See Me!

Saturday 30 April 2016

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 1; 14 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada 14 April 2016, selepas habis waktu kerja kami iaitu Aku, Fiza, Hajar dan Echa bersiap untuk bergerak ke KLIA untuk berlepas ke Kuching, Sarawak untuk destinasi pertama percutian kami.
Gambar 1: Dalam Perjalanan untuk Masuk Pintu masuk Pesawat

Yang paling menyedihkan, skirting keretaku telah terbarai disebabkan divider di kawasan tempat letak kereta KLIA terlalu tinggi sehingga aku terlanggar dapat pulak hari sudah makin gelap dan terburu-buru takut terlepas 'flight'.... Dalam hatiku sudah fikir duit akan bertambah melayang  sebab hendak repair skirting aku tu...kurang-kurang pun dalam RM100++ termasuk cat dan pasang.


uhhhh mengeluh panjang aku ketika itu dalam hatiku, spoilkan mood aku hendak bercuti di Kuching dan Kota Kinabalu jer grrr....huhuhhuhu.

Kami tiba di kuching lebih kurang pukul 12am disana, terus naik kereta sewa pergi makan dulu di RJ Ayam bakar di pekan Kuching....sedap sangat menu dia...kawan aku makan di rj ayam bakar tapi aku makan roti bakar ... memang terbaik serta kedai yang urban/ hipster design sesuai untuk golongan muda-mudi.
Gambar 2: Pintu masuk Kedai RJ Ayam Bakar
Gambar 3: Menu Special RJ Ayam Bakar
Gambar 4: Sedap gak roti niiiiii
Selepas kekenyangan kami, check in ke guest house untuk backpacker explore yang berhampiran tempat makan disitu.
Gambar 5: Tinggalkan memori disini

Gambar 6: Posing sekejap berhampiran guest counter

Gambar 7: Bilik aku untuk malam pertama


Pengalaman yang tidak mungkin ku lupakan bersama teman sepejabat di tempat kerja yang baru bercuti bersama-sama selama hampir seminggu lamanya.


Yahooooooooooo....seronoknya bercuti


Semoga perjalanan seterusnya berjalan lancar dan selamat hendak-NYA.

Amin

Year 2016 Birthday Celebration on 13 April 2016 at Pusat Rehabilitasi PERKESO


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Syukur ke hadrat illahi yang tidak kuduga, pada tarikh ini; 13 April 2016 di usia umur ku mencecah 30++ aku menerima kejutan yang tidak disangka - sangka oleh officemate aku yang sangat akrab di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka.

Gambar 1: Ulangtahun Kelahiranku

Officemate aku telah membuat aku rasa sangat terharu kerana mereka telah menyambut hari ulangtahun kelahiranku pada tarikh tersebut dengan membuat kek sendiri di opisku dengan mereka memberi nama "OPISMADE CAKE".... sure sangat sedap walaupun simple disebabkan keikhlasan merekan untuk menyambut ulangtahun kelahiranku....aku rasa terharu dan hiba disaat meniup lilin kek yang dicucuk diatasnya.


Thanks sahabatku, Aida,  Zhaf dan Daniel diatas kesungguhan anda!


***Syukur Selalu***

Monday 4 April 2016

Ready for ACME Conference 30-31 May 2016 @ Berjaya Waterfront, Johor Bahru, malaysia




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, syukur sangat - sangat setelah IEEE conference paper berjaya dengan komen dari reviewer yang sangat positif walaupun menunggu agak lama setelah secretariat menunda dari satu tarikh ke tarikh yang lain....rasa seram gak yela first time rasa gugup, excited dan berkobar - kobar...hehehe


Tuntutan untuk bayaran  yuran ke conference ni pon dak settle setelah menghantar borang permohonan ke iRMC, UNITEN banyak gak la perlu ambil tanda tangan tetapi takpe janji semuanya selesai dilakukan dan beruntung sebab dengan bantuan geran penyelidikan yang ditawarkan dapatlah bayar yuran conferemce kalau hendak bayar sendiri mahal gak RM1000+++ hehehe... 


Ameen Ya Rabb


Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...