See Me!

Showing posts with label Bankok. Show all posts
Showing posts with label Bankok. Show all posts

Thursday, 1 August 2024

Travelog - Percutian di Bangkok, Thailand 03 - 7 Julai 2024

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Perkongsian percutian dari 03 hingga 07 Julai 2024  bagi solo traveller ataupun sebagai panduan bagi sesiapa yang ingin bercuti di bangkok Thailand. Ini percutian kali kedua saya datang di Bangkok. Disini saya kongsikan tentatif mengikut percutian saya iaitu selama 5 hari 4 Malam yang mana harga yang di tulis bukan harga sebenar, harga/ caj bergantung anda.

Hari Pertama; 03 Julai 2024
Saya bergerak dari KLIA ke Bangkok dan letak kereta di KLIA yang mana kadar caj sehari lebih kurang RM52 sehari mengikut tarikh blog ini ditulis.
 
Tiba di Bangkok, kami order kereta melalui grab (caj lebih kurang 600thb lebih untuk 5 orang) untuk menuju ke hotal yang mengambil masa 1 jam lebih disebabkan kesesakan trafik disana (The Heritage Hotel, Silom, caj hotel RM100++ semalam) .
 
Gambaran Di Dalam Airport Don Mueang, Bangkok


Sampai disana, kami tinggalkan beg kami di hotel kami...
 
Disinilah kawasan hotel kami

Inilah hotel kami, The Heritage Hotel dekat dengan BTS Chong Nonsi

 
Kemudian kami terus berjalan menuju King Power Mahanakhon Tower berdekatan hotel kami dengan melalui jejantas BTS Chong Nonsi, lebih kurang 5- 10 minit berjalan bergantung anda. Kami sudah book awal untuk masuk ke menara ini melalui apps Klook yang mana caj lebih kurang RM90++ yang mana ada promo ketika book seorang (kami pilih pakej yang siap soft drink). Keistimewaan menara ini, anda boleh lihat dan bergambar di menara tertinggi Bangkok untuk melihat pemandangan seluruh Bangkok.
 
Pose Japp

Antara view di Menara King Power Mahanakhon

Pandangan Seluruh Bangkok dari atas Menara King Power Mahanakhon

Kemudian, kami pergi makan di Ibu Restaurant di kawasan silom juga, yang mana perlu berjalan lebih kurang 15  hingga 20 minit dari King Power Mahanakhon (berpeluh juga lah, terlupa plak ambil gambar kedai). Kedai ini wajib cuba bagi saya, sebab jarang saya puji masakan kedai, tetapi kedai ini memang sedap giler bagi saya yang tidak gemar makan tomyam dan somtam dan menu- menu lain wajib cuba dan owner boleh cakap melayu (caj untuk 5 orang lebih kurang 1200thb++). 

Selepas itu, disebelah petang hingga malam hari, kami ke ICONSIAM yang mana kami bergerak dari BTS Chong Nonsi ke BTS Saphan Thaksin (korang boleh bayar guna TNGO untuk bayar tiket train yang mana tiket pergi balik lebih kurang 60thb++) untuk ke Jeti berdekatan BTS tersebut untuk pergi ke Iconsiam dengan menaiki feri di sepanjang Chao Phraya River (caj feri pergi balik lebih kurang 16THB++ seorang pergi dan balik). Disini banyak tempat membeli belah barangan branded la dan ada banyak kedai- kedai makan juga di dalam shopping ini. Tamat hari pertama.

View Sekitar Iconsiam
 
Hari Kedua; 04 Julai 2024
Hari kedua adalah aim utama iaitu pergi ke kawasan Kanchanaburi terutamanya ke Safari Parknya untuk bergambar dengan Zirafah. Kami sudah book transport melalui pakcik Samat dari malaysia dan beliau ada juga kedai makan bernama Samat Muslim Halal Restaurant di Pratunam ( caj untuk 11-12 jam ialah 5000thb untuk satu van boleh muat dalam 10 orang dan jika lebih dari tempoh masa ini perlu bayar ke driver 300thb sejam), yang mana untuk jalan di kawasan ini perlu peruntukkan sehari kerana masa untuk pergi dan balik sahaja mengambil masa 4 jam lebih (itupun tak habis explore tempat lain sebab jauh - jauh lokasinya). Tempat yang kami pergi di kawasan Kanchanaburi:
  • Meena Cafe - Korang boleh beli kopi dan bergambar di kawasan ini, tempat sangat cantik
    Mengopi jer la yeahh

