See Me!

Showing posts with label brake disc. Show all posts
Showing posts with label brake disc. Show all posts

Friday, 21 July 2017

Lathe Brake Disc and Changing Brake Pad




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Perasaan aku berasa curiga bunyi di bahagian kereta yang pada mula perlahan, kejap-kejap ada dan kejap-kejap tiada....dan bunyi itu semakin hari semakin kuat dan bunyi tidak hilang.

So tanggal 15/07/2017, aku membuat keputusan untuk pergi ke bengkel yang buka pada hari ahad sebab khuatir kerosakan akan makin teruk... iaitu aku pergi ke kedai bengkel kereta sakhti tyres & services centre di kawasan Rembia, Alor Gajah, Melaka kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Pada hari tersebut, aku di layan oleh seorang staf india yang mana aku memberitahu masalah kereta aku,....staf tersebut terus test drive kereta aku untuk kenalpasti kerosakan dan dia memberitahu brake disc aku kasar dan perlu lathe brake disc tersebut...aku yang tidak tahu apa-apa just tanya lebih details apa itu lathe brake disc....dan staf tersebut terus buat lathe tersebut yang mana caj sebanyak RM80.00 kedua -dua bahagian dan caj tukar brake pad berharga RM63.00 yang mana total semuanya ialah RM143.00...

Hampir 2 jam juga aku menunggu sebab perlu buat lathe kedua2 bahagian  brake disc keretaku...siap staf tersebut tukar brake pad sekali.
Gambar 1: Proses Disc Brake Ditanggalkan untuk memasang Lathe equipment

Gambar 2: Mekanik Memasang Lathe equipment

Malangnya, Selepas siap staf tersebut test draf lagi dan dia memberitahu brake pad di bahagian belakang perlu servis kedua-dua bahagian yang mana caj sebanyak RM15.00 dikenakan...dia just servis/ menggosok guna kertas pasir sahaja selepas tu pasang semula brake pad tersebut semula...

Bertambah malang lagi, selepas aku pandu keluar dari kedai tersebut selepas siap... yang mana hatiku tidak sedap hati sangat tambahan bunyi yang sama masih ada walaupun tidak kuat....

Beberapa hari kemudian, bunyi kerosakan masih ada malah makin kuat dan selepas lathe cengkaman brake disc aku macam tak sehebat sebelum lathe dilakukan yang mana masalah yang sama masih wujud. Aku rasa sangat dukacita sebab kedai tersebut tidak expert identify the real issues from where noise/ hissing come from???

So, aku cari solution lain, dengan bertanya abang aku tentang bunyi tersebut.... abang aku test drive dan dia jumpa bunyi tersebut dan dia bagi tahu bukan berkenaan brake disc....dia kata macam ada skru longgar yang menyebabkan bunyi tersebut...siap dia bagi tahu kalau brake disc ataupun suspension ada masalah bunyi dia macam mana... So, dia recommend utk aku biarkan dulu sehingga bunyi tersebut semakin kuat baru bawa pergi repair....sebab dia pon tak pasti sebab bunyi tu sekejap ada sekejap tiada terutama bunyi tu makin kuat jika lepas minyak dan drive dalam keadaan perlahan tetapi bila drive dalam keadaan laju bunyi tersebut langsung tidak kedengaran.

Itulah perkongsian sedikit, kesan tersalah repair oleh mekanik yang tiada kepakaran... so nasihatku carilah mekanik yang betul2 paham tentang masalah kereta.

Mengeluh panjang...sebab duit terbang sebab repair benda yang tidak rosak. ermmmmm

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...