See Me!

Showing posts with label Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Kitchen. Show all posts

Thursday 28 December 2017

Hati - hati dalam Pemilihan Kitchen Kabinet




Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ini, ingin dikongsikan  sedikit panduan untuk memilih dan meneliti sebelum membayar untuk membuat Kitchen Cabinet:



  1. Cari Syarikat yang betul-betul dipercayai (jika boleh direcommend oleh orang yang dikenali yang pernah menggunakan perkhidmatan yang baik sebelum ini)
  2. Ikut bajet anda
  3. Jangan terburu-buru membuat keputusan selidik betul-betul.
  4. Jenis Kitchen cabinet sama ada 3G/4G atau macam-macam lagi

Kesalahan saya adalah membuat keputusan terburu-buru, biasalah duit ada di tangan heheheh...yang salah iaitu memilih syarikat bernama Numberg Kitchen (cawangan di Cheng Bertam dan Semabok, Melaka). Syarikat ini juga banyak join roadshow di sekitar Johor, Melaka dan Kuala Lumpur.


Nasihat saya jangan menggunakan perkhidmatan syarikat ini kerana pengalaman saya adalah Syarikat ini mempunyai rekod buruk sebenarnya...kerana saya telah menggunakan perkhidmatan mereka yang mana saya telah menempah kabinet dapur berharga Berbelas ribu yang mana spesifikasi seperti dalam Gambar 1.



Gambar 1: Spesifikasi Kabinet Dapur

Servis mereka sangat teruk dari staf sehinggaLAH ke bos mereka sangat tidak professional serta layanan buruk. Sehingga terpaksa membuat tuntutan kepada Tribunal Pengguna (TTPM) untuk mereka siapkan kerja yang mana hasil kerja mereka sangat kasar serta tidak menepati janji.


Semasa membuat tuntutan pada Tribunal Pengguna, pihak peguam memaklumkan syarikat ini memang top ranking dalam aduan daripada pengguna...syarikat ini bila sudah tahu tuntutan sudah dibuat di tribunal, terus laju mereka siapkan kerja tapi hasil kerja mereka sangat tidak memuaskan hati dapat pula duit habis bukan satu atau dua ribu tetapi berbelas ribu. Tolong elakkan syarikat bernama "Numberg Kitchen" carilah syarikat lain yang menjamin kualiti perkhidmatan yang terbaik.



Gambar 2: My Kitchen Cabinet


Sebagai panduan dan special Notes:

Saya nasihat kepada anda jangan terburu-buru memilih...hati-hati dengan syarikat yang mengambil kesempatan...syarikat ini servis teruk dan berlagak....so elakkan syarikat ini...itu nasihat saya pada anda.


~End~

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...