See Me!

Friday 17 April 2020

Professional Technologist (Ts.) Assessment Interview from Malaysia Board of Technologist (MBOT)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Title ini adalalah ikut tujuan dan keinginan individu dan mengikut keperluan bidang pekerjaan. Terdetik di hati ingin memohon dahulu title Professional Teknologis (Ts.) daripada Lembaga Teknologis malaysia (MBOT) disebabkan saya terlibat dalam pengajaran kemahiran.

Bermula tahun 2019 sekitar bulan Oktober 2019, saya mendaftar sebagai 'Graduate Technologist' dengan bayaran yuran sebanyak RM50.00 yang mana perlu daftar akaun  dan lengkapkan maklumat profil yang berkenaan secara atas talian dalam web MBOT. Didalam laman web tersebut perlu dilengkapkan semua yang berkenaan, memuat naik dokumen - dokumen yang perlu dan saya juga memuat naik juga resume yang bersesuaian dengan pengalaman kerja mengikut bidang yang dimohon pada MBOT sebagai bukti pengalaman pekerjaan. 

Bagi graduan aliran Kejuruteraan Elektrik, saya juga sudah mendaftar sebagai Jurutera Siswazah sejak 2009 dari Lembaga Jurutera Malaysia(BEM). 
https://www.mbot.org.my/secure/login/


Maklumat pendaftaran ini boleh diperolehi seperti rajah dan link dibawah bagi prosedur permohonan Ts. (P.Tech) bagi lepasan Ijazah teknologi kejuruteraan mahupun lain - lain bidang teknologi yang tertakluk dibawah MBOT.


https://www.mbot.org.my/

E-Certificate Registration as Graduate Technologist

Bergantung anda, untuk mohon jenis professional yang mana satu dahulu yang layak samada Ir atau Ts... Ingeniur, Ir adalah dianugerahkan kepada pelajar aliran Kejuteraan sahaja & proven pengalaman melebihi 3 Tahun yang diiktiraf oleh BEM; dan 

Sijil Pendaftaran sebagai Jurutera Berijazah, BEM


Professional Technologist, Ts. adalah dianugerahkan oleh MBOT bagi pelajar aliran Teknologi Kejuruteraan atau bidang teknologi lain dengan proven pengalaman melebihi 3 Tahun yang diiktiraf oleh MBOT. Graduan aliran kejuruteraan masih boleh memohon untuk profesional ini mengikut bidang yang bersesuaian.

Selepas mendaftar sebagai Graduate Technologist, saya memohon pula Professional Technologist bagi title Ts. pada bulan Disember 2019 iaitu pada tahun yang sama semasa mendaftar sebagai Graduate Technologist dengan bayaran RM600.00 bagi membolehkan untuk dinilai secara temuduga bagi mereka yang telah mempunyai proven  pengalaman dan melebihi 3 Tahun.

Selepas menunggu lebih kurang 3 bulan, Pada 20 Mac 2020 ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan bagi Wabak COVID-19 yang mana seluruh dunia terkesan dan menyebabkan banyak kehilangan nyawa, MBOT menghantar email untuk membuat temuduga secara atas talian (Menggunakan Skype) serta meminta saya reply email tersebut bagi memilih slot temuduga. Dalam email panggilan temuduga akan disertakan interview kits skop yang akan dinilai sebagai langkah persediaan kepada calon yang mana ada 5 kriteria penilaian iaitu; 

A-Knowledge & Understanding, 
B-Application to Practice, 
C-Leadership & Management, 
D-Interpersonal Skill, dan 
E-Professional Conduct.

Sesi temuduga adalah secara atas talian dibuat bagi mereka yang memenuhi syarat dan pada ketika ini pihak MBOT sedang membuat  program bagi memberi kelayakan professional bidang teknologi kejuruteraan yang telah mempunyai pengalaman melebihi 3 Tahun bagi menganugerahkan title Ts kepada yang berkelayakan bagi tempoh terhad sahaja sebelum proses ini mungkin akan diperketatkan pada masa akan datang. Alhamdulillah, saya terpilih untuk program temuduga secara atas talian. Dalam proses penilaian professional assessment saya mendaftar dalam bidang teknologi Elektrik dan Elektronik iaitu mengikut kesesuaian bidang kepakaran saya

Berikut adalah antara soalan yang ditanyakan oleh ahli panel yang terdiri dari 3 orang iaitu:
  1. Panel 1: Panel MBOT yang berkaitan bidang yang dipohon
  2. Panel 2: Panel industri
  3. Sekretariat
  4. Tarikh Temuduga : 26 Mac 2020
Pastikan anda baca  sedikit berkaitan Code of Ethic, Bidang yang dipohon, 768 Acts dan yang berkaitan. Soalan yang diajukan mengikut pengalaman, bidang yang dipohon dan kepakaran anda. Berikut adalah soalan yang diajukan secara kasar sebagai panduan:

  1. Pertama, Pengalaman Kerja berkaitan  mengikut bidang yang dipohon untuk melayakan title diberikan terutama bagi saya pengalaman banyak kepada bahagian pengajaran kemahiran.
  2. Kedua, dalam kes saya, panel industri berminat berkenaan dengan Research saya semasa  pengajian Master yang mana mereka meminta terangkan research yang berkaitan  power stability dan renewable energy.
  3. Ketiga, soalan berkaitan perbezaan fungsi Professional Technologist (Ts.) dalam Akta 768 MBOT dibandingkan dengan Professional Engineer(Ir)
  4. Keempat, ditanya berkenaan bagaimana anda mengendalikan atau communicate dengan management dari view of professional ethics jika sesuatu projek mengalami kekurangan sumber, pekerja kompeten atau bajet terlebih.
  5. Kelima, Panel bertanya berkenaan pengajaran iaitu method yang saya gunakan dalam proses pengajaran.
  6. Soalan Keenam, panel bertanya berkenaan Smart Factory dan IR4.0
  7. Soalan terakhir,  proses berkenaan penilaian pengalaman terdahulu (PPT) bagi kursus SKM.

Setakat ini, soalan yang sempat saya ingat dalam penulisan blog saya kali ini, apa-apapun setiap soalan yang akan diajukan kepada peserta  dalam ruang lingkup kepakaran anda. So, pastikan anda master bagi semua yang berkaitan dalam bidang kepakaran anda.

Lebih kurang seminggu selepas professional assessment tersebut (04 April 2020 - kira hadiah Ulang Tahun Kelahiran).... saya mendapat email kelulusan oleh lembaga MBOT akan keputusan penilaian  yang mana saya berjaya lulus. Di dalam email tersebut saya diminta membayar RM350 bagi pendaftaran professional saya.... dan selepas bayaran baru lah title Ts. Boleh digunakan secara official beserta Sijil akan diberikan.


E-Certificate as Professional Technologist, Ts.

Sijil original akan dihantar di alamat anda kemudian. Dalam kes saya, saya mendapat sijil original selepas 5 bulan dari tarikh kelulusan dan pembayaran professional berserta kad keahlian TNGO bagi kes saya. Bermula la sebagai Professional Teknologis,Ts. Yang mana anda perlu ingat perlu perbaharui professional setiap tahun dengan Bayaran RM200 beserta melengkapkan CPD sebanyak 30 Jam.



Sekian,
Ts. sabar

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...