See Me!
Tuesday, 12 July 2022
Automotif: High Temperature (Proton Persona) Disebabkan oleh Masalah Hose Aircond Bocor
Tuesday, 7 June 2022
Pendawaian Elektrik Soket Kuasa Alir Keluar 13A
- Peralatan asas seperti alatan tangan, screw driver, drill, playar dan sebagainya
- Kabel Live (L), Neural (N) dan Earth (E) bersaiz 2.5mm, 4.0mm dan sebagainya serta mengikut standard.
- MCB (20A,32A)
- Peralatan Pengujian seperti test pen socket tester, multimeter dan sebagainya.
- dan lain-lain peralatan jika berkenaan
Sekian, Pastikan Selamat!
Ts. Sabar.
Tuesday, 1 March 2022
Pendawaian & Pemasangan Water Heater Rumah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana membuat pendawaian dan pemasangan Water Heatar di Rumah yang selamat dengan memenuhi standard spesifikasi dengan menggunakan langkah beregambar yang dinyatakan dibawah.
Berikut adalah langkanhnya:
Langkah 1:
Sebelum membuat pemasangan yang berkaitan elektrik terutama mereka yang tiada pengetahuan ilmu elektrik, Tolong pastikan anda sudah mempunyai ilmu berkaitan elektrik, faham, yakin dan berada dalam keadaan selamat sebelum melakukan kerja elektrikal dan jika tidak panggillah wiremen bertauliah untuk melakukan kerja - kerja elektrikal ini. Ini adalah penting!
Selepas itu, anda boleh cari spesifikasi water heater yang ingin dipasang terutama dari segi harga, penjimatan tenaga elektrik, model, jenama dan spesifikasi yang selamat untuk digunakan.
Perkara yang anda perlu sebelum pemasangan:
- Mesti ada Ilmu dan Selamat
- Pastikan Pendawaian elektrik untuk water heater sudah tersedia jika tidak perlu panggil wiremen bertauliah untuk membuat pendawaiannya, dalam kes saya pendawaian sudah ada (jika ingin pasang sendiri), mengikut standard saiz kabel perlulah menggunakan kabel 4.0mm dari DB hinggalah alat Water Heatar yang disambung kepada MCB 20A dan RCBO 10mA (Residual Current Breaker with Overcurrent) bagi perlindungan penuh. Berikut adalah contoh RCBO:
- Memilih Water Heater yang mempunyai spesifikasi perlindungan antara yang terbaik, penjimatan, model, jenama dan mengikut bajet. Dalam kes saya menggunakan Toshiba; Model TWH-38EXPMY(G) dengan Rain Shower yang berharga dalam RM600++(ikut harga shopee tetapi harga kedai lagi mahal), rujuk rajah dibawah bagi contoh water heater yang saya pakai:
sumber: Toshiba - Pastikan untuk selamat, pengambungan dari punca air hingga ke alat pemanas air menggunakan perkakasan yang bukan pengalir elektrik (e.g: PVC)
- Sediakan perkakasan kerja lain bagi pemasangan water heater termasuk perkakasan untuk sambungan dari punca air.
Langkah 2: Pendawaian dan Tetapan Lokasi Pemasangan Water Heater
Berikut adalah ilustrasi diagram bergambar bagi sambungan water heater iaitu pendawaian dari DB sehingga ke poin pemasangan peralatan:
Berikut adalah litar skematik standard bagi pendawaian water heater (biasanya litar ini hanya personel yang belajar elektrikal mudah untuk fahamnya):
Langkah 3: Pemasangan Water Heater
Sebelum pemasangan Water Heater, pastikan bekalan elektrik di DB (Distribution Board) bagi punca elektrik water heater dimatikan pada RCBO dan MCB water heater yang sudah tersedia.
Jika ingin lebih selamat dan yakin, Matikan RCCB (Residual Current Circuit Breaker atau ELCB nama lama) dan Main Switch utama di DB dimatikan serta diuji mengguna testpen bagi memastikan yang sumber elektrik benar -benar telah diputuskan/ tiada. Jika ingin menggunakan teknik ni, semasa buat kerja pastikan orang rumah tiada di rumah jika tidak merungutlah mereka sebab kepanasan dan tidak boleh buat kerja lain.
- Tandakan kedudukan dimana yang ingin ditempatkan beserta lubang skru untuk water heater serta pastikan kemas supaya ianya terletak cantik.
- Tebuk dengan mengunakan drill yang sesuai ditempat yang ditandakan tadi.
- Pasang kabel mengikut jenis warna kabel yang command iaitu Live (Merah/ Coklat/ Kuning), Neutral (Biasanya Hitam/ Biru) dan Earth (Hijau/ Hijau-Kuning). Pastikan warna kabel dari pendawaian dan pada perkakasan disambung dengan betul. Jika tidak mahir rujuk pada yang pakar dan manual pemasangan water heater yang dilampirkan dalam kotak.
