See Me!

Showing posts with label impact drill. Show all posts
Showing posts with label impact drill. Show all posts

Wednesday, 27 December 2017

Impact Hand Drill for DIY Deco



Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Gambar 1: Impact drill 500W
Voltage: 220-240v~ 50/60Hz
Chuck: 3/8" (10mm)
No load Speed: 0-2900/min (rpm)
IPM: 0-47600rpm
Max drilling capacity: Steel/Concrete: 3/8" (10mm), Wood: 25/32" (20mm)
Steel/Concrete: 3/8" (10mm)
Wood: 25/32"

Perlu berhati-hati jika ingin membeli secara online sebab barangan elektrikal dinasihatkan beli di kedai sebab boleh tengok kualiti dan bentuk fizikalnya..atau di platform yang boleh dipercayai. Sebab sekarang barangan banyak made in China...so tahu-tahulah kualitinya tetapi berbaloi la dengan harga. Nasihat saya pilih brand (ikut budget anda), kualiti dan juga performancenya tak kisah dimana anda beli tapi harganya kompetetiflah. Jika beli yang mahal-mahal atau yang branded tapi setahun guna sekali jer pun tak bagus juga...sebab nanti mesin bukan rosak sebab guna tapi rosak sebab tak guna e.g kena gigit tikus la ... apa-apalah.. So fikir-fikirkanlah.

Semasa membeli peralatan seperti dalam gambar 1, masa ini tengah promosi iaitu berharga RM99.00 yang mana harga sebenar lebih dari RM130++. Cuma semasa dibeli just harga untuk main body jer la bits atau box kena beli sendiri ikut jenis penggunaan yang berharga RM6 bagi bits saiz 6mm sehingga yang mahal ikut jenis bits dan kualiti bits...nak baik beli bits yang kualiti baik boleh guna lama. Performance impact drill yang dibeli juga mempunyai kuasa 500W sbb ada yang disurvey lebih rendah kuasanya maybe yang rendah tak sebagus power yang dibelilah. Untuk beli bits juga, perlu pilih ikut kegunaan, saya hanya beli bits jenis Masonary Bits 6mm (kegunaan drill permukaan batu), Brad Points Bits 6mm (Kegunaan permukaan Tiles dan batu), dan skru Bits.

Bagi yang ingin menjimatkan wang untuk buat DIY atau dekorasi rumah sendiri, drill adalah  antara peralatan yang saya cadangkan perlu ada dalam sesebuah rumah bagi membantu urusan kerja ubahsuai rumah.

Banyak kegunaan jika pandai memilih Drill yang bersesuaian bagi kegunaan dirumah sebagai alat bantu, menjimatkan masa dan menjimatkan wang. Peralatan ini sangat penting dan perlu ada di setiap rumah kerana kos semakin meningkat dan jika ingin mengupah orang hanya untuk menggantungkan kabinet sahaja mahak sangat dan tidak berbaloi...terutamanya yang suka beli barang-barang dari IKEA semua kena pasang sendiri...so dengan ada alat ini mudahlah kerja kita.

Cadangan Saya perlu beli Drill yang multi-function e.g: Boleh Drill permukaan batu, kayu mahupun  tile.

Situasi saya, 
saya memilih Impact drill brand Black and Decker dengan spesifikasi seperti diatas. Sebelum membuat pilihan banyak juga survey dan bertanya family yang mana yang baik untuk kegunaan dirumah at last aku beli yang ini sebab harga murah dan multi-function dengan power 550w.

Setakat yang saya sudah guna, sangat berpuas hati dengan performance sebab dah banyak buat DIY sendiri di rumah ... boleh drill skru, boleh buat lubang wall plug, tebuk kayu, tebuk tiles dan sebagainya.

Nasihat saya beli ikut bajet, kekerapan penggunaan serta kualiti yang diperlukan mengikut brand yang sesuai.



~End~

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...