Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah setelah berpenat lelah melakukan kajian penyelidikan hampir empat tahun akhirnya aku berjaya menempa nama dengan kejayaan besar bagi diriku pada tahun ini iaitu berjaya dan selamat present paper di ACME 2014: International conference of Applied Computing, Mathemtical sciences and Engineering 2016 pada 30-31 Mei 2016 di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru.
Disepanjang bulan dan minggu ini, jadualku sangat padat mencabar yang mana aku perlu pergi emergency meeting bersama IKM sungai petani seorang diri (17-18 Mei 2016), selepas itu minggu tersebut juga perlu pergi kursus CDMP (Certified Disability Management Professional- tapi aku tak fokus sangat exam ni sebab aku lebih fokuskan Master aku...exam CDMP memang aku tidak study sangat pon) selama tiga hari di KL iaitu 25-27 Mei 2016.
Pada masa yang sama iaitu 9-27 Mei 2016 aku perlu menyiapkan projek beg konferensi untuk ISPRM2016 - Physical and rehabilitation Medicine Congress sebanyak 300 pieces bermula degan mereka bentuk sehingga penghasilan beg. Pembuatan hasil produk ini dibuat bersama dengan OB OKU dan staf Pusat Rehabilitasi PERKESO, Melaka sebagai cenderahati pengunjung konferensi ISPRM.
Tambahan lagi, dugaanku sangat kuat kerana teman sepejabat sabotaj projek ini yang mana mereka semua mengetahui berkenaan projek ini masalahnya depan bos kipas punyalah kuat tetapi dalam implementasi aku seorang yang kena buat...nasib baik OB bahagian Fisioterapi dan Terapi carakerja bersama staf lain membantu untuk menyiapkan projek.....dah orang ramai tolong tetapi opismate cemburu pulakkk sebab mungkin ramai yang ingin menolong aku jika dibandingkan dengan mereka...alhamdulillah sebab ramai yang ingin membantu walaupun teman satu opis sabotaj aku...biarlah tuhan yang membalas diatas penganaiyaan dan sabotaj yang dilakukan terhadap aku...Yang pelik masa bos ingin belanja merekalah orang pertama yang muncul tiba-tiba ...opismate aku dari bahagian yang lain apalagi rasa pelik sebab melihat gelagat mereka yang sangat kebulurrrr...nasib aku tidak begitu dengan menolak ajakan untuk makan oleh bos dengan memberi alasan.
Gambar: Rupa bentuk beg konferensi ISPRM2016 |
Disamping dugaan aku, rasa sangat bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan sepanjang ACME2016 conference dan aku BERJAYA walau pada mulanya aku gugup sehingga ada researcher dari peserta & organisasi lain berminat dengan research yang aku buat....Alhamdulillah dan Syukur sangat-sangat ke hadrat ilahi kerana permudahkan urusan ku....amin Ya rabb al amin
Gambar 2: Certificate of Participation as ACME 2016 Presenter |
Gambar 3: Penganugerahan Sijil |
Gambar 4: Researh paper tercatat dalam buku program |
Gambar 5: Paper presentation sesi pertama bagi research paperku |
Gambar 6: Cenderahati ACME2016 Conference |
Gambar 7: Slotku di Bilik Hibiscus |
Gambar 8: Peperiksaan CDMP |
Walaupun soalan CDMP nampak macam mudah tetapi aku tidak mengetahui jawapan yang betul kerana soalan dan konsep adalah berdasarkan konsep implementasi case management orang Canada. so aku tawakal jer lah setelah berusaha sehabis baik (tapi macam dah tahu keputusannya walaupun result kena tungga 3 bulan dari Canada heheheh).
Pengembaraan seterusnya adalah untuk membuat pembetulan thesis aku yang telah di semak oleh supervisorku sebelum dihantar untuk VIVA proceeding...diharapkan dipermudahkan semuanya dan dapat tamat pengajianku tahun ini dengan jayanya...amin
***Syukur Selalu dan Tawakal***
No comments:
Post a Comment