Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana membuat pendawaian dan pemasangan Water Heatar di Rumah yang selamat dengan memenuhi standard spesifikasi dengan menggunakan langkah beregambar yang dinyatakan dibawah.
Berikut adalah langkanhnya:
Langkah 1:
Sebelum membuat pemasangan yang berkaitan elektrik terutama mereka yang tiada pengetahuan ilmu elektrik, Tolong pastikan anda sudah mempunyai ilmu berkaitan elektrik, faham, yakin dan berada dalam keadaan selamat sebelum melakukan kerja elektrikal dan jika tidak panggillah wiremen bertauliah untuk melakukan kerja - kerja elektrikal ini. Ini adalah penting!
Selepas itu, anda boleh cari spesifikasi water heater yang ingin dipasang terutama dari segi harga, penjimatan tenaga elektrik, model, jenama dan spesifikasi yang selamat untuk digunakan.
Perkara yang anda perlu sebelum pemasangan:
- Mesti ada Ilmu dan Selamat
- Pastikan Pendawaian elektrik untuk water heater sudah tersedia jika tidak perlu panggil wiremen bertauliah untuk membuat pendawaiannya, dalam kes saya pendawaian sudah ada (jika ingin pasang sendiri), mengikut standard saiz kabel perlulah menggunakan kabel 4.0mm dari DB hinggalah alat Water Heatar yang disambung kepada MCB 20A dan RCBO 10mA (Residual Current Breaker with Overcurrent) bagi perlindungan penuh. Berikut adalah contoh RCBO:
- Memilih Water Heater yang mempunyai spesifikasi perlindungan antara yang terbaik, penjimatan, model, jenama dan mengikut bajet. Dalam kes saya menggunakan Toshiba; Model TWH-38EXPMY(G) dengan Rain Shower yang berharga dalam RM600++(ikut harga shopee tetapi harga kedai lagi mahal), rujuk rajah dibawah bagi contoh water heater yang saya pakai:
sumber: Toshiba - Pastikan untuk selamat, pengambungan dari punca air hingga ke alat pemanas air menggunakan perkakasan yang bukan pengalir elektrik (e.g: PVC)
- Sediakan perkakasan kerja lain bagi pemasangan water heater termasuk perkakasan untuk sambungan dari punca air.
Langkah 2: Pendawaian dan Tetapan Lokasi Pemasangan Water Heater
Berikut adalah ilustrasi diagram bergambar bagi sambungan water heater iaitu pendawaian dari DB sehingga ke poin pemasangan peralatan:
Berikut adalah litar skematik standard bagi pendawaian water heater (biasanya litar ini hanya personel yang belajar elektrikal mudah untuk fahamnya):
Langkah 3: Pemasangan Water Heater
Sebelum pemasangan Water Heater, pastikan bekalan elektrik di DB (Distribution Board) bagi punca elektrik water heater dimatikan pada RCBO dan MCB water heater yang sudah tersedia.
Jika ingin lebih selamat dan yakin, Matikan RCCB (Residual Current Circuit Breaker atau ELCB nama lama) dan Main Switch utama di DB dimatikan serta diuji mengguna testpen bagi memastikan yang sumber elektrik benar -benar telah diputuskan/ tiada. Jika ingin menggunakan teknik ni, semasa buat kerja pastikan orang rumah tiada di rumah jika tidak merungutlah mereka sebab kepanasan dan tidak boleh buat kerja lain.
- Tandakan kedudukan dimana yang ingin ditempatkan beserta lubang skru untuk water heater serta pastikan kemas supaya ianya terletak cantik.
- Tebuk dengan mengunakan drill yang sesuai ditempat yang ditandakan tadi.
- Pasang kabel mengikut jenis warna kabel yang command iaitu Live (Merah/ Coklat/ Kuning), Neutral (Biasanya Hitam/ Biru) dan Earth (Hijau/ Hijau-Kuning). Pastikan warna kabel dari pendawaian dan pada perkakasan disambung dengan betul. Jika tidak mahir rujuk pada yang pakar dan manual pemasangan water heater yang dilampirkan dalam kotak.
- Guna PVC paip/ hose yang bersesuaian untuk menyambung dari punca air sediada ke poin masuk air di water heater. Pastikan sambunggan kuat dan selamat.
Gambar dibawah disebelah kiri, menunjukkan lokasi sediada bagi kabel sediada bagi water heater. Gambar disebelah kanan adalah water heater yang sy sudah siap pasang selepas menebuk dan memasukkan wallplug. Saya decide untuk tidak ikut laluan kabel yang disediakan bahagian tepi tetapi sy membuat lubang baru di tengah yang disediakan yang belum ditebuk yang lebih mementingkan keselamatan supaya kabel elektrik dilindungi dari percikan air nanti.
Gambar dibawah pula di sebelah kiri saya sambungkan dengan poin sambungan di water heater iaitu wayar kuning (Live) disambung ke sambungan wayar merah yang di label L, wayar hitam(Neutral) disambung kepada wayar biru dan wayar hijau (Earth) disambubg kepada wayar hijau-kuning. Gambar disebelah kanannya pula water heater yang telah siap dipasang dan covernya di skru semula di bahagian bawah.
Seterusnya, Gambar dibawah akan di sambung dari punca air yang mana ianya disambung pressure hose beewarna biru dengan pvc acetal street elbow dan niple 3/4", kemydian disambung ke inlet water heater yang tepah dilabelkan dibawah water heater (warna biru) dengan melalui valve yang diberikan. Kemudian, pasangkan pemegang rain shower mengikut manual yang diberikan dan sambungkan dari outlet water merah (label merah) kepada sistem pancuran air (rain shower set).
Akhir sekali, baru la saya buat samnung pada DB. Di gambar bawah di bahagian kiri, ada satu MCB bersaiz 20A untuk water heater, tetapi untuk lebih safety saya telah menambah RCBO 20, 10mA untuk lebih perlindungan seperti yang di tunjukkan di gambar dibawah di sebelah kanan yang telah siap dipasang (yang ditanda dengan anak panah merah). Cara pendawaian MCB ke RCBO ke Water Heater point saya telah terangkan di atas.
Langkah 4: Pengujian Pemasangan yang telah siap
Selepas semua pemasangan telah siap dan dipastikan selamat, anda boleh hidupkan bekalan di DB untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik dan selamat. Inilah gambar dan video pendek pemasangan yang telah siap dipasang dan diuji selamat:
Orang kebanyakan biasanya nampak kerja elektrikal sangat mudah, hakikatnya sedikit kesilapan boleh menyebabkan nyawa anda melayang. So, pastikan anda ada pengetahuan berkenaan elektrik sebelum melakuan kerja ini ye!, jika tidak panggil lah wireman/ orang yang benar - benar mahir dan kompeten untuk melakukan pendawaian elektrikal dan pemasangan tersebut. Malah, perlu ada ilmu asas-asas lain termasuk elektrikal yang konklusif yang berkenaan terutama apabila anda sudah mempunyai rumah sendiri untuk keuntungan anda.
Tips Tambahan***
Berdasarkan pengalaman, Jika anda rasakan tekanan air water heater mempunyai tekanan yang agak rendah selepas adjust kemasukan air, cuba tukar sediada toshiba stop valve kepada Centon Triple function Stop Valve, insyallah berhasil... itu yang berlaku kepada saya selepas menukarnya, tekanan air makin laju...so rasa best apabila mandi.
Pastikan Selamat!
Ts. Sabar.
No comments:
Post a Comment