See Me!

Showing posts with label Brinchang. Show all posts
Showing posts with label Brinchang. Show all posts

Thursday, 13 September 2018

Travelog - Melaka-Cameron Highland-Fraser Hill-Rumah Hutan-Bukit Tinggi- Genting Highland-Melaka -2 DAYS 2 NIGHT TRIP


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Percutian singkat di bulan September 2018. Biasalah masa cuti public holiday ini macam-macam difikir untuk berjalan pada saat-saat akhir walaupun cuti hanya 4 hari sahaja. Berikut adalah sedikit coretan untuk percutian 2 hari 2 malam untuk 5 destinasi yang berlainan.
Gambar 1: I Luv Cameron Highland

HARI PERTAMA   : 7-8 September 2018

Bermula Tengah Malam Jumaat 07/09/2018 pukul 11malam aku dan sahabat bergerak dari Melaka ke Cameron Highland iaitu sampai disana sekitar 4pagi (08/09/2018) melalui Tol Ayer keroh-Behrang (RM30.70)-Slim River-exit Tapah(RM6.50).

Setibanya di puncak Cameron Highland, overnight berdekatan kuater Polis di Brinchang dan tidur sekejap dalam 4 Jam. Bangun dari tidur, kami membersihkan diri sebelum meneruskan ke Green View Garden. Walaupun jauh dari Tanah Rata dan Brinchang, Tempat ini wajib datang sebab nak rasa dessert dia bestttt. Ianya terletak ke laluan luar menuju exit ke Simpang Pulai. Tempat ini ada bermacam jenis menu di restorannya, terutama yang gemar makan dessert, pelbagai jenis ice ream, cake dan pelbagai menu lagi. Tempat ini juga adalah tempat yang menarik untuk bergambar kerana, ada taman arnab, bunga, strawberry, kedai coklat dan banyak lagi....memang best korg kena cuba.... Dari segi harga...mahal jugalah... Macam saya, makan chicken chop; RM17.00, Ice Cream cake; RM13.00... So kami lepak lama jugalah disini sambil menikmati makanan dan pemandangan.

Sebagai nasihat jika hendak menginap tempah awal, jangan jadi macam kami...semua hotel fully book so terpaksa overnight jer la.
Gambar 2: Green View Garden


Selepas Green View Garden, Kami menuju ke kebun cactus... sebab ada orang kirim catus untuk dibawa pulang...so kami singgahlah di Cactus Point, Brinchang...Untuk cactus kecil 6 pot; RM11.00, yang besar sikit ada yang bermula dari RM4.00 keatas ikut saiz dan jenis. Kemudian ke Ladang Bharat Tea...yang mana kena menyusuri jalan sempit yang jauh kedalam...tetapi cantik jugalah tempatnye..iaitu tempat cerita drama Aurora.
Gambar 3: Bharat Tea


Jalan mulai sesak, sebab ramai pengunjung sudah mulai membanjiri Cameron ini sambil hujan mulai turun. Kami ke Kampung Sedia, hendak cuba Scoon yang mana salah satu menu yang mesti makan iaitu di Cameron di KHM Strawberry, Tanah Rata. Menu yang kami cuba adalah, Scoon Set (RM17.00), Spaghetti carbonara (RM10.00), Strawberry Ice Cream (RM4.00) dan Blackcurrant Tea (RM8.00)...so korang kena cuba tempat ni...sebab restoran ini atas bukit serta mempuyai pemandangan yang cantik terutama selepas hujan turun...sejuk wooo

Gambar 4: KHM Strawberry

Kemudian, kami ke Tapak Pasar malam di Tanah Rata yang mana tak jauh dari tempat kami makan tadi... Bagi pandangan saya, tempat ini kurang meriah jika dibandingkan dengan tempat lama iaitu di Brinchang...Harganya juga agak mahal.

Selepas membeli makanan dan bekalan sedikit untuk dibawa pulang, kami bergerak ke Fraser's Hill, Kami bertolak sekitar pukul 9malam dari Cameron menuju ke Fraser's Hill. Sebelum sampai di Fraser's Hill, kami singgah mandi di RnR Slim River untuk membersihkan diri.... Kemudian, meneruskan perjalanan mendaki puncak Fraser's Hill yang sangat mencabar dan menyeramkan sebab sampai di kaki bukit sekitar 10.30malam...selepas melalui bukit yang berselekoh tengah - tengah malam dan sampai di puncak sekitar pukual 12pagi....so kami melawat kawasan sekitar....kami tak terfikir tempatnya sebegitu iaitu kurang menariklah bagi pendapat saya...tinggi, jauh dan tiada yang menarik sangat...tempat ini sangat sesuai untuk honeymoon iaitu jauh dari gangguan....so kami bermalam diatas Fraser Hill.

