See Me!

Tuesday 30 August 2016

Month of Happiness


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syukur sangat... bulan ini, aku telah dapat banyak sangat berita gembira dan tuah yang melimpah-limpah yang hadir tanpa diduga dan disangka.

Berita pertama,
Pada bulan Ogos ini, pihak PERKESO telah memberi bonus  untuk kali kedua bagi tahun kedua perkhidmatan yang mana nilainya agak lumayan yang tidak pernahku dapat di temapat kerja yang pernah berkhidmat sebelum ini. Bolehlah ku buat persediaan untuk kelengkapan rumah baru....syukur sangat-sangat.

Berita Kedua,
Bulan ini aku telah berjaya submit dissertation report untuk format dan plagiarism checking di UNITEN, insyallah tidak ada apa-apa masalah bulan depan (September 2016) aku akan Viva sebagai melepasi proses ini untuk menamatkan pengajian Master aku sepenuhnya dengan lulus...harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya menggengam segulung master (Sarjana). Sekarang ini, sedang pulun untuk hantar hardcopy untuk semakan external examiner sebelum dipanggil viva session.

Terima kasih juga kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana menaja geran penyelidikanku dalam tajuk "Power System Stability with injection of Solar PV Penetration" dan juga kepada supervisor aku serta UNITEN kerana melantikkan aku jawatan sebagai 'Post-graduate Research Assistant' dapatlah aku merasa manfaat macam orang lain rasainya. Alhamdulillah.

Berita Ketiga,
Yang ini berita biasa jer sebab aku telah beli set SKYBOX/OPENBOX V8Se untuk tengok semua siaran astro dengan startup box RM240 termasuk free 3 bulan langganan dan setiap langganan   sahaja dari kena bayar astro beratus-ratus. Kena lah berjimat-jimat yelah dah ada rumah dan macam-macam lagi kena fikir selepas ada rumah hehehehe.

Harga set box ini aku dapat setelah aku research banyak blog dan memperolehi maklumat dari penjual dan ini yang termurah.........TAPIIIII


Tapi anda perlu berhati-hati bila membuat urusniaga secara online, memanglah aku dapat harga RM240 siap free 3 bulan dari syarikat yang aku beli jika hendak dibandingkan dengan pakej yang aku dapat dari blog lain dengan harga RM330 (siap wifi adpter dan free 1 bulan). Apa yang penting anda perlu pilih penjual yang betul2 komited dan jujur sebab jangan tertipu macam saya.

Saya mendapat set box saya selepas 1 minggu membuat bayaran padahal yang dijanjikan adalah sekitar satu atau dua hari sahaja...bukan jauh pun penjual dari Johor Bahru sahaja. Dah lah lambat tetapi penjual ini berdiam sahaja, saya tanya baru di bagi tahu dengan pelbagai alasan. Bagi tahu dah pos tetapi tak sampai-sampai juga tracing number pon tak berani bagi sampai la saya memberi amaran jika tidak dapat set box saya sekian hari saya akan laporkan pada tribunal pengguna...terus keesokannya terus sampai.


Tragis beli barang online dengan penjual....so korang hati-hatilah apabila berurusniaga dengan orang yang macam ini dan simpat transaction komunikasi dan bayaran bukan apa mudah untuk buat laporan supaya mendidik penjual online terutamanya berilmu, ikhlas, jujur dan memberikan servis terbaik.


***Syukur Selalu***

No comments:

Post a Comment

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...