See Me!

Wednesday, 30 July 2025

Travelog - Percutian di Batam, Indonesia 27 - 29 Jun 2025 (3 Hari 2 Malam)

 

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 
Lama sungguh tidak update blog ni, Kali ini saja ingin berkongsi tempat yang saya pergi bercuti iaitu di Batam, Indonesia  selama 3 Hari 2 Malam dari 27 - 29 Jun 2025. 
 
Untuk percutian singkat ini, saya book hotel melalui Agoda di Hans Inn Hotel yang mana  lokasinya agak strategik dan berdekatan dengan Nagoya Hill Shopping Mall harganya pun berbaloi iaitu dalam RM303 untuk 2 malam bagi bilik jenis suite serta biliknya memang awesome, besar siap ada 2 toilet, ruang sofa dengan 2 tv, fridge kerusi lepak, rasa sangat berbaloi sangat2 siap ada balkoni.
 
Kemudian kami book return ticket melalui website https://my.busonlineticket.com/. untuk return ticket kelas ekonomi harga RM168 yang mana boleh pilih masa pergi dan balik dengan menggunakan Bistari Gemilang Ferry untuk dari Stulang Waterfront Ferry terminal ke Harbour Bay, Batam. Perlu di ingat perlu print resit booking suntuk redeem ticket ferry sebenar di counter. Anda juga perlu bayar tambahan untuk seaport tax RM23 seorang di Malaysia dan perjalanan ke batam mengambil masa sekitar 2 jam.
 
Inilah feri yang kami naik dari Stulang terminal dan Redeem Ticket di kaunter Bistari tingkat 1 di Berjaya Waterfront.
  
***Disebabkan ini kali pertama pergi batam, saya ingin ingatkan anda supaya redeem ticket balik ke Malaysia setiba di Harbour Bay, Batam siap2 supaya tidak mengalami kes macam kami sepatutnya dalam booking kami dah pilih siap2 waktu balik pukul 1pm(waktu Indonesia) tetapi, bila waktu hendak balik kami diberitahu ticket pukul 1pm sudah penuh, so kami kena tunggu next ferry pukul 5.30pm, so tersadailah kami 4 jam di Harbour Bay, Batam Ferry terminal  hu3. Di ingat juga masa mahu pulang ke Malaysia sediakan juga duit rupiah IDR125,000 (caj mengikut masa kami pergi) seorang, untuk caj seaport tax balik dari Batam.
 
Untuk Ke Batam  dari Malaysia anda boleh pilih untuk stopover di Harbour Bay atau Batm Centre antara terminal yang popular untuk ke Batamlah.
 
Inilah Harbour Bay, Batam

 
Disebabkan percutian kali ini pergi dengan kawan dan familynya, so program hanya santai-santai sahaja sebab ada anak2 kecil. 
 
Berikut adalah tempat-tempat yang dilawati:
 
27 Jun2025
Setiba di Harbour Bay, Batam kami book grab (guna jer grab aps dari malaysia nak senang link siap2 dengan kad depit atau kad kredit nanti auto bayar) untuk Check-in dahulu sebab dah jauh perjalanan kan di Hans Inn Hotel dengan deposit IDR100, 000.
 
Hari pertama kami tidak jalan2 banyak sangat sebab sampai di Batam sudah lewat tambahan pergi dengan family rakan kerja sebab mereka ajak join he3.
 
Kami berjalan kaki dari hotel ke Nagoya Foodcourt dalam 6/ 8minit, kami baca tempat ini popular tetapi kami rasa was-was sebab dorang kata halal tetapi boleh dikatakan setiap kedai yang tulis halal tetapi ada jual arak, so kami tidak jadi makan disitu, just pass by jer.
 
Inilah Nagoya Foodcourtnya

 
So disebabkan anak2 opismate dak meragam, kami pun order grab untuk ke Nagoya Hill Shopping Mall. So kami dapati berdekatan shopping tu ada bayak kedai halal dan kami lebih yakin. Kami Makan di kedai Makan Pecel lele 99,  untuk makan 3 dewasa dan 3 kanak2  kena caj dalam IDR170, 000, so ak recommend korang try makan nasi goreng seafood, memang berbaloi. Di kawasan ini juga ada banyak kedai sate padang dan macam2 lagi.
 