    View sangat cantik, nasib datang pagi tak ramai lagi

  • River Kwai Skywalk Kanchanaburi City - Boleh jalan - jalan atas jambatan kaca di River Kwai, caj lebih kurang 60thb seorang
  • River Kwai Bridge - Masuk free untuk melihat laluan kereta api yang sejarahnya ramai orang mati untuk membina railway ini yang mana nama lamanya Thailand - Burma railway tetapi takdelah pergi ke death railway tu tak sempat.
    River Kwai Bridge

  • Safari Park - Kami book awal dari Malaysia tiket masuk dan untuk bergambar dengan zirafah (caj seorang adalah 860thb seorang dan perlu bayar guna wise lebih mudah jika book dari Malaysia). Disana anda boleh beli juga carrot berharga 100thb untuk 2 set untuk beri makan pada haiwan dalam zoo tersebut, sebelum sesi perjalanan khas untuk bergambar dengan zirafah
View Kaunter Pendaftaran, Jika sesiapa yang belum book awal, kami book semua online

Antara haiwan yang ada dalam safari, banyak lagi binatang tapi simpan dalam kenangan sendiri

Attraction utama bergambar dengan Zirafah, wow best dah tua baru dapat bergambar dan sentuh2


Dalam perjalan balik kami singgah ke kedai yang kami guna perkhidmatan sewa kereta iaitu di Samat Muslim Halal Restaurat di Pratunam (owner boleh cakap melayu). So kami habis belanja lebih kurang 1200thb++.
 
Makan Dinner di Samat Muslim Food Penutup hari Kedua

Hari Ketiga; 05 Julai 2024
Untuk hari ketiga, kami sarapan di kedai Not Just A Cup (habis dalam 4000thb++ untuk 7 org), kena berjalan dari hotel kami ke tempat ini dalam 15 - 20 minit (nak mudah naik dari BTS Chong Nonsi ke BTS St Lous sebab kedai ini dekat dengan station BTS St Louis). Boleh cuba tetapi bagi saya yg lebih preferred halal dan tanpa was - was saya takkan pergi kedai ini walaupun menu menarik hu3 (#teman kawan hu3 sebelum buat tentatif sendiri).
 
saya naik dari BTS St Louis ke BTS Siam (saya beli tiket one day pass berharga 150thb unlimited usage). Berdekatan BTS siam anda boleh pergi jalan- jalan pelbagai jenis shopping antaranya Siam Paragon, Siam Discovery, Siam Centre, Siam Square, MBK Center dan banyak lagi yang mana semuanya boleh berjalan kaki sahaja.
Boleh beli Daily pass ni dalam 150baht, boleh access unlimited untuk station BTS train bagi Silom Line dan Sukhumvit Line Sahaja (puas hati sebab line station dekat dengan attraction)

Jalan disini pula, berdekatan BTS Siam banyak shopping complex yang popular antaranta MBK Center Siam Center, Siam Paragon,Big C, Pratunam Fashion Mall etc.


Kemudian saya berjalan kaki ke Masjid Darul Aman untuk solat jumaat berdekatan BTS Ratchathewi (anda juga boleh naik train dari BTS Siam ke BTS Ratchathewi jika tidak mahu jalan). Berdekatan Masjid ini banyak kedai makanan halal dan owner boleh bercakap melayu antaranya kedai Farida Fatornee, Rotinis Cafe dan Ali Cafe and hostel yang mana harga affordable.
Inilah Masjid Darul Aman di Kawasan Ratchathewi dekat dgn BTS station, Disini juga ada beberapa kedai makan Muslim and halal

Selepas Solat Jumaat (Khutbah bahasa thai ye), Makan la di kedai Farida Fatornee berdekatan laluan masjid ni

Disebelah petang hingga malam, saya pergi ke Ramkhamheng Night Market. Saya berjalan dari BTS Siam menggunakan jejantas ke Central World dan ke Big C Supercenter dan kemudian ke jeti bernama Pratunam Pier untuk ambil Public Canal Boat (caj pergi balik sekitar 40thb++) yang mana perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dan akan berhenti hampir setiap stesyen. Dari jeti Pratunam Pier ( sebaris dengan Big C Supercenter shopping mall) ke stesyen Saphan Mit MahadThai, Ramkhamheng (stesyen yang berdekatan dengan Night market) yang mana perlu menempuh 10++ stesyen sebelum sampai ke destinasinya.
 
