Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu coklat Chocolala (Dubai) dan Vlinder (Arav Saudi). Terpengaruh dengan reel yang keluar di facebook, terjebak juga untuk beli hu3. Saya pilih coklat jenama vlinder(dari Arab) berbanding fix (dari Dubai) sebab saya baca review coklat vlinder kurang manis dan lebih sedap).
Inilah Coklat Chocolala dan Vlinder yang saya beli |
Coklat - coklat ini saya beli dari Instagram ShopwithNSR, tetapi menjadi kisah saya cari di Ig Butter****** (so dah pre-order 2 minggu awal bagi tahu untuk ambil dalam Minggu ketiga iaitu pada 21September 2024, walaupun harga lebih mahal dari ShowithNSR, tetapi order juga sebab mudah untuk pickup kawasan Gombak dalam perjalanan saya ke KL nanti), Malangnya walaupun sudah confirm order dari Butterchics, seller tidak bagi update apa2, saya yang banyak tanya update berkali-kali, seller kata boleh dapat pada tarikh yang saya mahukan, tetapi di hari/ beberapa hari untuk saya pickup seller inform tiada stok bagi salah satu coklat yang saya order (kenalah game dengan seller ini, hu3).
Review Pertama - Coklat Chocolala
Semasa sudah confirm order dengan seller (Ig:ShopwithNSR), anda perlu bayar deposit sekurang-kurangnya 50% dari jumlah amaun boleh transfer jer. So Saya order coklat Vlinder dan Mix Chocolala 500gm dengan ShopwithNSR yang mana jumlah keseluruhan RM290.00 (seller ini popular juga la di kalangan artis yang banyak juga order denganya hu3), so saya pickup di rumah agennya di Shah Alam.
Inilah Coklat Chocolala |
Saya membeli Mix Chocolala Dubai ini dengan harga RM155/box yang mana ada 6 perisa dan ada 26 biji serta pelbagai saiz coklat (coklat macam coklat patchi pon ada). Antara perisa yang saya suka adalah perisa Pistacio (tak ingat perisa-perisa yang lain sebab di kotak tiada tulis hu3). Boleh cubalah coklat ini jika mahukan kelainan, coklat ini pun sesuai dengan harga, rasa pon lebih sedap sedikit dari coklat ferero rocher. Dibawah video cokloat chocolala:
Review Kedua - Coklat Vlinder
Ini view bungkusan Coklat Vlinder |
Ulasan jujur seterusnya adalah coklat Vlinder, perisa yang saya pilih ialah Vlinder-Crispy Kunafa & Pistacio berharga RM135/pcs, murahkan harganya yeahhh. Untuk pertama kali saya, rasa memang sedap, cruchy dan kena dengan tekak, kurang manis, terasa mahal coklatnya dan memang betul review yang saya baca sebelum ini, u guys boleh cuba coklat jenama vlinder ini ye, best sangat.
View coklat Vlinder sebelum dimakan |
View coklat Vlinder |
Inilah coretan perkongsian jujur berkenaan coklat Vlinder dan Mix Flovour Chocolala. Jika perbandingan antara dua jenis coklat kalau saya diberi pilihan saya suka coklan Vlinder- Crispy Kunafa & Pistacio dan untuk Mix Chocolala saya suka perisa Pistacio sahaja antara 6 perisa yang diberi.
Sekian