Kedai Malam Kami disini berhadapan Nagoya Mall, Boleh try Nasi Goreng Seafood dan Berdekatan ini banyak kedai jual sate

 
Selepas perut dah kenyang kami jalan2 di dalam shopping Mall survey2 kek lapis batam dan window shopping. Berdekatan hotel  sempat juga pi indomaret dan kedai K circle.
 
Inilah Nagoya Shopping Mall

 
Di depan shopping ini iaitu berdekatan pintu barat ada kedai makan popular iaitu Morning Bakery. selepas kepenatan aku pon balik ke hotel.
 
28 Jun 2025
Hari Kedua, Kami book full day sewa transport dengan pak nana iaitu grab yang kami guna masa sampai di harbour bay ke hotel semalam yang mana dia bagi harga IDR600, 000 termasuk semua caj.
 
Tempat - tempat yang kami sempat pergi adalah 
  1. Puncak Beliung
  2. Kelong Janbatan Satu Seafood
  3.  De Sands Cafe
  4.  Bluefire Beach Club
  5.  Masjid Cheng Ho
  6.  Masjid Agong Raja Hamidah
  7.  Barelang Bridge
  8.  Grand Batam Mall 
  9.  Nagoya Hill Shopping Mall
 
Bagai penggemar untuk bergambar korang wajib datang ke Puncak Beliung yuran masuk cuma IDR90K jer  seorang termasuk pecuma 3 aktiviti (karpet terbang, Giant Swing dan Rainbow Slide) tetapi nak beratur berjam juga kalau anda datang lewat dan pada waktu ramai orang dan dapat minuman percuma. Ada juga pakej lain yang mana harga ikut berapa permainan berbayar kita mahukan. Jarak perjalan dari hotel dalam 30min jer. Korang jer bergambar di dalam macam2 spot yang best dan free . Untuk main aktiviti sangat menguji kesabaran terutama jika ada anak kecil  dan kawasannya sedikit mendaki untuk sampai ke tempat tarikan utama di puncak.
 
Welcome to Puncak Beliung



Selepas 4 jam disini, kami pon keluar dari kawasan ini, so perut pon dah lapar. Kami pon suruh pak supir bawa ka ke kedai popular iaitu di kelong Jambatan Satu untuk makan makanan seafood. Disini kami habis dalam IDR765K untuk 4 dewasa dan 3 kanak termasuk belanja supir makan). So kami makan lauk ikan, udang , 3 jenis sayur, air berperisa.
 
 
Setelah makan kami bergambar di jambatan Barelang dan dari tempat makan tadi pon bole bergambar berlatarbelakangkan jambatan tadi.
 
  
Seterusnya pergi bergambar pula di Masjid ala-ala Masjid Nabawi iaitu di Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah serta solat jamak kebetulan dah masuk waktu. 
 

 
Seterusnya saya masuk pula di De' Sands Santorini dengan caj IDR25K dan perfuma minal water. tempat dia biasanya jer bagi saya spot bergambar pon biasa-biasa jer. Kemudian, kami pergi ke Masjid Muhammad Cheng Ho berdekatan jer  De' sands anda juka kedai jika mahu membeli.
 
Selepas itu, kami pergi ke Bluefire Beach  Club dengan yuran masuk IDR40K beserta percuma satu air berperisa. Tempat ini popular pasir buatan berwarna pink tu... Dalam ini  banyak juga spot bergambar dan boleh rileks berlatar pemandangan tepi pantai. Best jugalah cuma ramai la orang datang sini.
 
Bluefire Beach Club

 
Penutup hari ini kami pergi ke Grand Batam Shopping Mall, Tempat kira tempat shopping barang yang lebih berkualiti untuk shopping oleh disini. Tempat ini bagi saya biasa jer macam tempat shopping biasa.
 
29 Jun 2025 
Hari terakhir - Hari program bebas; Free and Easy untuk semua orang he3
 
Dari hotel saya guna google maps untuk pergi ke tempat Sarapan pagi di Martabak Har berdekatan Lubuk Baja dekat juga dengan Nagoya Mall. Sementara tunggu semua shopping mall di Batam buka pukul 10am jalan2 sekitar Nagoya Hill Shopping Mall dahulu untuk shopping terakhir dan beli oleh-oleh.
 
