Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Jika ada perancangan untuk pergi bercuti ke Singapura menggunakan pengangkutan awam, ini adalah panduan bagi semua.
Tentative 2 day 1 Night
a) Preparation Before Trip:
- Booking Hotel melalui online lebih murah terutama mengikut bajet sebab jika walk in agak mahal kerana caj semua dalam SGD Dollars, kami menginap di The Noble Hotel, Little India (RM285.00/SGD70 semalam).
- Booking KTM Secara online di http://www.ktmb.com.my/ktmb_ui/ lebih murah kerana caj dalam RM dan agak mahal jika beli dari singapura di caj dalam SGR, saya beli ticket berharga RM10(Return Ticket)
- Buat Tentatif untuk lokasi yang ingin dituju terlebih awal untuk bilangan hari percutian supaya boleh mengikut tempat yang ingi dilawati secara teratur.
- Buat tukaran wang yang secukupnya mengikut bajet
- Standby Deposit Hotel, untuk kami pihak hotel tidak ambil deposit
- Survey Public Transport di Singapura/ Map etc.(untuk pastikan anda buat research betul-betul supaya tidak penat berjalan mencari tempat)
- sediakan Passport
- Beli Tourist pass berharga SGD16(2hari) + Deposit SGD10 (akan dikembalikan bila return pass) bagi menaiki pengangkutan awamnya.
- Pastikan Roadtax masih Hidup beberapa bulan sekurang-kurangnya 6 bulan la untuk mudah masuk ke singapura dan kad touch n GO untuk lepas di imigration Malaysia
- Jika Mahu balik pastikan ada SGD6.40 untuk melepasi tolnya untuk pulang ke Malaysia iaitu kena mohon Auto Pass berharga SGD10
b) Draf Tentatif Percutian
- Hari Pertama (23/12/2017)
i. Check-in Hotel
ii. Makan di Little India(RMSGD7)
iii. Marina Bay sands(FREE)
iv. Merlion (FREE)
v. ChristMas Wonderland (SGD10)
vi. OCBC SkyPark Tower (SGD8)
vii. Clarke Quay Boat (SGD24)
ix. Makan di Churros (SGD12)
x. Tempat Menarik berdekatan Marina Bay woith Free Access (e.g: Promenade, Esplanade etc)
- Hari Kedua (24/12/2017)
i. Check-out Hotel
ii. Bugis Street (Shopping and Walk Around) - banyak tempat Shopping eg: Bugis+
iii. KG. Glam ( Malay Heritage Centre (SGD6), KG. Glam Cafe, Teh Sahabat(SGD1), Masjid Sultan, Shopping, Banyak tempat Makan Halal.
iv. Balik Ke Malaysia
c) Senario Percutian 2Hari 1 Malam
- Hari pertama - 23/12/2017
Bermulah hari pertama kami bercuti di singapura yang mana tiba di Singapura dalam pukul 12 tengah hari dari Malaysia dengan menggunakan pengangkutan awam.
Kami menaiki pengankutan awam Singapura selepas meletak kereta berbayar di Marsiling park berharga lebih kurang SGD0.60/ setengah jam. dari situ kami menaiki bus bernombor 950 ke Woodlands MRT berharga SGD1.40
Setibanya kami di Woodland kami pergi ke kaunter tiket untuk beli tiket 'Tourist pass' berharga SGD26( SGD16 untuk dua hari penggunaan dan termasuk deposit-SGD10).
Selesai itu kami naik MRT ke Little India untuk check in di The Noble Hotel, Little India tetapi sebelum intu kami singgah makan di kedai mamak berdekatan Little India.
Gambar 1: Menu Pertama yang kami sempat makan sebelum check- in berharga SGD7
Gambar 2: Kami Check-in Hotel sekitar 2.00pm
Gambar 2 menunjukkan rupa bentuk hotel yang kami book iaitu twin bedded, facilities agak baik tetapi agak jauh berjalan dari Farrer park(0.8km) atau Little India(1.4km) ke hotel... sebagai panduan survey dan teliti laluan bus/ MRT untuk memudahkan dan mengurangkan anda berjalan cari hotel...jika hendak senang beli prepaid untuk tourist so boleh guna online map untuk cari jalan lebih mudah.
