See Me!

Showing posts with label hard rock. Show all posts
Showing posts with label hard rock. Show all posts

Monday, 30 April 2018

Travelog - Let's Songkran @ Bangkok Thailand 10-15 April 2018





Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini percutian di bangkok, thailand bagi merasai suasana  acara tahunan atau Sambutan Tahun Baru Thailand iaitu Songkran Festival di setiap pertengahan bulan April. Tambahan lagi, pada hari acara ini jatuh pada tarikh ulang tahun kelahiranku yang ke 34 iaitu 13 April setiap tahun.

Day 1 (10 April 2018): 
Berangkat dari Melaka ke KLIA2 ke Bangkok, Thailand... Hari pertama sampai di Bangkok terus check-in dan berehat sebelum meneruskan perjalanan selama  5 Hari di Bangkok.




Hotel penginapan


Day 2 (11 April 2018): 
Melawat muzium bersejarah Thailand di Grand Palace, Sleeping Buddha, Wat Arun dan Wat Pho, Makan Seafood di China Town, Thailand


Hari Kedua dipenuhi dengan sesi melawat muzium-muzium bersejarah di bangkok serta sesi menggelapkan kulit hahah....so get ready dengan 'Sun Block' bagi yang takut dengan pertukaran warna kulit hahahahaha... Lagi satu kalau hendak makan seafood boleh pergi di sekitar Chinatown...memang terbaik.... tapi nak makan terpaksa redha lah sebab memang susah hendak cari Kedai makanan Halal sekitar bangkok... hendak senang anda boleh google awal2 ye... So kami order menu yang kami rasa takde was-was hendak makan la.... peace yooo


Gambar 1: Melawat Muzium bersejarah sekitar Bangkok antaranya Sleeping Budha, Wat Arun, Wat Pho dan makan Seafood di China Town

Gambar 2: Bergambar sekitar Grand Palace, entry masuk berharga THB500


Day 3 (12 April 2018): 
MBK Center, Terminal 21, Hard Rock Bangkok, Caberet Show at Asiatique

Hari Ketiga, kami penuh berjalan pelbagai tempat...di sini ada banyak tempat shopping yang boleh anda pilih dan beli sebab banyak kedai di disini yang mana harga sangat berpatutatan....boleh juga tempah full set blazer serendah THB2000  berdekatan dengan MBK Center siap baju dan seluar serta ada kemeja  (harga ikut kualiti kain...untuk kualiti bagi harga ini kain dari Wool)...Untuk makanan Halal, Anda boleh singgah di Yana restaurant...menu dia banyak dan berbaloi dengan harga.

Terminal 21 di Asoka,
Kemudian Kami ke Terminal 21 di Asoka... istimewanya tempat ini ialah setiap tingkat shopping complex ini mempunyai tema toilet yang berbeza mengikut negara...so, bagi penggemar tandas boleh lah lawat cni yeah...Anda juga boleh singgah di MBK Foodcourtnya ....makanan agak murah tapi kena neli topup kad sebelum membeli serta pandai-pandai cari makanan yang rasa tak was-was untuk makan yeahhh.

Disebelah malam, kami menaiki boat tambang yang mana sudah dibeli awal tiketnya dari agen pelancongan berharga THB900 untuk menonton Caberet Show dan  tiket-tiket lain yang telah dibeli berjumlah THB1200 bagi melawat Amphawa Market, Floating Market, Fire Flies View dan Perjalanan Pergi Balik Hotel.

Persembahan Cabaret Show, anda kena pergi menonton memang menarik dan akan terpegun dengan sinematografi setiap babak tarian dan lakonan yang disampaikan oleh penari-penari lembut yang semuanya lelaki...memang berbaloi la dengan harga tiket dan dapat juga 1 glass/cup air minuman....Penontonnya juga terdiri pelbagai bangsa, agama, kaum, jantina dan negara......Must TRY yeahhhh!!!


Gambar 3: Terminal 21 @Asoka

Gambar 4: MBK Center


Day 4 (13 April 2018)
My Birthday celebration at The Coffee Club House, Amphawa Floating Market, Maeklong railway Station, Fire Flies

Hari Keempat, Rasa terperanjat sekejap sebab My Group trip menyambut ulangtahun kelahirankua bersama Twin Slice cake....Thanks for the surprised...terharu dan terkedu juga lah hehehhe

Seterusnya, kami melihat suasana kawasan deretan kedai di maeklong Railway Station yang berniaga di laluan keretapi lama mereka... Disini ada juga demonstrasi bagaimana mereka mengemas dan membuka kedai ketika keretatapi bergerak di sepanjang laluan keretapi dan pada masa sama mereka berniaga di kawasan tersebut.

Destinasi seterusnya adalah di Amphawa Floating market, ini adalah tempat untuk memborong oleh-oleh/ souvenier tetapi pastikan anda simpan untuk berbelanja di Chatuchak Market nanti ye lagi menarik dan banyak pilihan.

Selepas itu, melihat fire flies sekitar jam 7.30 waktu thailand (waktu Malaysia 8.30pm)...jauh juga menyusuri sungai dengan bot semata-mata untuk melihat fire flies yang  pada pandangan saya tidak berapa menarik sebab fire flies tak meriah hehehe.....



Gambar 5: My Surprised BirthDay Celebration on 13 April 2018 at The Coffee Gouse Club, Thailand

Gambar 6: Maeklong Railway Station & Amphawa Floating Market


Day 5 (14 April 2018):
Ber 'shopping' di Chatuchak Night Market dan Bermain air di Songkran Festival @Silom


Hari Kelima Kami bershopping sakan di Chatuchak Market dari pelbagai pilihan yang terdiri lebih dari 2000 kedai di kawasan ini dengan sambutan pesta air berlansung disitu.... Anda boleh memborong dari barangan baju, beg, kasut, seluar, peralatan rumah dan sebagainya...yang mana harga murah-murah dan kena pandai tawar-menawar yer untuk harga terbaik hehehehhe. Jangan Lupa singgah makan di Salam restaurant...yang menawarkan pelbagai makan halal yang perlu dicuba.


Gambar 7: Chatuchak market
Selepas pulang bershopping di Chatuchak Market, Kami pun menyerbu kawasan tumpuan Pesta Air di Silom berdekatan Hotel yang kami Inap dengan pantauan pihak Polis Thailand.... lama juga main di Pesta Air tersebut dengan menggunakan sehabisnya Pistol Air yang dibeli dengan harga THB400 masa itu.... semasa main air  akan abis... so boleh beli refill air dengan harga bermula THB20. Di situ kena redha jer kena tembak dengan air ye.... sebab memang nak main air kan...

Gambar 8: Songkran @ Silom


Day 6 (15 April 2018): 
Berangkat Pulang Dari Dong Mueng Airport, Bangkok,  Thailand ke Malaysia ke Melaka




Jumlah Budget:
1. Airport Fees                          : RM238 (beli tiket awal)
2. Hotel                                    : RM317 seorang (Twin Bedded)
3. Belanja makan untuk 6 hari   : + RM400.00
4. Shopping & Miscellaneous      : RM1, 400.00

Alhamdulillah, best gila main air 


Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...