Kemudian saya, Beli Oleh-Oleh Kek lapis berharga IDR90K  dan Batam Banana (bagi saya lagi sedap dari kek lapisnya hu3) di dalam Nagoya Hill Shopping Mall, Banyak juga kedai kek lapis dalam Mall ini.
 
Kemudian saya window shopping jer di Diamond City Mall, bagi saya biasa jer best lagi di Nagoya cuma di Diamond City banyak orang jual pakaian.
 
Penutup percutian di Batam, saya Lunch di  Morning Bakery berhadapan pintu Baray Nagoya Mall. Di Kedai ini ada pelbagai jenis pastry dan menu berat yang korang boleh pilih ala2 macam kopitiam pon ada juga.
 
Saya Balik Hotel unbtuk bersiap balik dan pergi ke Harbour Bay terminal untuk Pulang ke Malaysia. Bye Bye Batam. Jumlah pembelanjaan Peribadi habis dalm RM1,100.00 untuk 3 hari 2 malam.
 
So Kami Sampai JB, Malaysia dalam pukul 9,30 malam sebab bergerak dari Batam dalam & Lebih.
 
Tamat Percutian Di Batam
 

Friday, 10 January 2025

Travelog - Percutian di Sekinchan dan Kuala Selangor, Selangor 17 - 19 Oktober 2024 (2 Hari 2 Malam)

 

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 
Kali ini saja ingin berkongsi tempat yang saya lawati sepanjang saya bercuti di Sekinchan dan Kuala Selangor selama 2 Hari 2 Malam dari 17 - 19 Oktober 2024.

Aktiviti 17 Oktober 2024
Macam biasa setiap kali bercuti jika ada kelapangan mesti akan ziarah kubur arwah ibu untuk melepaskan rasa rindu. Selepas itu, saya terus ke lokasi yang dituju iaitu perhentian pertama adalah Sekinchan. Setibanya di Sekinchan, waktu ketika itu sudah tengah hari, so terus cari tempat makan dan menuju ke Laman Tebu Aidil.

Scenary laman Tebu Aidil


Di Laman Tebu Aidil, masa saya sampai makanannya biasa-biasa jer standard kedai warung biasa, ada air tebu, mee sup, mee kari, goreng pisang. Yang best cuba untuk bergambar di laman tebu. Yang saya tak sangka terjumpa di kedai ini iaitu pelbagai jenis kek Obalab, so sempat lah grab 5 jenis yang berbeza mahal sedikit harganya itu RM3/pcs jika berbanding beli kt platform online ye. So di Laman Tebu Aidil saya grablah makanan ringan air tebu dan pisang goreng.

Kemudian, tidak jauh dari Laman Tebu Aidil, ada Laman Choco, disini banyak sedikit menu dan menarik berbanding kedai tadi tetapi lebih kepada western food lah seperti spaghetti, koktel dan flavoured drink. Di kawasan tempat kedai ini anda boleh grab coklat juga jika berminat. So, saya order ice latte dan juga koktel Daging (habis belanja RM13). Tempatnya lebih menarik untuk bersantai, bergambar dan makan di tepi sawah padi.
 
Scenery Laman Choco

 
Selepas check-in hotel, saya keluar semula cari lagi kedai viral yang tepi sawah padi. So, saya singgah di Kedai Kopi Sawah, tempat dia betul - betul tepi bendang sawah padi yang sedang tumbuh segar bugar. Di kedai ini saya suka sebab nampak lebih mendamaikan dan best. Makanan pon banyak pilihan juga untuk santai. So saya order spaghetti goreng dan green tea (habis dalam RM14), lama juga lepak sini sebab spot bergambar best dan menarik.
 
Scenary Kopi Sawah

 
Seterusnya, dalam perjalanan ke terminal sekinchan nampak dalam review orang macam best tapi tak best pon (tak menarik langsung bagi saya). Tapi lagi best pi bergambar di kawasan Padi sentral betul- betul di kawasan sawah bendang serta banyak checkpoint untuk anda bergambar disini, boleh try datang sini ye berbanding terminal sekinchan.

Scenary Padi sentral


Penutup hari tersebut,  saya singgah makan Nasi goreng Mentarang berharga RM12 di Laman Buloh AZR Mentarang, biasa jer rasanya..... mayb sebab dah kenyang atau tidak kena dengan tekak saya hu3. Kemudian, saya pon balik hotel berehat sebab dah penat jalan sini sana.
 
