Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari ini saya ingin berkongsi permasalahan yang baru - baru ini terjadi pada kereta saya. Ianya adalah normal apabila lampu amaran brek menyala apabila brek tangan ditarik tetapi ia menjadi tidak normal apabila lampu ini menyala ketika brek tangan dilepaskan dan sedang kereta dipandu.
Kebiasaan lampu amaran brek ini akan menyala semasa kereta bergerak adalah disebabkan salah satu daripada berikut:
- Lampu brek tidak berfungsi/terbakar
- Keupayaan membrek gagal/ bermasalah
Jika mengalami masalah sepertio ini, segeralah memberhentikan kereta di tempat yang selamat dan periksalah paras minyak brek yang mana berdekatan dengan enjin kereta yang kebiasaan tangkinya berwarna putih dan berbentuk silinder mengikut dalam kes saya.
Saya dapati minyak brek berkurangkan, tetapi dengan yakin.... saya memandu ke bengkel berdekaatan untuk foreman memeriksa kereta dan membaikpulih masalah tersebut.
Mengikut foreman, kereta saya didapati kekurangan minyak brek...saya pun minta tukar baru jer yang di caj RM40.00... jika hendak tambah minyak pun boleh jika baru ditukar.
Selepas itu, foreman memeriksa semua point sistem break di setiap bahagian roda... dan nasib baik foreman saya periksa di setiap roda.....malangnya bukan disebabkan minyak brek berkurangkan tetapi terdapat leaking/minyak bocor di salah sat ubahagian brake pump.
Kebetulan, brake pump yang original bru tiada stol yang ada cuma recond sahaja yang ada stok. Saya pon tanya la berkenaan brang recond tu okay ke tak... foreman bagitahu barang tersebut baru dan baik cuma diambil dari kereta potong. Caj yang dikenakan untuk Recond Brake pump set berhara RM280.00 dan jika baru harga lagi mahal dari harga ini.
Sekian sahaja perkongsian kali ini.
No comments:
Post a Comment