See Me!

Saturday, 28 July 2018

Basic Domestic Wiring skill


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, berjaya berkongsi ilmu di kalangan pesakit-pesakit/ Pelatih untuk kursus asas pendawaian elektrik satu fasa di Tun Razak Rehabilitation Centre, Melaka.

Dari kurang keupayaan fizikal kepada berupaya melakukan kerja perpasangan elektrikal... Proud to share knowledge and experience to them.


Dari tiada ilmu sehingga berjaya membuat pendawaian elektrik...yang mana mereka boleh belajar dan kembali bekerja seperti orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kita....So, berilah mereka peluang untuk menyumbang kebolehan dan kemahiran dengan kemampuan mereka. So, Sayangi Malaysia, Sayangilah Mereka.


Gambar 1: Kerja Pepasangan Selepas Kelas Teori

Gambar 2: Student pertama bejaya Membuat pengujian Litar Hidup

Gambar 3: Student 2 Berjaya Membuat Pengujian Litar Hidup

Gambar 4: Selesai Pengujian, Ekspresikan Kegembiraan Mereka



Syukur Alhamdulillah, mereka berjaya melakukannya

Wednesday, 25 July 2018

First Time Card Credit Application


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sekadar perkongsian,
Pemikiran dahulu kononnya kad kredit adalah satu bebanan atau bukan satu keperluan sehingga berpandangan bahawa kad kredit hanya untuk orang tiada wang yang mana cukuplah sekadar kad debit untuk urusan pembelian yang makin mudah... dengan hanya satu kad boleh beli macam-macam dengan penggunaan tunai terus tetapi persepsi ini bertukar bermula tahun ini 2018 ...bahawa kad kredit perlu sekurang-kurang nyer satu sahaja. Contoh kegunaan penting adalah untuk isi minyak, beli barang dan sebagainya...Yang mana jika beli barang menggunakan kad kredit anda akan akan dapat reward point/cashback atau penggunaan semasa ke luar negara bergantung jenis kad yang dimohon...berbeza dengan kad debit yang tiada manfaat seperti ini dan penggunaan agak terhad.

Pengguna Pertama,
Jika anda  mempunyai banyak komitment pastikan komitmen seperti pinjaman rumah/kereta/pinjaman peribadi hendaklah melebihi 1 tahun pembayaran yang konsistan supaya mudah lulus permohonan kad kredit yang mana rekod pembayaran anda mestilah cantik yeah.


Survey,
Pastikan anda survey dahulu di platform - platform online mahupun melalui bank atau agen-agen berdaftar berkenaan jenis kad atau manfaat kad yang ingin dimiliki.

Mengikut kes saya,
Ini kali pertama saya memohon sebab memang tidak pernah berhajat untuk memiliki satu pun, persepsi berubah bila masa berubah dan mengikut kepentingan/ keperluan.

Apa yang saya buat, saya survey di laman sesawang untuk mendapatkan maklumat lebih jelas  seperti laman web berikut:

i. https://ringgitplus.com/en/
ii. https://www.imoney.my/
iii. https://www.comparehero.my/

Pastikan anda kenal pasti jenis kad yang diingini samada kad yang mempunyai manfaat  cash back/ reward points/ etc. Malah kad yang dipilih perlu ikut kemampuan anda dari jenis kad yang diperlukan iaitu ingin kad yang ada yuran tahunan atau yang tiada yuran tahunan yang mana mengikut gaji bulanan minimum. Sebagai nasihat, terutama pengguna pertama kali memohon, pastikan memilih kad yang betul ikut kelayakan untuk permohonan mudah diluluskan... jika permohonan anda gagal bank akan block/ hold permohonan dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan...anda hanya boleh cuba memohon semula selepas 6 bulan.

