See Me!

Showing posts with label Philippines grass. Show all posts
Showing posts with label Philippines grass. Show all posts

Monday 30 April 2018

Penanaman Rumput Karpet Philippines




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini, saya ingin berkongsi bagi pemilihan rumput karpet yang mana mempunyai perbagai jenis antaranya adalah rumput pearl, cow grass, Philippine  dan Japanese.

Pilihan boleh dibuat mengikut tahap kerajinan penjagaan, kualiti, harga dan kesesuaian. Macam saya, mula - mula memang teringin tanam rumput karpet  jenis japanese walaupun agak mahal...tetapi setelah diberitahu penjagaannya adalah sangat rumit dan perlu dijaga dengan rapi.

Bagi rumput yang betul - betul tahan lasak dan murah ialah jenis cow grass, rumput pearl kurang tahan lasak dan sangat sensisitf. 

Akhir sekali rumput pilihan saya ialah jenis Philipine untuk ditanam dihalaman rumah saya. Ianya dipilih kerana tahan lasak tambahan pula harga agak kompetitif iaitu RM3.20 sekaki persegi... penjagaannya juga lebih senang...hanya perlu dijaga dengan rapi 2 minggu pertama selepas rumput ditanam yang mana perlu disiram pagi dan petang selama dua minggu, selepas itu perlu ditambah baja untuk menambahkan kesuburan jika perlu dengan menabur  secara rata baja urea selepas dua minggu dan tidak perlu disiram tiap - tiap hari seperti sebelum ini.

Gambar 1 menunjukkan keadaan dua halaman rumah saya sebelum rumput karpet ditanam yang mana keluasan di kedua - dua bahagian halaman ialah 298 kaki per segi.

Gambar 1: Keadaan laman sebelum penanaman rumput karpet


Gambar 2 menunjukkan kawasan halaman yang telah ditanam pasir setinggi 2 inchi selepas 2 inchi tanah dikorek dan dibuang.

Gambar 2: Laman yang dilapis dengan 2" pasir

Gambar 3 menunjukkan keadaan halaman rumah saya yang telah ditanam dengan rumput karpet jenis filipina dan perlu di jaga dengan baik selama dua minggu bagi memastikan rumput tersebut tumbuh dengan subur.

Gambar 3: laman setelah di tanam rumput karpet Filipina

Gambar 4 menunjukkan update dari syarikat kontraktor yang saya pilih untuk memasang dan menanam rumput karpet di halaman rumah saya yang  mana kos keseluruhan termasuk, pembersihan, pasir, baja, pemasangan dan penanaman serta waranti 1 bulan ialah RM932.00 (bagi keluasan 298sqf). Untuk penggunakan servis perkhidmatan syarikat ini, berhubunglah dengan syarikat ini seperti butiran dibawah. Servis syarikat ini memang terbaik! dan karga potongan rumput juga disediakan iaitu RM100.00.

Gambar 3: Maklumat Syarikat kontraktor 

 Okay...rumah dah cantik ...barulah nyaman sedikit pemandangan rumah ...yeahhh


Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...