See Me!

Showing posts with label banana batam. Show all posts
Showing posts with label banana batam. Show all posts

Wednesday, 30 July 2025

Travelog - Percutian di Batam, Indonesia 27 - 29 Jun 2025 (3 Hari 2 Malam)

 

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 
Lama sungguh tidak update blog ni, Kali ini saja ingin berkongsi tempat yang saya pergi bercuti iaitu di Batam, Indonesia  selama 3 Hari 2 Malam dari 27 - 29 Jun 2025. 
 
Untuk percutian singkat ini, saya book hotel melalui Agoda di Hans Inn Hotel yang mana  lokasinya agak strategik dan berdekatan dengan Nagoya Hill Shopping Mall harganya pun berbaloi iaitu dalam RM303 untuk 2 malam bagi bilik jenis suite serta biliknya memang awesome, besar siap ada 2 toilet, ruang sofa dengan 2 tv, fridge kerusi lepak, rasa sangat berbaloi sangat2 siap ada balkoni.
 
Kemudian kami book return ticket melalui website https://my.busonlineticket.com/. untuk return ticket kelas ekonomi harga RM168 yang mana boleh pilih masa pergi dan balik dengan menggunakan Bistari Gemilang Ferry untuk dari Stulang Waterfront Ferry terminal ke Harbour Bay, Batam. Perlu di ingat perlu print resit booking suntuk redeem ticket ferry sebenar di counter. Anda juga perlu bayar tambahan untuk seaport tax RM23 seorang di Malaysia dan perjalanan ke batam mengambil masa sekitar 2 jam.
 
Inilah feri yang kami naik dari Stulang terminal dan Redeem Ticket di kaunter Bistari tingkat 1 di Berjaya Waterfront.
  
***Disebabkan ini kali pertama pergi batam, saya ingin ingatkan anda supaya redeem ticket balik ke Malaysia setiba di Harbour Bay, Batam siap2 supaya tidak mengalami kes macam kami sepatutnya dalam booking kami dah pilih siap2 waktu balik pukul 1pm(waktu Indonesia) tetapi, bila waktu hendak balik kami diberitahu ticket pukul 1pm sudah penuh, so kami kena tunggu next ferry pukul 5.30pm, so tersadailah kami 4 jam di Harbour Bay, Batam Ferry terminal  hu3. Di ingat juga masa mahu pulang ke Malaysia sediakan juga duit rupiah IDR125,000 (caj mengikut masa kami pergi) seorang, untuk caj seaport tax balik dari Batam.
 
Untuk Ke Batam  dari Malaysia anda boleh pilih untuk stopover di Harbour Bay atau Batm Centre antara terminal yang popular untuk ke Batamlah.
 
Inilah Harbour Bay, Batam

 
Disebabkan percutian kali ini pergi dengan kawan dan familynya, so program hanya santai-santai sahaja sebab ada anak2 kecil. 
 
Berikut adalah tempat-tempat yang dilawati:
 
27 Jun2025
Setiba di Harbour Bay, Batam kami book grab (guna jer grab aps dari malaysia nak senang link siap2 dengan kad depit atau kad kredit nanti auto bayar) untuk Check-in dahulu sebab dah jauh perjalanan kan di Hans Inn Hotel dengan deposit IDR100, 000.
 
Hari pertama kami tidak jalan2 banyak sangat sebab sampai di Batam sudah lewat tambahan pergi dengan family rakan kerja sebab mereka ajak join he3.
 
Kami berjalan kaki dari hotel ke Nagoya Foodcourt dalam 6/ 8minit, kami baca tempat ini popular tetapi kami rasa was-was sebab dorang kata halal tetapi boleh dikatakan setiap kedai yang tulis halal tetapi ada jual arak, so kami tidak jadi makan disitu, just pass by jer.
 
Inilah Nagoya Foodcourtnya

 
So disebabkan anak2 opismate dak meragam, kami pun order grab untuk ke Nagoya Hill Shopping Mall. So kami dapati berdekatan shopping tu ada bayak kedai halal dan kami lebih yakin. Kami Makan di kedai Makan Pecel lele 99,  untuk makan 3 dewasa dan 3 kanak2  kena caj dalam IDR170, 000, so ak recommend korang try makan nasi goreng seafood, memang berbaloi. Di kawasan ini juga ada banyak kedai sate padang dan macam2 lagi.
 
Kedai Malam Kami disini berhadapan Nagoya Mall, Boleh try Nasi Goreng Seafood dan Berdekatan ini banyak kedai jual sate

 
Selepas perut dah kenyang kami jalan2 di dalam shopping Mall survey2 kek lapis batam dan window shopping. Berdekatan hotel  sempat juga pi indomaret dan kedai K circle.
 
Inilah Nagoya Shopping Mall

 
Di depan shopping ini iaitu berdekatan pintu barat ada kedai makan popular iaitu Morning Bakery. selepas kepenatan aku pon balik ke hotel.
 
