See Me!

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, 30 May 2017

A Life



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Life is like unpredictable cannot be described by words.

Ianya kadang-kadang mudah, kadang-kadang ianya getir,
Samada kita redha ataupun tidak redha  mengharungi ketentuan-NYA,
Ianya umpama pembakar semangat kekuatan diri,
Kadang - Kadang ianya juga boleh melemahkan semangat kita jika jiwa lemah.

Tetapi bersabarlah wahai hati,
Mengharungi setiap dugaan hidup.

Sakit, sdatang tanpa diduga,
Sakit, pergi juga kadang -kadang lambat,
Hanya hati ini sahaja tahu betapa diri ini menanggung kesakitan,
Bertabahlah wahai hati,
Mengharungi Dugaan-NYA.

Sakit, hadir sebagai penghapus dosa,
Ia juga penguji diri dan menghadirkan keinsafan diri,
Tabahkah aku, kuatkah aku, mengharung di waktu getir,
Ramadhan kareem, ujian diriku, sakit kutanggung perlu kutanggung sendiri,
usaha sudah bermacam usaha tapi akan ku usaha lagi,
berdoa, berusaha dan bertawakal kepada yang Maha ESA.

Perit hati menanggung,
perit juga air mata mengalir,
merintih kesedihan,
merintih kesakitan,
Bilakah, bilakah sentiasa bertanya dilubuk sanubariku.

Kuatkanlah diri ini,
berikan aku ketabahan,
berikan aku kekuatan,
Dan berikan aku kesembuhan.. Ya Allah

Kehidupan perlu diteruskan,
Sentiasa berfikiran positif, 
Sentiasa menginsafi diri,
Sentiasa muhasabah diri
Sentiasa mendekatkan diri kepada-NYA.

Life, Life, Life...

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...