Salam Sejahtera
Sangat penting bagi pembeli kereta baru untuk menjaga kenderaan pada tahap yang optimum. Oleh itu di Penghujung di Bulan Mei 2021, saya telah membeli kereta di waktu pandemik COVID-19 dan ketika Perintah Kawalan Pergerakkan diperketatkan belum bermula (PKPD) semasa kereta keluar. Dukacitanya, seminggu selepas kereta keluar, kerajaan umumkan PKPD mengikut daerah dan macam-macam jenis PKP, sabar jer lah kan...
Selepas kerajaan longgarkan sedikit PKP sekitar bulan August 2021 dan ketika itu kebetulan terpaksa pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja... tetapi perlu minta pelepasan dari Balai Polis sebelum itu.
Selepas urusan kerja selesai, semasa dalam perjalanan pulang, saya terlihat ada satu signboard kereta coating yang buka berhampiran laluan Pudu - Sungai Besi. Kemudian, sebelum pergi ke kedai tersebut sempatlah saya buat tinjauan/review secara online berkenaan syarikat tersebut untuk memastikan saya masuk di kedai yang benar - benar boleh dipercayai.
Nama kedai car detailing yang saya kunjungi dan menggunakan perkhidmatan untuk membuat coating adalah VanoTech Premium Coating Malaysia. Anda boleh google di Facebook mereka untuk mendapatkan maklumat samada memenuhi citarasa, terutama jenis coating yang dimahukan. Semasa saya sampai di kedai, pekerjanya memaklumkan saya perlu message di FB massenger jika mahu booking dan harga promo seperti yang saya baca di FB mereka seperti ditunjukkan rajah dibawah dan terus membuat booking di hari yang sama , kebetulan banyak kedai baru mula dibenarkan buka sacara berperingkat.
Kalau ikutkan harga pada August 2021 untuk 5 Layer Ceramic Coating 10H Ceramic Coating Pakej Gold dengan warranty 3 tahun, tetapi disebabkan saya berada luar KL mereka bagi saya 5 Tahun warranty.
Untuk pakej Gold RM1,388, saya hanya bayar RM950.00 sahaja selepas buat booking di FB tak pasti terlahu mahal atau terlalu murah. Tetapi saya rasa mid-price jugalah untuk 10H Ceramic Coating. Pakej -Pakej lain boleh rujuk rajah dibawah:
Dalam Pakej Gold ini, saya inklusif :
- Premium Wash & Vacuum
- 6 Step Premium Polish
- Windscreen/Window
- Engine Bay Steam Wash
- Leather/Fabric Clean
- Interior Plastic/ Rubber
- Ada voucher tambahan seperti Free Car Wash on Birthday, Coating Maintenance
Untuk pakej Gold harga sebenar RM1,388, saya hanya bayar RM950.00 sahaja selepas buat booking di FB tak pasti terlalu mahal atau terlalu murah. Tetapi saya rasa mid price jugalah kalau untuk 10H Ceramic Coating jika dibandingkan kedai - kedai lain yang pernah saya survey sebelum ini.
Mereka juga menggunakan apps yang dipanggil sebagai Tunai bagi memudahkan anda menebus voucher. Gambar dibawah adallah contoh resit yang dikeluarkan melalui apps tersebut:
Resit Bayaran |
Paparan Voucher dalam Apps Tunai |
- Pertama, mereka akan basuh, bersikan mana yang patut dan keringkan kali pertama kereta anda bagi membuang habuk dan kotoran. Kemudian, mereka akan
- Kedua, mereka akan polish dan wax keseluruhan kereta bagi mencantikkan permukaan warna kereta .
- Ketiga, Mereka akan basuh dan keringkan kereta.
- Keempat, Mereka akan letakkan 10H Ceramic Coating keseluruhan bandan kereta termasuk di windscreen, window dan enjin kereta.
- Kelima, Mereka akan keringkan coating dengan menggunakan Lampu Infrared, jika tiada menggunakan infrared lambat kering dan coating tersebut akan hilang. Rujuk gambar dibawah, proses infrared sedang dijalankan:
- Do's, Mencuci menggunakan hand wash atau touch-less wash tanpa, Mencuci menggunakan nano shampoo/ yang tiada chemical, tidak menggunakan wax/ polish lagi dan menggunakan kain microfiber serta basuh dibawah panas cahaya matahari.
- Don't, Pastikan tidak mengunakan servis perkhidmatan cucian automatik, tidak menggunakan shampoo yang ada chemical, tidak menggunakan wax/ polish dan dibawah matahari serta tidak menggunakan kain selain microfiber.
Sekian sahaja perkongsian kali ini, selamat membaca, menilai dan Membuat pilihan tepat!
Ts. sabar