See Me!

Showing posts with label kad kredit. Show all posts
Showing posts with label kad kredit. Show all posts

Thursday, 7 December 2023

Perkongsian Dari Pengalaman Sebenar: Platform Memohon Kad Kredit Yang Boleh Dipercayai atau Tidak?

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Anda boleh guna semua kaedah-kaedah dicadangkan oleh saya dibawah jika anda telah ada asas pengetahuan jika ingin memohon secara atas talian(online) samada menggunakan lawan web bank atau lawan web kad kredit pihak ketiga yang berdaftar. Jika anda mahu maklumat lengkap atau tidak selesa memohon secara atas talian, anda boleh memohon terus ke mana-mana cawangan bank atau kios-kiosk yang boleh dijumpai berdekatan rumah anda atau di pusat membeli belah.

Kaedah 1: Melalui Fizikal Bank/ Kiosk/ Laman Web Bank
Bagi memohon menggunakan kaedah ini, cara paling senang boleh terus melawat laman web bank- bank yang menawarkan kad kredit, anda boleh baca manfaat setiap kad yang dikehendaki. Jika anda bijak, anda boleh buat perbandingan dengan laman web syarikat  ketiga (seperti ringgitplus.com atau sebagainya) untuk mendapat tawaran atau keuntungany yang lebih baik bagi setiap permohonanan kad buat kali pertama atau  kad seterusnya.

Bagi mereka yang kurang kepercayaan untuk memohon daripada syarikat ketiga ini anda boleh memohon terus dari lawan web bank. Selain itu anda juga masih boleh dapat manfaat untuk kad yang dimohon mengikut bank, anda juga boleh mendapat hadiah-hadiah yang menarik seperti wang tunai dari RM100-RM600 atau lebih mengikut promo bank bagi setiap kad yang dimohon. Proses kelulusan dalam 7 hari ke 14 hari, tetapi bagi pengalaman saya setakat ini, saya mendapat kelulusan kurang dari 7 hari dari tarikh permohonan menggunakan kaedah atas talian. Gambar dibawah adalah contoh kad yang boleh dimohon terus dari laman web bank berkenaan:

sumber: laman web cimb dan maybank



Jika anda ingin maklumat lanjut atau berhubung dengan pegawai bank atau dealer anda boleh walk-in terus ke bank atau kiosk bank yang berdekatan dengan tempat anda atau boleh pergi mana-mana pusat membeli belah yang ada kiosk bank. Anda juga boleh mendapat promo dari bank/ kiosk tetapi mengikut pengalaman saya kebiasaannya mereka akan memberi hadiah seperti luggage bag atau berbentuk barangan yang mana saya lebih suka wang tunai/e-walet atau barang yang lebih bernilai. Proses  kelulusan bagi permohonan menggunakan kaedah ini juga lebih pantas, yang mana anda boleh mendapat keputusan kelulusan secara terus sekiranya memenuhi kelayakan minimum bank. Kelemahan guna kaedah ini anda perlu melawati setiap bank atau kiosk-kiosk untuk mengetahui setiap kad yang ingin diketahui atau bakal dipilih untuk dimohon.

Kaedah 2: Laman Web Ringgitplus
Bagi saya yang jenis mencari maklumat sendiri dan suka urusan yang lebih menyenangkan, saya lebih suka memohon secara atas talian kerana tidak perlu berhubung terus dengan pegawai bank/ dealer yang mungkin terlalu memaksa anda membuat keputusan secara segera padahal anda perlu memilih kad kredit mengikut bank yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan harian anda. Anda juga boleh melihat manfaat atas penggunaan kad bagi pelbagai jenis kad untuk semua bank dalam satu platform.

ini adalah platform memohon kad kredit yang paling saya suka dan boleh dipercayai setakat ini menggunakan https://ringgitplus.com/en/. Ini adalah pengalaman sebenar saya, yang mana tidak pernah mengecewakan saya setakat ini. Setiap hadiah yang dijanjikan atau dinyatakan di laman web  syarikat ini betul - betul diterima jika mengikut syarat yang ditetapkan platform ini. 

Semua permohonan saya melalui ringgitplus.com boleh dipercayai yang mana kali pertama kali saya memohon pada tahun 2016 saya mendapat multi-rice cooker bersama vaucher lain (semasa itu saya memohon  kad kredit citibank yang sekarang diambil alih UOB, masih menggunakan kad ini kerana manfaat yang terbaik saya perolehi bagi setiap perbelanjaan harian setakat penggunaan sehingga hari ini yang mana saya akan mendapat pulangan tunai RM 20 hingga RM30++ sebulan). Terkini, saya memohon kad menggunakan laman web ini bagi kad standard chartered di tahun 2023, saya mendapat Touch N Go E-walet RM800.00 yang mana jika memohon terus dari laman web bank hanya boleh dapat RM600.00 sahaja. So, lebih untungkan?? Anda juga boleh mendapat hadiah-hadiah lain seperti IPAD, Apple Phone dan lain- lain jiga memenuhi syarat yang ditetapkan serta mengikut promo semasa.