- Guna PVC paip/ hose yang bersesuaian untuk menyambung dari punca air sediada ke poin masuk air di water heater. Pastikan sambunggan kuat dan selamat.
Gambar dibawah disebelah kiri, menunjukkan lokasi sediada bagi kabel sediada bagi water heater. Gambar disebelah kanan adalah water heater yang sy sudah siap pasang selepas menebuk dan memasukkan wallplug. Saya decide untuk tidak ikut laluan kabel yang disediakan bahagian tepi tetapi sy membuat lubang baru di tengah yang disediakan yang belum ditebuk yang lebih mementingkan keselamatan supaya kabel elektrik dilindungi dari percikan air nanti.
Gambar dibawah pula di sebelah kiri saya sambungkan dengan poin sambungan di water heater iaitu wayar kuning (Live) disambung ke sambungan wayar merah yang di label L, wayar hitam(Neutral) disambung kepada wayar biru dan wayar hijau (Earth) disambubg kepada wayar hijau-kuning. Gambar disebelah kanannya pula water heater yang telah siap dipasang dan covernya di skru semula di bahagian bawah.
Seterusnya, Gambar dibawah akan di sambung dari punca air yang mana ianya disambung pressure hose beewarna biru dengan pvc acetal street elbow dan niple 3/4", kemydian disambung ke inlet water heater yang tepah dilabelkan dibawah water heater (warna biru) dengan melalui valve yang diberikan. Kemudian, pasangkan pemegang rain shower mengikut manual yang diberikan dan sambungkan dari outlet water merah (label merah) kepada sistem pancuran air (rain shower set).
Akhir sekali, baru la saya buat samnung pada DB. Di gambar bawah di bahagian kiri, ada satu MCB bersaiz 20A untuk water heater, tetapi untuk lebih safety saya telah menambah RCBO 20, 10mA untuk lebih perlindungan seperti yang di tunjukkan di gambar dibawah di sebelah kanan yang telah siap dipasang (yang ditanda dengan anak panah merah). Cara pendawaian MCB ke RCBO ke Water Heater point saya telah terangkan di atas.
Langkah 4: Pengujian Pemasangan yang telah siap
Selepas semua pemasangan telah siap dan dipastikan selamat, anda boleh hidupkan bekalan di DB untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik dan selamat. Inilah gambar dan video pendek pemasangan yang telah siap dipasang dan diuji selamat:
Orang kebanyakan biasanya nampak kerja elektrikal sangat mudah, hakikatnya sedikit kesilapan boleh menyebabkan nyawa anda melayang. So, pastikan anda ada pengetahuan berkenaan elektrik sebelum melakuan kerja ini ye!, jika tidak panggil lah wireman/ orang yang benar - benar mahir dan kompeten untuk melakukan pendawaian elektrikal dan pemasangan tersebut. Malah, perlu ada ilmu asas-asas lain termasuk elektrikal yang konklusif yang berkenaan terutama apabila anda sudah mempunyai rumah sendiri untuk keuntungan anda.
Tips Tambahan***
Berdasarkan pengalaman, Jika anda rasakan tekanan air water heater mempunyai tekanan yang agak rendah selepas adjust kemasukan air, cuba tukar sediada toshiba stop valve kepada Centon Triple function Stop Valve, insyallah berhasil... itu yang berlaku kepada saya selepas menukarnya, tekanan air makin laju...so rasa best apabila mandi.
Pastikan Selamat!
Ts. Sabar.
Tuesday, 22 February 2022
UNBOXING: Toshiba Water Heater Model TWH-38EXPMY(G)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Jom, jom unboxing apa yang ada dalam Water Heater jenama Toshiba Model TWH-38EXPMY(G) dengan Rain Shower. Ini adalah model yang saya beli:
sumber: website toshiba |
Ini adalah rupa bentuk luar kotak yang akan dapat dari segi bungkusan luaran kotak:
Ini adalah model spesifikasi lengkap, yang mana model ini mempunyai rekaan yang elegan, stylist dan menarik dengan ciri ciri keselamatan yang baik yang mana julat harga antara RM290 (tanpa pum) - RM680++(dengan pump) mengikut seller (yang mana ada 4 variasi yang berlaianan harga) dan harga yang saya beli dari seller dari apps Lazada adalah RM643 (boleh dapat harga murah tapi kena tipu dari seller Shopee yang menggunakan ID Smart Lifestyle Distributor tetapi dapat refund semula duit dari shopee, itupun selepas 2 minggu menunggu dari mula order barang hingga duit dapat semula). Berikut adalah spesifikasi bagi model ini:
sumber: lazada |
Bagi model ini antara ciri keselamatan yang ada bagi model ini antaranya adalah mempunyai double safety protection for overheating and dry heating, constant temperature system, safe guard system, higher fire proof standard(UL94), low noise DC pump, strong leakage protection, splash proof standard (IP25) and certified 99.99% bacteria free spiral flow heating system.