Kes saya, saya memhon di laman web Ringgitplus, kebetulan ada promosi gift yang menarik yang mana mengikut promosi yang ditawar dari syarikat ketiga tersebut yang mempromosikan kad kredit. Saya memohon kad credit Citibank Simplicity melalui laman web tersebut, kemudian pihak RinggitPlus akan menghubungi untuk pengesahan details. Kemudian, selepas itu dalam dua/ tiga hari pihak bank pula menelifon untuk membuat verifikasi permohonan. Malah ada juga agen akan menelifon kita semula mencadangkan kad additional jika kita berminat untuk menambah/ memilih jenis kad yang lain yang mungkin tinggi manfaatnya. Selepas verifikasi, kelulusan bank akan dapat diperolehi dalam masa 2 minggu melalui sms menyatakan kelulusan kad kredit yang dimohon...dan kad akan dihantar dalam masa 2 minggu dari message notifikasi iaitu mengikut kes saya, kad sampai awal seminggu iaitu dalam tempoh 7 hari.
Gambar 1: 3 jenis kad berjaya dimohon
Tapi yang hairannya selepas tempoh kelulusan, sampai 2 kad kredit citibank yang mempunyai yuran tahunan iaitu Citibank Cash Back Platinum (RM190 setahun) dan Citibank Clear (RM90 setahun). Kedua-dua kad ada yuran tahunan walaupun dapat waive tahun pertama tetapi kad yang saya mahukan tidak muncul yang tiada yuran tahunan. Saya menghubungi pihak Citibank ...kenapa berlaku begitu dan meminta untuk memproses semula kad yang saya minta iaitu Citibank Simplicity. Saya berkeras untuk kad itu adalah sebab manfaat seperti dibawah.


Gambar 2: sumber dari imoney dan RinggitPlus


Pastikan anda mengaktifkan kad yang betul-betul yang ingin digunakan, jika boleh jangan aktifkan semua yang bukan keperluan sebagai langkah berhati-hati dalam berbelanja  kecualilah tahap disiplin anda sangat tinggi. Pengaktifan boleh ikut seperti dalam surat yang diserta dalam sampul yang dihantar, yang mana boleh diaktifkan melalui mobile apps/ laman web atau menghubungi pihak Call center.  Selepas kad diaktifkan, sudah boleh mula berbelanja tetapi perlu berhemah dan bayar ikut masa kalau boleh dalam tempoh 20 hari selepas terima statement supaya tidak dikenakan interest. Guna kad jika perlu sahaja atau dalam keadaan kecemasan sahaja yea dan bayar on time untuk mengelakkan finance charge/ interest.




Monday, 2 July 2018

Pemilihan dan Pemasangan Aircond


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekadar perkongsian, saya memilih aircond jenis GREE kerana mengikut spesifikasi dan  budget yang diperuntukkan tambahan lagi.... musim nak raya kan...so kena berjimatlah.

Sedikit spesifikasi aircond jenis GREE yang dipasang:

Product details of GREE GWC12QC-K3NNA1F 1.5hp Non-Inverter with Cold Plasma Air Conditioner - Lomo-N series

   ·                    1.5hp R410A refrigerant
   ·                     Cold Plasma
   ·                     Golden Fin
   ·                     Cooling capacity 12,000 Btu
   ·                     LED Display
   ·                     I Feel
   ·                     Timer
   ·                     Auto Clean
   ·                     0.5W Standby
   ·                     Comfortable Sleep Mode
   ·                     auto restart function
   ·                     Turbo Mode
   ·                     Fast Cooling
   ·                     Comfortable Sleep Curves

   ·                     2 year full warranty

Sedikit latarbelakang promosi aircond  yang saya pasang dirumah yang mana memasang sebanyak 2 unit berharga RM2, 580.0 iaitu RM1, 290.00 seunit harga siap pasang. Pemilihan yang saya pilih sebab tertarik dengan spec, harga kompetitif dan juga warranty yang diberi.

gambar Promosi harga Aircond dari sumber https://www.facebook.com/fadanisaircondandelectrical/

Dibawah adalah pemasangan yang siap dipasang untuk aircond 1.5 horse power... Servis pon baik serta harga berpatutan serta syarikat ini pun membuat pemasangan yang kemas serta membuat kerja-kerja pembersihan selepas kerja dibuat.





Saya cadangkan syarikat ini bagi mereka yang ingin memasang aircond baru atau membuat servis aircond... setakat ini saya boleh katakan saya berpuashati dengan hasil kerja mereka yang kemas dan menepati spesifikasi saya. Bagi yang berminat boleh contact syarikat ini atau mana - mana trusted aircond company yang anda rasa berbaloi dan puashati jika boleh yang kawan/ saudara mara recommendlah maksudnya kualiti servis mereka diperakui.






Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...