sumber: https://ringgitplus.com/en



Pastikan jika anda ingin mendapatkan hadiah-hadiah ini, anda memenuhi syarat yang dinyatakan dalam terma ringgitplus.com dan bank yang telah ditetapkan seperti memuatnaik dokumen yang diperlukan, membuat transaksi kebiasaannya minimum 8 (sebarang amaun)  dalam tempoh 3 bulan selepas kad diterima dan diaktifkan serta syarat- syarat lain. Dalam kes saya, saya mendapat wang tunai secara e-walet dalam tempoh 2 bulan selepas kad diterima, diaktifkan dan melakukan minimum 8 transaksi pembelian.

Yang bagusnya jika memohon menggunakan ringgitplus.com, jika ada kad kredit yang ingin dimohon mengikut tuah atau kemenangan yang terpilih dan anda tidak berjaya tetapi platform ini tetap menyediakan guaranteed gift lain. Saya juga suka dengan paparan laman web platform ini yang lebih user friendly dan mudah untuk memohon serta khidmat pelanggan yang lebih baik dari platform lain setakat ini.

Kaedah 3: Laman Web CompareHero 
Anda juga boleh mencari dan memilih kelebihan setiap kad kredit menggunakan platform ini. Bagi permohonan menggunakan platform ini boleh ke https://www.comparehero.my/ . ini antara platform yang menawarkan berbentuk hadiah atau ganjaran kepada pemohon kad kredit. Jenis ganjaran yang ditawarkan adalah jenis Campaign Gift yang mana anda boleh cuba jika berminat dan bertuah dengan cabutannya. Secara peribadi apa yang saya paham dari platform ini adalah ganjaran yang seolah tidak dijanjikan langsung anda akan dapat dan lebih kepada bergantung nasib dan tuah anda serta keuntungan kepada platform ini sahaja.

sumber:website comparehero



Contoh kaedah hadiah anda boleh pilih  antara 2 pilihan iaitu Ganjaran A atau ganjaran B dan terhad kepada  contohnya pemohohon yang ke 10 sahaja. Jika anda tidak layak untuk dapat Ganjaran A atau B yang anda dipilih, anda hanya layak dapat consilidation gift RM200 atau kurang dari nilai ini atau mungkin tidak dapat bergantung jenis kad yang dipohon.


Ini adalah pengalaman sebenar menggunakan platform ini, memohon, so, anda boleh nilai sendiri ye dari bukti sebenar di rajah dibawah yang mana platform ini memberi pelbagai alasan seperti yang dijanjikan dalam tempoh 2 bulan. so saya terus terminate kad kredit yang saya mohon dari platform ini. 


Tetapi, hanya selepas 6 bulan (dari bulan mohon Julai 2023- Jan 2024) dan kad kredit ditamatkan, barulah saya mendapat perkhabaran yang hanya dapat  consilidation gift bernilai RM150 tngo e-walet. Bagi saya sangat mengecewakan servis platform ini.

Kaedah 4:  Laman Web IMoney
Bagi permohonan yang menggunakan web https://www.imoney.my/, kebanyakan hadiah  bagi permohonan kad adalah berbentuk peraduan dari laman web ini, contohnya jika anda ingin hadiah iphone anda perlu menjadi orang yang ke 20 bagi melayakkan mendapat hadiah tersebut, jika tidak memenuhi syarat anda akan dapat hadiah lain yang ditentukan oleh platform ini. Secara peribadi, saya belum pernah menggunakan platform ini bagi memohon  kad kredit tetapi secara teknikal prosesnya adalah sama dengan  platform-platform lain dan bezanya adalah cara pemberian hadiah sahaja.

Sesiapa yang suka  dan mempunyai tuah, boleh memohon menggunakan platform ini, terutamanya jika pilihan kad kredit ada ditawarkan di platform ini tetapi tiada di platform lain. Gambar dibawah adalah contoh hadiah - hadiah dari platform ini:

sumber: https://www.imoney.my/



Anda juga boleh melawati platform-platform lain yang boleh dipercayai dan menawarkan tawaran yang lebih baik dan menguntungkan.

Sekian sahaja perkongsian jujur dari pengalaman saya.

