Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Aktiviti Sepanjang Di Mekkah 14 April 2024 - 20 April 024
Aktiviti 14 April 2024
Saya telah kongsikan Coretan pengalaman Umrah Pertamaku Part 1 - Madinah saya semasa di Madinah, yang mana anda boleh klik di link ini >>> Umrahku Part 1 - Madinah .
Setelah kami check-out dari Al Ruve Hotel, Madinah dan siap siap memakai ihram (pastikan anda patuh larangan setelah memakai ihram untuk mengerjakan umrah. Kami tempah grabcar dari hotel ke Madinah Highspeed Train Station
yang mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan. Setibanya disana kami
check-in, menunggu dan makan di HHR lounge yang disediakan (sebab saya beli tiket pakej Business - harga masa beli SAR 380++) sementara menunggu HHR train sampai.
Apabila
train sudah ready untuk bergerak menuju ke Mekkah, kami pun masuk ke dalam train dan duduk di tempat
yang telah ditempah. Apabila train mula bergerak dan alert pada paparan di skrin
untuk berniat Miqat di dalam train bagi menuju ke Stesyen HHR Mekah (pada ketika ini anda sudah terikat dengan pantang larang umrah yang telah anda pelajari sehingga selesai mengerjakan umrah anda). Didalam train kami di hidangkan makanan mengikut pakej tempat duduk yang telah dibeli sebelum ini jika ada dan anda sudah boleh mula bertalbiah hingga di sepanjang perjalanan menuju ke Mekkah.
Setibanya di Stesyen HHR Mekkah dari
Madinah dalam jarak lebih kurang 400km++.
Kami terus keluar dari pintu masuk utama stesen dan terus mencari kereta sewa
di bahagian bawah stesyen HHR tadi, tidak jauh pun berjalan ke tempat
untuk cari kereta sewa ke Masjidil Haram/ Hotel. Di situ banyak sahaja
kenderaan sewa menunggu mengambil penumpang, cuma perlu pandai pilih dan bersesuaian dengan harga
yang anda mahukan, boleh juga order secara online seperti menggunakan
apps Careem (entahlah bagi saya apps ni tak begitu popular di Mekkah
dan macam tak boleh percaya 100% penggunaannya, ini berdasarkan
pengalaman saya). Disebabkan tunggu lama booking dari apps careem lambat sangat, kami terus grab kereta sewa yang sedang tunggu disitu yang mana kami berdua kena caj 70 riyal
sahaja ke Hotel di Masjidilharam setelah berunding harga.
Selepas check-in hotel di Al-Safwa Royale Orchid, kami terus solat zohor dan jamak dengan asar di bilik dan terus bersiap untuk menuju ke Mataf pada sekitar pukul 4.00pm untuk melakukan umrah dengan memasuki kawasan Masjidilharam untuk memulakan tawaf dengan mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan (waktu ini suhu memang tinggilah dalam 40 darjah celcius ++ la, so kami pergi juga sebab kami lihat kawasan mataf dari hotel kami agak lenggang untuk lakukan tawaf. So, bermula dari menuju ke kawasan Mataf mulalah lakukan semua perkara wajib/ rukun umrah yang telah anda pelajari serta yakin dan digalakkan melakukan perkara - perkara sunat yang telah anda pelajari sebelum ini jika ingin mendapat pahala yang banyak. Islam itu Mudah, so, lakulah ikut kemampuan dan pemahaman anda yang penting semua wajib/ rukun perlu anda patuhi ye.
Semasa tawaf, janganlah anda menyentuh atau mencium kaabah bagi mengelakkan anda melanggar perkara wajib/ rukun umrah. Sesudah tawaf mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan, kami terus melakukan solat sunat di belakang makam Ibrahim dan berdoa. Selepas itu, kami terus menuju ke bukit Safa berdekatan Kaabah dari Makam Ibrahim tadi bagi melakukan sai'e sebanyak 7 pusingan dari Safa ke Marwah (tamat pusingan di Marwah) sehingga bertahlul selepas melengkapkan 7 pusingan (bercukur) dengan mengikut tertib. So, kami selesai mengerjakan umrah pertamaku yang wajib sekitar 6.30pm (waktu Arab Saudi, yang mana waktu Malaysia pukul 11.30 malam), selepas itu, kami membotakkan kepala di kedai barber di dalam Safwa Tower yang mana caj SAR51 untuk dua orang, mahal juga la.
