Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Disini ingin dikongsikan kisah percutian singkat di Port Dickson. Tempatnya tidaklah sehebat Kuala Lumpur cukuplah bagi penggemar pantai-pantai untuk bermandi - manda yang banyak di kawasan Port Dickson ini bagi merehatkan minda setelah penat bekerja.
Setakat pemerhatian, aku sangat sukakan pemandangan pantai disini:
- Blue lagoon(Pantai Tanjung Biru) - mempunyai pantai yang berteluk yang cantik dengan keindahan alam yang mengasyikkan serta mendamaikan.
- Pantai cahaya Negeri - Pantainya juga berteluk, pantai ini agak menarik selepas kawasan ini dicantikkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson dengan suasana yang sangat best serta tempat melepak yang sesuai seisi keluarga dan juga sesuai untuk buat wedding photoshoot. Tempat ini biasa lepak disini semasa bt Diploma di Poli PD
Antara tempat makan best adalah:
- King's CHAR KUEY TEOW
Gambar 1: Kedai King's CHAR KUEY TEOW https://www.facebook.com/kingsckt/ |
Tempat ini memang anda mesti pergi cuba menu disini terutama char kuey teow, kena cuba juga menu western yang lain yang perbagai tetapi bagi pandangan saya menunya limited atau pilihan yang tidak banyak tetapi bagus dicuba menu dia memang terbaik.
Gambar 2: Menu Chicken Char Kuey tew berharga RM13.90..... memang terbaik |
- PD Famous Cendol Coconut Shake Power
Di kedai ini kena cuba menu dia yang pelbagai ...kedai ini sentiasa penuh.... so macam saya...memilih untuk pergi pada waktu bukan hujung minggu atau peak hour...bukan apa senang order perut pun senang hati ...sebab dapat makan cepat
Gambar 3: Menu Nasi Ayam... Pandangan aku nasi ayam dia biasa saje |
Gambar 4: Cendol Durian....Yang ini korg kena cuba....cendol ini lebih sedap dari gerai Cendol bakar yang berada di Port Dickson juga |
Yang menjadi kehampaan adalah tak dapat try breakfast di kedai Pak lang Kopitiam yang berada di Pekan Port Dickson yang mana terletak berdekatan Jabatan Laut Malaysia, Port Dickson
Gambar 6: Kedai Kopitiam Pak lang, Port Dickson
sumber: https://foursquare.com/v/pak-lang-kopitiam/4ceaa21ff3bda143770ac7e4/photos
|
Disini, banyak menu-menu yang best-best untuk dicuba terutama bagi penggemar makanan atau minum ala kopitiam dan halal
~End~
No comments:
Post a Comment