Makan Malam di Laman Buloh AZR Mentarang & sarapan Pagi Nasi Berlauk Kak Sam

 
Aktiviti 18 Oktober 2024
Hari ini banyak sedikit berjalan-jalan berbanding hari sebelumnya itupun selepas jumaatlah. Saya sarapan di warung nasi berlauk Kak Sam tidak jauh dari hotel, so saya order nasi lemak ayam dan teh panam ( harga dalamRM10.50). Seterusnya jalan ke perkampungan nelayan sekinchan dan pantai redang berdekatan juga dengan hotel.
 
Sneray Pantai Redang


Di pantai redang tempat yang saya pergi adalah kawasan pokok popular iaitu pokok hajat, perkampungan nelayan adalah bersebelahannya sahaja. So, sempatlah bergambar dan melihat scenary kawasan perkampungan serta dekat dengan jetinya di kawasan ini juga ada Msekin Wonderland tapi tidak masuklah sebab tak berhajat hu3. Masa saya sampai di pantai redang air surut dan pantainya biasa-biasa sahaja.
 
Scenery di Jeti Pantai Pedang dan Pokok Hajat


Kemudian, saya pergi ke kedai Colek D'Sawah untuk makan tengah hari berdekatan juga dengan hotel tetapi nak ke kedai perlu  u turn agak jauh la. Untuk pengetahuan kedai buka pukul 11.00pagi tepat, kena la tunggu kejap... Sementara menunggu bergambar jap di kawasan kedai yang betul-betul di tepi bendang sawah padi dan sesuai untuk port bergambar. So. saya order simple untuk alas perut, saya order ABC dan dimsum harga semuanya dalam RM14. Penutuo tengah hari tersebut, balik ke hotel, mani, checkout dan terus ke masjid untuk solat jumaat di Masjid Pekan Sekinchan bersebelahan dengan hotel.
 
Scenary Colek D'Sawah
 
Selepas solat, saya pergi pula untuk brunch di kedai Dapo putih (kedai buka pukul 2.30ptg sebab jumaat), saya order mac n cheese with big sausage dan strawberry latte harga semuanya dalam RM19. Tempatnya agak terpencil di kawasan rumah pemilik tetapi berbaloi makan menarik dan tempat pon cantik. So, tamatlah jalan - jalan di kawasan sekinchan.
 
Scenary dapo Putih

 
Seterusnya, saya ke kuala selangor.... check-in hotel dulu di Le-Shore, Hotel ni best betul-betul tepi sungai, bilik pula berdekatan tempat boleh lihat view sungai dan ada tempat lepak disitu, pemandangan memang best. di Hotel pon ada kedai makan agak menarik untuk melihat view sungai dan berdekatan pasar penambang.

Kemudian, saya pergi jalan ke Taman Alam Kuala Selanngor tidak jauh dari hotel dalam 10minit macam tu. Masuk kena bayar RM4 seorang, so boleh jalan kedalam kawasan hutan simpan dalam 4km berpeluh juga lah untuk melihat haiwan disitu seperti burung, bangau silver Leaf Monkey dan anaknya jika bernasib baik dapat la jumpa haiwan yang best2. Kawasanya sedikit kurang maintenance la. Berdekatan taman ini ada Melawati Hill tapi tak sempat pergi sebab dah petang dan penat, hanya pergi ke Masjid Raja Lumu, cantik dan tenang jer ennvironmentnya.
 
Scenary Laman Alam Kuala Selangor

Penutup hari tersebut, makan malam awal itupun dah pukul 6 petang di Mustawa Family Cafe dekat juga dengan Hotel iaitu berdekatan Peninsula Park. Saya order nasi goreng chicken chop, choccolate muffin yang ni best muffinyer dan macam biasa ice latte (harga semuanya dalam RM31++). So dah penat terus balik hotel untuk tido sebab esok paginya kena gerak balik ada kerja selepas subuh...

 


Sekian sahaja percutian di Sekinchan dan Kuala Selangor untuk kali pertama datang.


 

Recent post

Travelog - Percutian di Batam, Indonesia 27 - 29 Jun 2025 (3 Hari 2 Malam)

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Lama sungguh tidak update blog ni, Kali ini saja ingin berkongsi tempat yang saya pergi bercuti...