Berikut adalah perkakasan yang akan diberikan untuk set yang dibeli ini:
Gambar berikut adalah senarai lengkap bagi peralatan dan perkasanan dalam unit yang akan diberikan:
Gambar dibawah adalah aksesori untuk model ini yang terdiri daripada rain shower cap, rain shower arm, valve dan akserori lain yang diberikan.
Gambar ini pula, adalah isi dalam pakej yang dibeli, untuk model full package anda akan dapat iaitu warna gold.
Gambar dibawah adalah, contoh manual pemasangan yang akan diberikan.
Untuk makluman, untuk memasang water heater ini, anda perlu beli pressure hose (untuk sambungan dari punca air ke water heater) yang mana tidak diberikan, anda juga perlu membeli swkurang - kurang 2 unit PVC nipple standard size iaitu 3/4" dan juga Acetal PVC street elbow 3/4" atau 3/4" 2 side threaded elbow. Gambar dibawah adalah perkakasan paip yang perlu anda anda untuk pasang sebelum menyambung ke pressure hose inlet ke water heater:
Untuk keselamatan maksimum water heater dan mengikut standard Suruhanjaya Tenaga anda boleh pasang RCBO, 10mA (Residual Current Breaker with Overcurrent) dengan menggunakan kabel bagi pendawaian water heater bersaiz 4.0mm.
Untuk topik pendawaian dan pemasangan water heater boleh rujuk topik seterusnya disini.
Ts. Sabar
Tuesday, 1 February 2022
New Car 10H Ceramic Coating
Salam Sejahtera
Sangat penting bagi pembeli kereta baru untuk menjaga kenderaan pada tahap yang optimum. Oleh itu di Penghujung di Bulan Mei 2021, saya telah membeli kereta di waktu pandemik COVID-19 dan ketika Perintah Kawalan Pergerakkan diperketatkan belum bermula (PKPD) semasa kereta keluar. Dukacitanya, seminggu selepas kereta keluar, kerajaan umumkan PKPD mengikut daerah dan macam-macam jenis PKP, sabar jer lah kan...
Selepas kerajaan longgarkan sedikit PKP sekitar bulan August 2021 dan ketika itu kebetulan terpaksa pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja... tetapi perlu minta pelepasan dari Balai Polis sebelum itu.
Selepas urusan kerja selesai, semasa dalam perjalanan pulang, saya terlihat ada satu signboard kereta coating yang buka berhampiran laluan Pudu - Sungai Besi. Kemudian, sebelum pergi ke kedai tersebut sempatlah saya buat tinjauan/review secara online berkenaan syarikat tersebut untuk memastikan saya masuk di kedai yang benar - benar boleh dipercayai.
Nama kedai car detailing yang saya kunjungi dan menggunakan perkhidmatan untuk membuat coating adalah VanoTech Premium Coating Malaysia. Anda boleh google di Facebook mereka untuk mendapatkan maklumat samada memenuhi citarasa, terutama jenis coating yang dimahukan. Semasa saya sampai di kedai, pekerjanya memaklumkan saya perlu message di FB massenger jika mahu booking dan harga promo seperti yang saya baca di FB mereka seperti ditunjukkan rajah dibawah dan terus membuat booking di hari yang sama , kebetulan banyak kedai baru mula dibenarkan buka sacara berperingkat.
Kalau ikutkan harga pada August 2021 untuk 5 Layer Ceramic Coating 10H Ceramic Coating Pakej Gold dengan warranty 3 tahun, tetapi disebabkan saya berada luar KL mereka bagi saya 5 Tahun warranty.
Untuk pakej Gold RM1,388, saya hanya bayar RM950.00 sahaja selepas buat booking di FB tak pasti terlahu mahal atau terlalu murah. Tetapi saya rasa mid-price jugalah untuk 10H Ceramic Coating. Pakej -Pakej lain boleh rujuk rajah dibawah:
Dalam Pakej Gold ini, saya inklusif :
- Premium Wash & Vacuum
- 6 Step Premium Polish
- Windscreen/Window
- Engine Bay Steam Wash
- Leather/Fabric Clean
- Interior Plastic/ Rubber
- Ada voucher tambahan seperti Free Car Wash on Birthday, Coating Maintenance
Untuk pakej Gold harga sebenar RM1,388, saya hanya bayar RM950.00 sahaja selepas buat booking di FB tak pasti terlalu mahal atau terlalu murah. Tetapi saya rasa mid price jugalah kalau untuk 10H Ceramic Coating jika dibandingkan kedai - kedai lain yang pernah saya survey sebelum ini.