Gambar 5: Fraser's Hill


HARI KEDUA      : 9-10 September 2018

Dari Fraser's Hill ke Rumah Hutan Rozita Ibrahim di Batang kali untuk melihat tempat yang viral tersebut yang mana tujuan adalah untuk singgah makan tengahari selepas sarapan pagi di Dataran KKB, selangor.

Bagi penggemar keindahan alam, boleh datang ke Rumah Hutan Rozita Ibrahim Jutawan Kosmetik Sendayu Tinggi. Disini ada menawarkan pakej penginapan, restoran dan massage..... Untuk massage kena tempah awal ye sebab selalu fully booked harga sekitar RM135.00++. Untuk ke Rumah Hutan ada kenderaan Transit yang akan ambil dan hantar anda dari tempat parking kereta yang di caj RM5.00. Harga makan di restorang agak mahal...tetapi jangan fikir sedap yer sebab bagi aku rasanya biasa-biasa sahaja...yang penting saya suka Kopi Badang latticino.
Gambar 6: Rumah Hutan Rozita

Sesudah urusan di Rumah Hutan, kami bergerak ke Bukit Tinggi melalui jalan genting highland dari batang kali tadi. Setibanya di kawasan Bukit tinggi kena menunggu lama juga sebab kereta sudah banyak ingin masuk tempat tersebut tamhanan hari cuti kan...harga tiket adalah RM15.00 seorang. So tempat best adalah di kawasan Colmar Tropical...memang sangat cantik bangun disitu untuk bergambar, ada banyak kedai makan, tarikan seperti cinema 6D, permainan dan pelbagai.

Kemudian kami ke Japanese Village, bagi yang takut tiada parking boleh ambil shaltered bus yang disediakan mengikut masa yang ditetapkan dari Colmar Tropical tadi. Mengikut kes kami, kami redha jer...sebab malas untuk menunggu lama sebab ramai orang menunggu...so kami tawakal dan redah  dengan memandu kereta ke kawasan Japanese Village...nasib baik ada parking di puncak tersebut...siap dapat parking sebelah tangga untuk ke Japanese Village lagi heheheh..Masuk disini free...cuma jika hendak bergambar guna pakaian yang disediakan kena bayar RM25.00. So kami bergambar di luar jerlah...tempat dia cantik itu sahaja yang boleh dikatakan.  Di Bukit tinggi banyak jenis sukan-sukan lasak/ ekstrim...siapa yang berminat boleh datang ye serta melawat taman-tamannya yang lain.

Seterusnya, kami bertolak ke Genting Highland dari Bukit Tinggi. Selepas melalui laluan genting Sepah...jalan mulai perlahan sebab banyak kenderaan menuju ke tempat yang sama dan hujan mulai turun. Kami meletakkan kereta di GPO yang mana harga yang dikenakan sekitar RM18.00 untuk 6 jam. Dari GPO kami naik lif ke tingkat 4 untuk menuju tempat pembelian tiket kereta kabel di Awana Sky Genting Highland, harga tiket berharga RM14.00 untuk dua hala seorang. Perlu bersabar untuk beratur beli tiket hinggalah hendak menaiki Cable car iaitu mengambil masa hampir 2 jam...So, disini memang mencabar tahap kesabarahan tambahan lagi  menahan sikap pelancong yang tiada adab yang suka memotong Queue terutama pelancong dari China.
Gambar 7: Bukit Tinggi-Colmar Tropical & Japanese Village

Malam tersebut, memang best dpt naik kereta kabel di tempat baru...walaupun tidak nampak apa sgt sebab kabus tebal dan sejukkkkk...syiok wooo. keluar dari kereta kabel...kami melawat tempat shopping dia yang dipenuhi skrin led yang best jugalah...tapi yang tak best masa ni adalah kawasan indoor and outdoor theme park belum siap lagi...lambat lagi hendak siap...so kami jalan-jalan jerlah...dan makan di Muslim Foodcourt di tingkat bawah yang berharga RM30.00 seorang siap air.....mahal gaklah.
Gambar 8: Genting Highland

Sekitar Jam 9 malam, bergerak turun dari Genting Highland ke GPO dan ke Melaka...so tiba di Melaka sekitar pukul 2pagi jugalah.


Tamatlah percutian pendek selama 2 hari @ 2 malam yang agak memenatkan dan best.


***Selamat Bercuti semua***



Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...