Aktiviti 15 April 2024
Pada tarikh ini, aktivitiku hanya melakukan solat 5 waktu dengan menghadap Kaabah setiap waktu dan beriktikaf di dalam Masjidilharam. Selain itu, saya turut melakukan tawaf sunat mengelilingi kaabah setiap hari selepas subuh sepanjang kami berada di Mekkah yang selalunya melakukan tawaf sunat di tingkat satu (sebab memakai pakaian biasa, jika pakai ihram boleh tawaf di kawasan mataf) dan pernah kami juga mencuba menggunakan perkhidmatan scooter di tingkat 2 yang mana bayaran dalam SAR57.50++ seorang bagi melakukan tawaf sunat .Aktiviti 16 April 2024
Pada
tarikh ini, aktivitiku pergi menunaikan solat 5 waktu dan beriktikaf di
dalam Masjidilharam hampir setiap waktu. Istimewanya pada tarikh ini adalah, selain berniat mengerjakan umrah wajib bagi diriku, tetapi turut berniat untuk melakukan badal umrah buat arwah ibuku, moga semua amal ibadah ini diterima Allah s.w.t. Selepas sarapan pagi, mandi dan solat sunat, kami menuju mencari teksi sewa berdekatan hotel kami (sangat dekat dan mudah) bagi membawa kami untuk niat Miqat bagi Badal Umrah buat Ibuku di Masjid Aisyah/ Masjid Al - Taneem yang mana caj pergi balik adalah SAR 70 lebih kurang 10km++ jaraknya dari Masjidilharam (kami guna teksi berwarna hijau, pastikan anda hafal no plat dan ingat teksi tunggu dimana ye).
Kami Niat Miqat di Masjid Aisyah, melalukan solat sunat di dalam masjid tersebut dan kemudian pergi semula ke teksi untuk balik semula ke Masjidilharam untuk mengerjakan dan melengkapkan Badal Umrah buat ibuku bermula dari Niat di Miqat, Tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah, Tawaf 7 pusingan dari Safa ke Marwah dan bertahalul sehingga selesai semua rukun/ wajib umrah. Ak raya lapang, bahagian dan bersyukur dapat melakukan Badal Umrah Untuk Arwah Ibuku, hiba rasa hati tidak dapat digambarkan, bergenang air mata serta menahan rindu kepada arwah Ibuku.
Inilah tempat Niat Miqat, Masjid Aisyah bagi mengerjakan Badal Umrah Ibuku |
Selepas selesai melakukan Badal umrah buat arwah, kami solat di Masjidharam seperti biasa dan jika ada kelapangan masa kami makan di kawasanan Safwa Tower, di bilik atau di dalam Clock Tower berdekatan hotel kami.
Aktiviti 17 April 2024
Pada tarikh ini, selepas solat subuh di Masjidil al-haram, tawaf sunat dan sarapan pagi, kami mula melakukan ziarah di kawasan mekkah yang mana menggunakan perkhidmatan mutawwif yang sahabatku pernah guna sebelum ini. Kos untuk caj pengangkutan dan mutawwif adalah lebih kurang SAR500 termasuk semua (mutawwif dari indonesia). Kawasan yang kami ziarah kawasan Jabal Tsur,muzdalifah, mina, Jabal Ar- Rahmah, Arafah, Jabal Qurban, Kawasan Gua Hira', Jamarat dan banyak lagi.Setelah pulang kami sambung solat di Masjidil Al-Haram dan juga mula membeli oleh - oleh untuk keluarga di dalam Safwa Tower di bangunan yang sama dengan hotel yang kami menginap (banyak kedai makanan dan oleh-oleh termasuk kedai maknan Malaysia).
Aktiviti 18 April 2024
Pada tarikh ini, aku sendirian berbekalkan tawakal kepada Allah s.w.t masuk ke kawasan Mataf (kaabah) selepas solat subuh dan memakai ihram bagi memunihi hajatku untuk mencium hajarul aswad (penguasa disana hanya membenarkan mereka yang memakai ihram sahaja masuk ke kawasan mataf) untuk melakukan
tawaf sunat mengeliling kaabah. Pada masa ini, diri ini berhajat sangat
untuk mencium hajarul aswad, menyentuh makam ibrahim dan melakukan
perkara yang semasa tawaf wajib umrah tidak boleh dilakukan bagi mengelakkan
dikenakan dam. Apa yang aku ketahui kita boleh menyentuh kaabah jika
selepas selesai melengkapkan semua rukun/ wajib umrah.
So,
bermulalah aku melakukan tawaf mengeliling kaabah beberapa pusingan,
dalam pusingan yang terakhir aku cuba menghampiri sedikit demi sedikit kawasan keliling
kaabah yang mana bermula dari rukun yamani sehingga ke hajarul aswad ( ujian
disini sangat hebat, terutama anda akan merasa pengalaman dihimpit dan
diasak pelbagai orang yang ingin mencium hajarul aswad, anda perlu
berusaha, berdoa, redha dan tawakal).