Ambil boat di Pratunam Area, Kena Jalan dari BTS Siam ke Central Festival  ke sebaris BIG C Supercenter untuk sampai di Pratunam Jetty San Saeb, tambang dalam 20thb jer  sehala untuk sampai ke stesen berdekatan Ramkhamheng Night Market
Selepas itu pergi ke Pratunam Night Market berdekatan Patinum Fashion Mall

Pemandangan Malam Hari di Kawasan sekitar Big C Supercenter, Platinum Mall dan Cenral World
Pemandangan sekitar Central World, Bangkok

Dari stesyen Saphan Mit MahadThai,  sudah dekat untuk ke Ramkhamheng Night Market, jalan kaki dalam 5-10 minit sahaja. di Night markert ini banyak jual makanan halal dan lebih yakin untuk makan bagi mereka yang ingin mencari dan merasa makanan halal local. Disini saya habis lebih kurang 400thb++ jugalah, macam-macam makanan lokal halal dijual disini yang yakin makan hu3 dan saya juga mencuba durian monthong mereka.

Jika ingin menaiki canal boat utk balik semula pastikan anda tunggu di station sebelum pukul 8pm (last trip boat untuk hari berkenaan) untuk balik semula ke jeti Pratunam Pier.

Dari jeti Pratunam pier, saya kemudiannya ke Pratunam Night Market, just untuk habiskan masa untuk hari tersebut, bagi saya tak menarik sangat. Sempatlah juga beli sebungkus buah manggis berharga 100thb sebelum balik, kalau ikutkan tempat lain semua jual mahal dari harga saya jumpa. So lepas tu jalan pulang mencari stesyen terhampir di BTS Ratchathewi untuk pulang hotel.
 
Ini antara menu yang ada di sisni dan macam - macam lagi makanan mesra muslim disini

Hari Keempat; 06 Julai 2024
Untuk hari keempat ini, saya pergi ke Chatuchak Weekend Market ( Dari BTS Chong Nonsi ke BTS Siam[tukar station] ke BTS Mo Chit) yang mana saya beli daily pass juga lebih berbaloi. Station Mo chit berdekatan dengan chatuchak yang mana perlu jalan dari station ke market dalam 10-15 minit jer. Anda juga boleh datang ke chatuchak meggunakan MRTnya.
 
Selepas pergi chatuchak weekend market, saya ulang semula tempat sebelum ini saya pergi untuk shopping2 lagi untuk habiskan duit thai hu3 seperti Central World, Big C Supercenter, Gayson , Platinum Fashion Mall dan Minum di Amazon Cafe. Anda boleh beli oleh - oleh terutamanya keropok thailand di Platinum Mall dan Big C Supercenter.

Tamat jalan - jalan malam terakhir di Bangkok.
 
Hari Kelima; 07 Julai 2024
Hari terakhir, adalah hari untuk flight baik ke Malaysia pukul 4pm (waktu thailand lewat sejam dari Malaysia). Sebelum balik saya sarapan dahulu di kawsan Ratchathewi iaitu di kedai Rotinis Cafe and hostel sbb kawasan sini bayak dah buka pukul 8am ( tetapi di kawasan silom kebanyakan kedai buka pukul 10am keatas), yang mana anda boleh naik dari BTS Chong Nonsi (berdekat hotel saya) ke BTS Ratchathewi, jalan dalam 5-10 minit untuk pergi kedai tersebut.  So saya order nasi lemak dan roti coklat yang mana habis dalam 160thb. Kemudian saya singgah ke 7-Eleven beli burger CP yang halal untuk bawa balik.
 
 
Kedai makan Halal Rotinis berdekatan BTS Ratchathewi
 
 
Ini Surau yang berada  Di Dalam Airport Don Mueang, Bangkok


Di Airport Don Mueang International ada kedai jual makanan halal juga berdekatan dengan Gate 24 dan anda boleh shopping di kedai-kedai di airport untuk shopping terakhir sementara menunggu flight . Tiba di KLIA, sebelum balik saya singgah makan di POP cafe , KLIA. Caj parking di KLIA untuk 5 hari 4 malam, berjumlah RM254.
 
 Setakat ini, perkongsian ringkas tentatif saya di Bangkok kali ini.
 
Sekian.
 
 
 
 
 

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...