See Me!

Showing posts with label politeknik port dickson. Show all posts
Showing posts with label politeknik port dickson. Show all posts

Wednesday, 27 December 2017

Selamat Tahun Baru 2018




Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah tahun 2017 antara tahun yang sangatku berpuas hati dan ada juga suka duka nyer juga....tetapi akan ku kongsi kebahagian sahaja...cerita yang kurang bestt aku simpan untuk diri sendiri sebagai pedoman diri yang mana perkongsian ini bukan suatu meriakkan diri ye.

Antara Pencapaian yang tercapai:
  • Berjaya Tamat Belajar Peringkat Master/ Sarjana Secara Official
  • Yuran Belajar Ditaja Kementerian pengajian Tinggi Malaysia (MYBrain15)..alhamdulillah sangat mencukupi
  • Bersyukur belajar di Private Goverment Link University yang terbaik di Malaysia yang paling best tersenarai dalam senarai world ranking university iaitu UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
  • Mengenali Pensyarah-Pensyarah yang hebat...terutama supervisorku yang sangat terbaik setakat ini yang pernah ku kenali...yang mana mengajar aku bukan setakat ilmu dunia tetapi mengajar/ berkongsi juga ilmu akhirat
  • Berjaya Konvo bersama kawan seangkatan dan sealiran di Universiti Tenaga Nasional pada 12 Ogos 2017 dan berjaya mendapatkan Sarjana.
  • Bercuti dengan kawan master ku di Universal Studios Singapore (March 2017)
  • Mula menduduki di rumah sendiri selepas mendapat kunci awal tahun lepas (2016)
  • Bercuti kali Kedua di singapura, yang mana tempat lawatan berhampiran Marina  Bay, Bugis street dan Kg. Glam (23-24/12/2017) dengan member masa Master dahulu.
  • Berjaya mendapatkan Sijil Mengajar dari Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu VTO tahap 3.
  • berjaya menyiapkan portfolio Pengurusan Pejabat SKM Tahap 2 secara PPT
  • Berjaya buat potluck dengan kawan-kawan opis yang rapat dirumah baru... yang paling best mereka semua berkerjasama dalam menyiapkan menu-menu bersama juga kakak-kakak ku.
  • Berjaya mendaftarkan diri untuk permohonan SKM Elektrikal Tahap 2 & 3 secara PPT.
  • Bercuti sebagai penutup Tahun 2017 di Port Dickson 31/12/2017-2/1/2018

Untuk tahun 2018, semangat untuk siapkan portfolio untuk Sijil Kemahiran malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 dalam bidang elektrikal harap dipermudahkan segalanya.

Mencari peluang kerja yang lebih baik terutama mendidik anak bangsa seagama, dan senegara terutama jika dapat berbakti di tempat yang pernah membentuk aku menjadi insan yang berguna iaitu Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan kerana tempat inilah yang membuat aku bersemangat untuk terus mengejar cita-cita dan mencari ilmu sehingga peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektrik...dan Insyallah jika diberi kekuatan ingin sambung PhD pula...Ameenn

Alhamdullillah, urusanku dipermudahkan-NYA bagi Tahun 2017...Diharapkan urusanku dipermudahkan di tahun-Tahun berikutnnya dan lancarkan urusan hidupku.

~Syukur selalu~

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...