See Me!

Wednesday, 16 October 2019

Memasang PhotoCell Sensor


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan cara pemasangan photocell sensor dari pendawaian lampu sedia ada.

Kebiasaanya, photocell sensor dipasang pada lampu di luar rumah yang mana memudahkan lampu dihidupkan apabila hari makin gelap yang mana sensor tersebut adalah peka cahaya. Kegunaan lain adalah menerangi rumah anda yang ditinggalkan beberapa hari secara automatik bagi memastikan kawasan luar rumah kita tidak bergelap apabila ketiadaan orang dirumah terutamanya mencegah dari kehadiran pencuri yang ingin memasuki rumah.

Pelbagai jenis photocell sensor ada dipasaran yang mana kualiti yang baik adalah jenama Selcon dari Japan. terdapat juga kadaran arus antaranya 3A, 6A dan sebagainya yang mana kadaran arus ini bergantung berapa mata lampu yang ingin disambung dengan sensor ini iaitu misalnya 3A adalah sambungan kepada satu lampu dan 6A untuk disampung kepada 2 mata lampu.

contoh photocell sensor


Berikut adalah  rajah sambungan sensor ini bagi pendawaian lampu sediada:

Litar Pendawaian Fotosel



Thanks
Ts. Sabar

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...