Di
sepanjang tempat mula dari rukun yamani dapatlah menyentuh di sepanjang
laluan itu menuju hajarul aswad. Ku kongsikan pengalamanku bukan untuk
riak sebagai persediaan kepada semua yang berhajat mencium hajarul
aswad, aku dengan berhemat masuk ke kawasan rukun yamani untuk mula dari laluan
itu bagi memudahkan untuk menuju hajarul aswad, mula - mula ramai juga mengasak
dan berebut, aku just rilek ikut sahaja laluan itu, yang paling best
aku ditolak menuju ke hajarul aswad tapi rasa sesak juga nafas sebab
yang asak badan besar, aku nie kecil jer orangnyer. Best punya cerita,
aku pon di ditolak sehinggalah ke hajarul aswad, dan terus dapat menciumnya,
lama juga dapat cium dan berdoa semasa mencium hajarul aswad dan
kemudian berdoa berdekatan multazam ( harap semua hajat dan doaku
dimakbulkan, amin). Anda akan jumpa macam - macam perangai manusia di kawasan kaabah, disinilah tahap kesabaran anda diuji, sesiapa yang berjaya mengawalnya, Insyallah urusan anda dipermudahkan dengan Izin-NYA.
Selain solat dan beribadah, sempat juga mencuba Arabic fastfood iaitu Al-Baik berdekatan shopping mall berdekatan Jabar Omar (tidak ingat nama) sambil jalan - jalan kawasan berdekatan Masjidil Al-haram. Di dalam Clock Tower banyak juga kedai makan yang menarik di tingkat atas dan selesa.
Aktiviti 19 - 20 April 2024
Pada tarikh ini, macam biasa menunaikan solat dan tawaf sunat di Masjidil Al-Haram. Istimewanya tarikh 19 April 2024 (Jumaat), kami dapat mengerjakan sembahyang Jumaat pula di Masjidil Al-haram sambil berkiblatkan di depan Kaabah, bertuahnya diri ini, Syukur Alhamdulillah semua urusan Ibadah di permudahkan semasa berada di Madinah dan Mekkah. View Waktu Subuh berekatan Masjidil Al-Haram |
Ini view dari hotelku untuk masuk ke kawsan solat di Masjidil Al-Haram dan sekitar Ajyad |
Selepas solat jumaat di Masjidil Al-haram, kami membuat shopping terakhir di kawasan Safwa Tower dan di Clock Tower untuk membeli oleh - oleh untuk keluarga seperti coklat, kurma, jubah dan lain - lain (banyak juga berbelanja dalam SAR1000++, so anda belanjalah ikut kemampuan ye, macam saya banyak nak memberi sedekah sebab dah niat awal).
Pada pagi 20 April 2024, kami solat suboh macam biasa, sarapan dan menutup umruhku di Mekkah dengan membuat tawaf wada' dengan siap berpakaian ihram untuk melakukan tawaf di kawasan kaabah. Selepas itu, kami bersiap dan menunggu kereta sewa yang telah ditempah di hotel untuk membawa kami menuju ke Airport Jeddah untuk pulang ke Malaysia yang mana caj adalah SAR250 yang mana jarak perjalanan dalam 1 jam 30 Minit++ dari Masjidil Al-Haram mengikut aliran trafik semasa.
Setibanya kami tiba di Airport Jeddah, solat di surau airport sementara menunggu waktu untuk check-in. Selepas dibenarkan check-in, kami terus masuk kawasan pelepasan yang mana kami menaiki keretapi khas bagi membawa kami menuju ke terminal pelepasan antarabangsa.
Tiba di terminal pelepasan, kami makan duhulu di flight longue sementara flight ready (ikut pakej flight yang anda beli ye). Kemudian, kami bergerak menunggu di gate pelepasan dan flight kami berlepas sekitar 7.00 petang dari Jeddah sedikit lewat ( waktu Arab Saudi), So, Solatlah maghrib dan Isyak dalam kapal terbang secara musafir.
Gambaran di Airport Jeddah |
Gambaran lounge Tempat Makan di Airport ini, Tempat menuggu train ke terminal pelepasan antarabangsa dan ruang legar dalam Airport Jeddah |
Alhamdulilillah, lebih kurang 9 jam perjalanan di udara, kami selamat sampai di tanah air Malaysia pada keesokan harinya iaitu 21 April 2024 sekitar 9.00 pagi (waktu malaysia) dan aku terus pergi menziarah kubur Arwah Ibuku😓😓😓.
Setakat ini sahaja perkongsian umrahku secara DIY sebagai panduan bagi mereka yang pertama kali melakukam umrah. Semoga perkongsian kali ini bermanafaat.
Sekian.