Mereka juga menggunakan apps yang dipanggil sebagai Tunai bagi memudahkan anda menebus voucher. Gambar dibawah adallah contoh resit yang dikeluarkan melalui apps tersebut:
Resit Bayaran |
Paparan Voucher dalam Apps Tunai |
- Pertama, mereka akan basuh, bersikan mana yang patut dan keringkan kali pertama kereta anda bagi membuang habuk dan kotoran. Kemudian, mereka akan
- Kedua, mereka akan polish dan wax keseluruhan kereta bagi mencantikkan permukaan warna kereta .
- Ketiga, Mereka akan basuh dan keringkan kereta.
- Keempat, Mereka akan letakkan 10H Ceramic Coating keseluruhan bandan kereta termasuk di windscreen, window dan enjin kereta.
- Kelima, Mereka akan keringkan coating dengan menggunakan Lampu Infrared, jika tiada menggunakan infrared lambat kering dan coating tersebut akan hilang. Rujuk gambar dibawah, proses infrared sedang dijalankan:
- Do's, Mencuci menggunakan hand wash atau touch-less wash tanpa, Mencuci menggunakan nano shampoo/ yang tiada chemical, tidak menggunakan wax/ polish lagi dan menggunakan kain microfiber serta basuh dibawah panas cahaya matahari.
- Don't, Pastikan tidak mengunakan servis perkhidmatan cucian automatik, tidak menggunakan shampoo yang ada chemical, tidak menggunakan wax/ polish dan dibawah matahari serta tidak menggunakan kain selain microfiber.
Sekian sahaja perkongsian kali ini, selamat membaca, menilai dan Membuat pilihan tepat!
Ts. sabar
Thursday, 9 July 2020
Smart Home - Pemasangan Wifi Smart Switch
- Suis boleh dikendalikan hanya menggunakan butang sentuh atau touch switch
- Boleh dihidupkan suis dengan menggunakan apps di dalam telefon.
- Boleh menghidupkan suis lampu misalnya dengan menggunaka voice command dengan menggunakan applikasi tambahan seperti google assistant, IFTTT, alexa, amazon dan sebagainya.
- Boleh mengawal semua suis dan remote dengan menggunaka apps dengan melalui modem perantara seperti sonoff bridge wifi, tmall genie, broadlink, dan sebagainya.
- Boleh menghidup dan mematikan suis lampu misalnya dari luar rumah/ dari jauh dengan menggunakan internet connectivity di rumah yang telah disambung melalui apps di telefon.
- Smart Switch yang tidak menggunakan Neutral
- Suis hanya menggunakan wayar live sahaja di suis dan tidak perlu wayar Neutral tetapi pada sambungan akhir lampu perlu disambung dengan kapasior untuk mengoperasikan suis ini.
- Smart Switch yang menggunakan Neutral
- Suis memerlukan wayar live dan neutral di suis untuk menghidupkan lampu tersebut.
Wednesday, 16 October 2019
Memasang PhotoCell Sensor
Hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan cara pemasangan photocell sensor dari pendawaian lampu sedia ada.
Kebiasaanya, photocell sensor dipasang pada lampu di luar rumah yang mana memudahkan lampu dihidupkan apabila hari makin gelap yang mana sensor tersebut adalah peka cahaya. Kegunaan lain adalah menerangi rumah anda yang ditinggalkan beberapa hari secara automatik bagi memastikan kawasan luar rumah kita tidak bergelap apabila ketiadaan orang dirumah terutamanya mencegah dari kehadiran pencuri yang ingin memasuki rumah.
Pelbagai jenis photocell sensor ada dipasaran yang mana kualiti yang baik adalah jenama Selcon dari Japan. terdapat juga kadaran arus antaranya 3A, 6A dan sebagainya yang mana kadaran arus ini bergantung berapa mata lampu yang ingin disambung dengan sensor ini iaitu misalnya 3A adalah sambungan kepada satu lampu dan 6A untuk disampung kepada 2 mata lampu.
contoh photocell sensor |
Berikut adalah rajah sambungan sensor ini bagi pendawaian lampu sediada:
Litar Pendawaian Fotosel |
Thanks
Recent post
Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...
-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Title ini adalalah ikut tujuan dan keinginan individu dan mengikut keperluan bidang pekerjaan. Te...
-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan cara pemasangan photocell sensor dari pendawaian la...
-
A ssalamualaikum & Salam Sejahtera Untuk panduan pastikan jika ingin pergi kedai kereta, pergilah kedai yang boleh dipercay...