Gambar 3: Marina Bay sands |
Antara tempat yang menarik selain area sentosa/ Universal Studio Singapore adalah di kawasan marina Bay. disini Banyak tempat-tempat menarik e.g: Marina Bay Sands, Art Science Museum, Esplanade Theater, Double Helix Bridge, Singapore Flyer, Cloud Forest Dome, Firefly, OCBC Sky Tower etc.
Gambar 4: Bergambar di bangunan Pencakar langit Di Marina Bay
Gambar 5: Berlatar belakangkan Esplanade Theatre
Gambar 6: Oh My Merlion
Di Kawasan sini banyak bangunan pencakar langit yang cantik - cantik sama ada berbayar atau tidak... so anda boleh ke sini tetapi dalam satu hari tidak boleh habis semua tempatlah sebab banyak tempat terutamanya kena beratur panjang di tempat-tempat berbayar.
Gambar 7: Dari Bawah Marina Bay Sands
Gambar 8: Roof Top of garden by The Bay
Nice place to visit near here, tapi banyak tempat-tempat best kena bayar dan kena queue panjanglah dapat pula masa saya pergi ada event sambutan Krismas dikebanyakkan park dorg.
Gambar 9: Cristmas WonderLand Festival
Gambar 10: @Churros.... Must try |
Gambar 11: Creme Brulee Berharga SGD10...Must Try... Interesting & sedap
Gamabr 12: Night View of OCBC SkyTower....Boleh jalan di atasnya tapi kena bayar SGD8
Gambar 13: Night View of Marina Bay Sands...Sangat Cantek denganGemerlapan cahaya lampu
Gambar 14: View at The Roof Top of OCBC SkyTower
Gambar 15: Clarke Quay Boat Area
Mesti Datang Sini jika ingin menaiki bot di tengah malam tapi operation sampai pukul 10malam sambil melihat pemandangan malam yang berharga SGD25/30min. Bagi yang gemarkan tempat bersosial dan melepak sini adalah tempatnya ianya boleh dikatakan macam kira macam Bukit Bintang la....Disini juga boleh try extreme punya permainan...
- hari Kedua - 24/12/2017
Gambar 15: Tempat Shopping di Bugis Street
Di Kawasan ini banyak tempat shopping e.g: Bugis Street, Bugis Junction, Bugis+ etc. Di kawasan Bugis street boleh lah grab souvenir untuk dibawa pulang tetapi bagi my personnel opinion... tempat ini kurang meriah bagi saya
Gambar16: Malay Heritage Centre
Muzium ini meceritakan serba sedikit Kewujudan masyarakat melayu di Singapura dan asal-usul pemerintah disana yang mana caj masuk adalah SGD6
Gambar 17: View of Masjid Sultan masjid tertua di Singapura
Bagi yang ingin mencari kawasan makanan yang halal ini adalah tempatnya dan banyak pilihan makanan disini serta sedap iaitu berada di kawasan Kampung Glam. Ada bermacam jenis makanan disini samada makan melayu, mamak, arab dan sebagainya... Disini juga ada jual souvenir yang mana pada pandangan saya walaupun kedai souvenirs tidak sebanyak di Bugis Street tetapi di Kg Glam lagi menarik untuk bershopping dan murah
Gambar 18: Tempat makan Popular di Kampung Glam Cafe berdekatan dengan Masjid Sultan
Keseluruhan Bajet untuk 2 Hari 1 Malam adalah RM663/seorang (termasuk hotel, makan dan shopping) tapi ini bajet untuk saya merangkumi makan, public transport, souvenir dan fees entrance.
Masyarakat di sini kurang peramah dan tidak membantu bagi pendapat saya, kerana dari pengalaman kami, mereka tidak membantu langsung jika anda ingin mencari sesuatu tempat yang ingin ditujui... map yang didownload ke phone sangat membantu...masyarakat disini tidak membantu langsung dari aspek penunjuk arah dan tidak sopan serta mesra.
Syukur Alhamdulillah... Last Trip year 2017