28 Jun 2025
Hari Kedua, Kami book full day sewa transport dengan pak nana iaitu grab yang kami guna masa sampai di harbour bay ke hotel semalam yang mana dia bagi harga IDR600, 000 termasuk semua caj.
 
Tempat - tempat yang kami sempat pergi adalah 
  1. Puncak Beliung
  2. Kelong Janbatan Satu Seafood
  3.  De Sands Cafe
  4.  Bluefire Beach Club
  5.  Masjid Cheng Ho
  6.  Masjid Agong Raja Hamidah
  7.  Barelang Bridge
  8.  Grand Batam Mall 
  9.  Nagoya Hill Shopping Mall
 
Bagai penggemar untuk bergambar korang wajib datang ke Puncak Beliung yuran masuk cuma IDR90K jer  seorang termasuk pecuma 3 aktiviti (karpet terbang, Giant Swing dan Rainbow Slide) tetapi nak beratur berjam juga kalau anda datang lewat dan pada waktu ramai orang dan dapat minuman percuma. Ada juga pakej lain yang mana harga ikut berapa permainan berbayar kita mahukan. Jarak perjalan dari hotel dalam 30min jer. Korang jer bergambar di dalam macam2 spot yang best dan free . Untuk main aktiviti sangat menguji kesabaran terutama jika ada anak kecil  dan kawasannya sedikit mendaki untuk sampai ke tempat tarikan utama di puncak.
 
Welcome to Puncak Beliung



Selepas 4 jam disini, kami pon keluar dari kawasan ini, so perut pon dah lapar. Kami pon suruh pak supir bawa ka ke kedai popular iaitu di kelong Jambatan Satu untuk makan makanan seafood. Disini kami habis dalam IDR765K untuk 4 dewasa dan 3 kanak termasuk belanja supir makan). So kami makan lauk ikan, udang , 3 jenis sayur, air berperisa.
 
 
Setelah makan kami bergambar di jambatan Barelang dan dari tempat makan tadi pon bole bergambar berlatarbelakangkan jambatan tadi.
 
  
Seterusnya pergi bergambar pula di Masjid ala-ala Masjid Nabawi iaitu di Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah serta solat jamak kebetulan dah masuk waktu. 
 

 
Seterusnya saya masuk pula di De' Sands Santorini dengan caj IDR25K dan perfuma minal water. tempat dia biasanya jer bagi saya spot bergambar pon biasa-biasa jer. Kemudian, kami pergi ke Masjid Muhammad Cheng Ho berdekatan jer  De' sands anda juka kedai jika mahu membeli.
 
Selepas itu, kami pergi ke Bluefire Beach  Club dengan yuran masuk IDR40K beserta percuma satu air berperisa. Tempat ini popular pasir buatan berwarna pink tu... Dalam ini  banyak juga spot bergambar dan boleh rileks berlatar pemandangan tepi pantai. Best jugalah cuma ramai la orang datang sini.
 
Bluefire Beach Club

 
Penutup hari ini kami pergi ke Grand Batam Shopping Mall, Tempat kira tempat shopping barang yang lebih berkualiti untuk shopping oleh disini. Tempat ini bagi saya biasa jer macam tempat shopping biasa.
 
29 Jun 2025 
Hari terakhir - Hari program bebas; Free and Easy untuk semua orang he3
 
Dari hotel saya guna google maps untuk pergi ke tempat Sarapan pagi di Martabak Har berdekatan Lubuk Baja dekat juga dengan Nagoya Mall. Sementara tunggu semua shopping mall di Batam buka pukul 10am jalan2 sekitar Nagoya Hill Shopping Mall dahulu untuk shopping terakhir dan beli oleh-oleh.
 
Kemudian saya, Beli Oleh-Oleh Kek lapis berharga IDR90K  dan Batam Banana (bagi saya lagi sedap dari kek lapisnya hu3) di dalam Nagoya Hill Shopping Mall, Banyak juga kedai kek lapis dalam Mall ini.
 
Kemudian saya window shopping jer di Diamond City Mall, bagi saya biasa jer best lagi di Nagoya cuma di Diamond City banyak orang jual pakaian.
 
Penutup percutian di Batam, saya Lunch di  Morning Bakery berhadapan pintu Baray Nagoya Mall. Di Kedai ini ada pelbagai jenis pastry dan menu berat yang korang boleh pilih ala2 macam kopitiam pon ada juga.
 
Saya Balik Hotel unbtuk bersiap balik dan pergi ke Harbour Bay terminal untuk Pulang ke Malaysia. Bye Bye Batam. Jumlah pembelanjaan Peribadi habis dalm RM1,100.00 untuk 3 hari 2 malam.
 
So Kami Sampai JB, Malaysia dalam pukul 9,30 malam sebab bergerak dari Batam dalam & Lebih.
 
Tamat Percutian Di Batam
 

Recent post

Travelog - Percutian di Batam, Indonesia 27 - 29 Jun 2025 (3 Hari 2 Malam)

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Lama sungguh tidak update blog ni, Kali ini saja ingin berkongsi tempat yang saya pergi bercuti...