See Me!

Showing posts with label blue lagoon. Show all posts
Showing posts with label blue lagoon. Show all posts

Thursday, 11 January 2018

Travelog - Port Dickson Trip




Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Disini ingin dikongsikan kisah percutian singkat di Port Dickson. Tempatnya tidaklah sehebat Kuala Lumpur cukuplah bagi penggemar pantai-pantai  untuk bermandi - manda yang banyak di kawasan Port Dickson ini bagi merehatkan minda setelah penat bekerja.

Setakat pemerhatian, aku sangat sukakan pemandangan pantai disini:
  • Blue lagoon(Pantai Tanjung Biru) - mempunyai pantai yang berteluk yang cantik dengan keindahan alam yang mengasyikkan serta mendamaikan.

  • Pantai cahaya Negeri - Pantainya juga berteluk, pantai ini agak menarik selepas kawasan ini dicantikkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson dengan suasana yang sangat best serta tempat melepak yang sesuai seisi keluarga dan juga sesuai untuk buat wedding photoshoot. Tempat ini biasa lepak disini semasa bt Diploma di Poli PD
Antara tempat makan best adalah:
  1. King's CHAR KUEY TEOW
Gambar 1: Kedai King's CHAR KUEY TEOW
https://www.facebook.com/kingsckt/

Tempat ini memang anda mesti pergi cuba menu disini terutama char kuey teow, kena cuba juga menu western yang lain yang perbagai tetapi bagi pandangan saya menunya limited atau pilihan yang tidak banyak tetapi bagus dicuba menu dia memang terbaik.

Gambar 2: Menu Chicken Char Kuey tew berharga RM13.90..... memang terbaik

  1. PD Famous Cendol Coconut Shake Power
Di kedai ini kena cuba menu dia yang pelbagai ...kedai ini sentiasa penuh.... so macam saya...memilih untuk pergi pada waktu bukan hujung minggu atau peak hour...bukan apa senang order perut pun senang hati ...sebab dapat makan cepat

Gambar 3: Menu Nasi Ayam... Pandangan aku nasi ayam dia biasa saje

Gambar 4: Cendol Durian....Yang ini korg kena cuba....cendol ini lebih sedap dari gerai Cendol bakar yang berada di Port Dickson juga

Gambar 5: Pisang Cheese.....Korang puas hati makan walaupun harga RM5 tetapi berbaloi dapat pulak makan time masih panas...nyummm nyummm......walaupun tuan kedai baru buka tetapi dia tetap buatkan juga sebab datang awal sangat...memang terbaik servis...


Yang menjadi kehampaan adalah tak dapat try breakfast di kedai Pak lang Kopitiam yang berada di Pekan Port Dickson yang mana terletak berdekatan Jabatan Laut Malaysia, Port Dickson

Gambar 6: Kedai Kopitiam Pak lang, Port Dickson
sumber: https://foursquare.com/v/pak-lang-kopitiam/4ceaa21ff3bda143770ac7e4/photos

Disini, banyak menu-menu yang best-best untuk dicuba terutama bagi penggemar makanan atau minum ala kopitiam dan halal


~End~

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...