See Me!

Showing posts with label acme. Show all posts
Showing posts with label acme. Show all posts

Sunday 5 June 2016

Perjalanan demi Perjalanan Towards ACME 2016 conference Proceeding (30-31 Mei 2016) and CDMP certified Personnel (01 Jun 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah setelah berpenat lelah melakukan kajian penyelidikan hampir empat tahun akhirnya aku berjaya menempa nama dengan kejayaan besar bagi diriku pada tahun ini iaitu berjaya dan selamat present paper di ACME 2014: International conference of Applied Computing, Mathemtical sciences and Engineering 2016 pada 30-31 Mei 2016 di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru.

Disepanjang bulan dan minggu ini, jadualku sangat padat mencabar yang mana aku perlu pergi emergency meeting bersama IKM sungai petani seorang diri (17-18 Mei 2016), selepas itu minggu tersebut juga perlu pergi kursus CDMP (Certified Disability Management Professional- tapi aku tak fokus sangat exam ni sebab aku lebih fokuskan Master aku...exam CDMP memang aku tidak study sangat pon) selama tiga hari di KL iaitu 25-27 Mei 2016.

Pada masa yang sama iaitu 9-27 Mei 2016 aku perlu menyiapkan projek beg konferensi untuk ISPRM2016 - Physical and rehabilitation Medicine Congress sebanyak 300 pieces bermula degan mereka bentuk sehingga penghasilan beg. Pembuatan  hasil produk ini dibuat bersama dengan OB OKU dan staf Pusat Rehabilitasi PERKESO, Melaka sebagai cenderahati pengunjung konferensi ISPRM. 

Tambahan lagi, dugaanku sangat kuat kerana teman sepejabat sabotaj projek ini yang mana mereka semua mengetahui berkenaan projek ini masalahnya depan bos kipas punyalah kuat tetapi dalam implementasi aku seorang yang kena buat...nasib baik OB bahagian Fisioterapi dan Terapi carakerja bersama staf lain membantu untuk menyiapkan projek.....dah orang ramai tolong tetapi opismate cemburu pulakkk sebab mungkin ramai yang ingin menolong aku jika dibandingkan dengan mereka...alhamdulillah sebab ramai yang ingin membantu walaupun teman satu opis sabotaj aku...biarlah tuhan yang membalas diatas penganaiyaan dan sabotaj yang dilakukan terhadap aku...Yang pelik masa bos ingin belanja merekalah orang pertama yang muncul tiba-tiba ...opismate aku dari bahagian yang lain apalagi rasa pelik sebab melihat gelagat mereka yang sangat kebulurrrr...nasib aku tidak begitu dengan menolak ajakan untuk makan oleh bos dengan memberi alasan.

Gambar: Rupa bentuk beg konferensi ISPRM2016

Disamping dugaan aku, rasa sangat bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan sepanjang ACME2016 conference dan aku BERJAYA walau pada mulanya aku gugup sehingga ada researcher dari peserta & organisasi lain berminat dengan research yang aku buat....Alhamdulillah dan Syukur sangat-sangat ke hadrat ilahi kerana permudahkan urusan ku....amin Ya rabb al amin
Gambar 2: Certificate of  Participation as ACME 2016 Presenter

Gambar 3: Penganugerahan Sijil

Gambar 4: Researh paper tercatat dalam buku program

Gambar 5: Paper presentation sesi pertama bagi research paperku

Gambar 6: Cenderahati ACME2016 Conference

Gambar 7: Slotku di Bilik Hibiscus
Alhamdulillah selesai slot terakhir aku bergerak ke Hotel Maluri, Cheras untuk menduduki peperiksaan CDMP (tapi aku langsung tidak berharap langsung dengan exam ini sebab masa aku banyak fokus pada pengajian Master aku itu yang lagi berbaloi) pada 1 Jun 2016 walaupun terlewat sepatutnya aku perlu hadir revision class 29-31 Mei 2016 tetapi tidak dapat dielakkan kerana perlu pergi ke tempat ACME2016 conference pada tarikh yang sama iaitu 29-31 Mei 2016. Penat jugalah sebab perjalanan yang agak panjang serta tidak sempat untuk study banyak sangat...hanya sempat study dalam website NIDMAR jer serta sedikit note CDMP yang sempat aku capai sahaja.

Gambar 8: Peperiksaan CDMP

Walaupun soalan CDMP nampak macam mudah tetapi aku tidak mengetahui jawapan yang betul kerana soalan dan konsep adalah berdasarkan konsep implementasi case management orang Canada. so aku tawakal jer lah setelah berusaha sehabis baik (tapi macam dah tahu keputusannya walaupun result kena tungga 3 bulan dari Canada heheheh).


Pengembaraan seterusnya adalah untuk membuat pembetulan thesis aku yang telah di semak oleh supervisorku sebelum dihantar untuk VIVA proceeding...diharapkan dipermudahkan semuanya dan dapat tamat pengajianku tahun ini dengan jayanya...amin


***Syukur Selalu dan Tawakal***

Monday 4 April 2016

Ready for ACME Conference 30-31 May 2016 @ Berjaya Waterfront, Johor Bahru, malaysia




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, syukur sangat - sangat setelah IEEE conference paper berjaya dengan komen dari reviewer yang sangat positif walaupun menunggu agak lama setelah secretariat menunda dari satu tarikh ke tarikh yang lain....rasa seram gak yela first time rasa gugup, excited dan berkobar - kobar...hehehe


Tuntutan untuk bayaran  yuran ke conference ni pon dak settle setelah menghantar borang permohonan ke iRMC, UNITEN banyak gak la perlu ambil tanda tangan tetapi takpe janji semuanya selesai dilakukan dan beruntung sebab dengan bantuan geran penyelidikan yang ditawarkan dapatlah bayar yuran conferemce kalau hendak bayar sendiri mahal gak RM1000+++ hehehe... 


Ameen Ya Rabb


Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...