak lagi urusan untuk aku setup/ melengkapkan rumahnya yang mana untuk memasang aksesori rumah, peralatan dan perabut untuk diduduki dengan selesa.

My Life and My Future Endeavor

5. Kenduri Kahwin Anak Buah di Kuantan Sambil Bercuti

Alhamdulillah walaupun lambat untuk bercuti bersama keluarga, tetapi hajat aku untuk membawa keluarga bercuti tercapai juga walaupun hanya percutian yang singkat tetapi sangat puas hati dapat berkumpul bersama. Kami bercuti di Pantai Cherating, Tengok Santa naik Paramotor di pantai Cherating, Shopping di Pasar payang Kuala Terengganu dan Shoping Keropok Di pekan Kemaman

Shopping kt Pasar payang...Family Berhajat

Posing jap di Bridge berdekatan Pasar Payang

Perjalanan ke Kedai Makan Ikan Celup tepung

Posed Lagi with Smile

Kedai Adik Beradik Celum Tepung di Pantai Mengabang Teliput, Kuala Terengganu

Hasil Tuaian hahha...kena beratur panjang giler

Tunggu untuk ngappppp
6. Selamat tahun Baru 2017

Syukur Tahun Baru makin menjelma...diucapkan selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini lebih suksess dan cemerlang dan dikukuhkan dari segi kerjaya dan kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup yang semakin mencabar.




Terima Kasih Ya Allah Ya Rabb


***Syukur Selalu***

Road Trip to Krabi 30/09/2016-3/10/2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sykukur Kali ini, rombongan cik Kiah (Vokational, Workhardening, Occupational Therapist & Physiotherapy WKH) telah berjaya kami rancangkan selama 4 hari 3 malam. Perjalanan memamg sangat memenatkan 20 Jam pergi dan 20 Jam balik dari Melaka-Bukit Kayu Hitam-Sempadan Thailand-Krabi. memang sangat memenatkan tetapi memang kami rancangkan sebegini untuk merasa perjalanan yang panjang serta mengeratkan hubungan kami dengan ilai tawa sepanjang perjalanan.
Di Andaman Gateway otw to Krabi Town

Beli Border Pass di Area Duty Free Shop, Changlun

Dalam Perjalanan ke Border Dari Melaka Menaiki Hyundai Starex

Pose di Gajah, Andaman Gateway

Jejaka Krabi posed maut

So kena prepare awal2 untuk ambil border pass yang berharga RM kalau tidak salah berdekatan Naluri Aman Duty Free Shop di Changlun. So, dinasihatkan datanglah awal.

Di dalam perjalanan ke Krabi mengambil masa 5 jam dari border hendak ke Pekan Krabi iaitu Tempat Penginapan Kami. Kami juga sempat bergambar di Andaman Park Thailand dan ke Outlet Village Krabi (barang mahal juga tidak recommend untuk shopping disini baik shopping kt Malaysia jer). Malam Hari aku dan geng2 lain sewa motor 200 bath sehari tetapi perlu tinggalkan passport sebagai cagaran untuk ke Aonang Beach untuk jalan dan sambil menghirup Udara Segar serta makan durian Thailand memang terbaik.
Tiga Jejaka Makan Durian berharga RM230Bath di Aonang Beach

Keesokan hari, kami pergi menawan 5 pulau antaranya Tup Island, Chicken Island, Phra Nang Cave, dan Poda Island  dengan menyewa Long tail Boat special untuk kami ke pulau tersebut.
Kami Menaiki Long tail Boat ingin Menawan Krabi Island

Kacak tak???

Chicken Island

Posed atas Bos berlatar belakang Bendera Thailand dan Pantainya

Menaiki Tut tut ke Island Hoping

Kami@Tup Island

macam Model Krabi plak...krikkk...krikkk


Di malam hari, kami ke Krabi Night Market tidak jauh dari hotel kami dalam 40 minutes dan seterusnya kami makan Steamboat di Pekan Aonang (Halal Food) tak ingat nama kedai try la google sebab popular juga kedai ini untuk muslim taste.
Krabi Night Market

My Posed@Krabi Night Market


Keesokkan hari nya kami bergerak pulang ke Melaka selepas sarapan pagi. Sebelum pulang kami singgah di pekan hatyai untuk shopping sedikit untuk buah tangan. Uhhhhh penat juga sebab tiba di Melaka dalam 4.00 pagi yang mana hari tersebut ada yang bekerja.
Makan Jap@Hatyai

Shopping Jap@Hatyai Town

Posed Jap@Aonang Beach Signboard sebelum bergerak balikk

So, budget aku antara yang lain agak tinggi sebab sekali jalan memang aku berhabis shopping la termasuklah shopping untuk keluarga, seperti  shopping kt 7-eleven (7-eleven dia memang terbaik giler murah...must try), key-chain, pakaian dan sebagainya. Kiranya untuk aku standby duit shopping sebanyak 8000 Bath (lebih kurang RM900 duit Malaysia). Duit Pengangkutan, penginapan dan island hoping RM500.00....janji berbaloi jalan2 dengan member satu kepala

yahuuuuuu................

Thanks Ya Allah meminjamkan nikmat dunimu ini!






Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...