Thanks

Wednesday, 25 July 2018

First Time Card Credit Application


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sekadar perkongsian,
Pemikiran dahulu kononnya kad kredit adalah satu bebanan atau bukan satu keperluan sehingga berpandangan bahawa kad kredit hanya untuk orang tiada wang yang mana cukuplah sekadar kad debit untuk urusan pembelian yang makin mudah... dengan hanya satu kad boleh beli macam-macam dengan penggunaan tunai terus tetapi persepsi ini bertukar bermula tahun ini 2018 ...bahawa kad kredit perlu sekurang-kurang nyer satu sahaja. Contoh kegunaan penting adalah untuk isi minyak, beli barang dan sebagainya...Yang mana jika beli barang menggunakan kad kredit anda akan akan dapat reward point/cashback atau penggunaan semasa ke luar negara bergantung jenis kad yang dimohon...berbeza dengan kad debit yang tiada manfaat seperti ini dan penggunaan agak terhad.

Pengguna Pertama,
Jika anda  mempunyai banyak komitment pastikan komitmen seperti pinjaman rumah/kereta/pinjaman peribadi hendaklah melebihi 1 tahun pembayaran yang konsistan supaya mudah lulus permohonan kad kredit yang mana rekod pembayaran anda mestilah cantik yeah.


Survey,
Pastikan anda survey dahulu di platform - platform online mahupun melalui bank atau agen-agen berdaftar berkenaan jenis kad atau manfaat kad yang ingin dimiliki.

Mengikut kes saya,
Ini kali pertama saya memohon sebab memang tidak pernah berhajat untuk memiliki satu pun, persepsi berubah bila masa berubah dan mengikut kepentingan/ keperluan.

Apa yang saya buat, saya survey di laman sesawang untuk mendapatkan maklumat lebih jelas  seperti laman web berikut:

i. https://ringgitplus.com/en/
ii. https://www.imoney.my/
iii. https://www.comparehero.my/

Pastikan anda kenal pasti jenis kad yang diingini samada kad yang mempunyai manfaat  cash back/ reward points/ etc. Malah kad yang dipilih perlu ikut kemampuan anda dari jenis kad yang diperlukan iaitu ingin kad yang ada yuran tahunan atau yang tiada yuran tahunan yang mana mengikut gaji bulanan minimum. Sebagai nasihat, terutama pengguna pertama kali memohon, pastikan memilih kad yang betul ikut kelayakan untuk permohonan mudah diluluskan... jika permohonan anda gagal bank akan block/ hold permohonan dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan...anda hanya boleh cuba memohon semula selepas 6 bulan.

Kes saya, saya memhon di laman web Ringgitplus, kebetulan ada promosi gift yang menarik yang mana mengikut promosi yang ditawar dari syarikat ketiga tersebut yang mempromosikan kad kredit. Saya memohon kad credit Citibank Simplicity melalui laman web tersebut, kemudian pihak RinggitPlus akan menghubungi untuk pengesahan details. Kemudian, selepas itu dalam dua/ tiga hari pihak bank pula menelifon untuk membuat verifikasi permohonan. Malah ada juga agen akan menelifon kita semula mencadangkan kad additional jika kita berminat untuk menambah/ memilih jenis kad yang lain yang mungkin tinggi manfaatnya. Selepas verifikasi, kelulusan bank akan dapat diperolehi dalam masa 2 minggu melalui sms menyatakan kelulusan kad kredit yang dimohon...dan kad akan dihantar dalam masa 2 minggu dari message notifikasi iaitu mengikut kes saya, kad sampai awal seminggu iaitu dalam tempoh 7 hari.
Gambar 1: 3 jenis kad berjaya dimohon
Tapi yang hairannya selepas tempoh kelulusan, sampai 2 kad kredit citibank yang mempunyai yuran tahunan iaitu Citibank Cash Back Platinum (RM190 setahun) dan Citibank Clear (RM90 setahun). Kedua-dua kad ada yuran tahunan walaupun dapat waive tahun pertama tetapi kad yang saya mahukan tidak muncul yang tiada yuran tahunan. Saya menghubungi pihak Citibank ...kenapa berlaku begitu dan meminta untuk memproses semula kad yang saya minta iaitu Citibank Simplicity. Saya berkeras untuk kad itu adalah sebab manfaat seperti dibawah.


Gambar 2: sumber dari imoney dan RinggitPlus


Pastikan anda mengaktifkan kad yang betul-betul yang ingin digunakan, jika boleh jangan aktifkan semua yang bukan keperluan sebagai langkah berhati-hati dalam berbelanja  kecualilah tahap disiplin anda sangat tinggi. Pengaktifan boleh ikut seperti dalam surat yang diserta dalam sampul yang dihantar, yang mana boleh diaktifkan melalui mobile apps/ laman web atau menghubungi pihak Call center.  Selepas kad diaktifkan, sudah boleh mula berbelanja tetapi perlu berhemah dan bayar ikut masa kalau boleh dalam tempoh 20 hari selepas terima statement supaya tidak dikenakan interest. Guna kad jika perlu sahaja atau dalam keadaan kecemasan sahaja yea dan bayar on time untuk mengelakkan finance charge/ interest.




Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...