See Me!

Showing posts with label singapore. Show all posts
Showing posts with label singapore. Show all posts

Tuesday, 26 December 2017

Singapore Trip 23-24 December 2017



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jika ada perancangan untuk pergi bercuti ke Singapura menggunakan pengangkutan awam, ini adalah panduan bagi semua.

Tentative 2 day 1 Night

a) Preparation Before Trip:
  1. Booking Hotel melalui online lebih murah terutama mengikut bajet sebab jika walk in agak mahal kerana caj semua dalam SGD Dollars, kami menginap di The Noble Hotel, Little India (RM285.00/SGD70 semalam).
  2. Booking KTM Secara online di http://www.ktmb.com.my/ktmb_ui/ lebih murah kerana caj dalam RM dan agak mahal jika beli dari singapura di caj dalam SGR, saya beli ticket berharga RM10(Return Ticket)
  3. Buat Tentatif untuk lokasi yang ingin dituju terlebih awal untuk bilangan hari percutian supaya boleh mengikut tempat yang ingi dilawati secara teratur.
  4. Buat tukaran wang yang secukupnya mengikut bajet
  5. Standby Deposit Hotel, untuk kami pihak hotel tidak ambil deposit
  6. Survey Public Transport di Singapura/ Map etc.(untuk pastikan anda buat research betul-betul supaya tidak penat berjalan mencari tempat)
  7. sediakan Passport
  8. Beli Tourist pass berharga SGD16(2hari) + Deposit SGD10 (akan dikembalikan bila return pass) bagi menaiki pengangkutan awamnya.
  9. Pastikan Roadtax masih Hidup beberapa bulan sekurang-kurangnya 6 bulan la untuk mudah masuk ke singapura dan kad touch n GO untuk lepas di imigration Malaysia
  10. Jika Mahu balik pastikan ada SGD6.40 untuk melepasi tolnya untuk pulang ke Malaysia iaitu kena mohon Auto Pass berharga SGD10
b) Draf Tentatif Percutian
  1. Hari Pertama (23/12/2017)
          i. Check-in Hotel
          ii. Makan di Little India(RMSGD7)
          iii. Marina Bay sands(FREE)
          iv. Merlion (FREE)
          v. ChristMas Wonderland (SGD10)
          vi. OCBC SkyPark Tower (SGD8)
          vii. Clarke Quay Boat (SGD24)
          ix. Makan di Churros (SGD12)
      x. Tempat Menarik berdekatan Marina Bay woith Free Access (e.g: Promenade, Esplanade etc)
  1. Hari Kedua (24/12/2017)
          i. Check-out Hotel
          ii. Bugis Street (Shopping and Walk Around) - banyak tempat Shopping eg: Bugis+
          iii. KG. Glam  ( Malay Heritage Centre (SGD6), KG. Glam Cafe, Teh Sahabat(SGD1), Masjid Sultan,                           Shopping, Banyak tempat Makan Halal.
          iv. Balik Ke Malaysia

c) Senario Percutian 2Hari 1 Malam
  1. Hari pertama - 23/12/2017
Bermulah hari pertama kami bercuti di singapura yang mana tiba di Singapura dalam pukul 12 tengah hari dari Malaysia dengan menggunakan pengangkutan awam.

Kami menaiki pengankutan awam Singapura selepas meletak kereta berbayar di Marsiling park berharga lebih kurang SGD0.60/ setengah jam. dari situ kami menaiki bus bernombor 950 ke Woodlands MRT berharga SGD1.40

Setibanya kami di Woodland kami pergi ke kaunter tiket untuk beli tiket 'Tourist pass' berharga SGD26( SGD16 untuk dua hari penggunaan dan termasuk deposit-SGD10).

Selesai itu kami naik MRT ke Little India untuk check in di The Noble Hotel, Little India tetapi sebelum intu kami singgah makan di kedai mamak berdekatan Little India.

Gambar 1: Menu Pertama yang kami sempat makan sebelum check- in berharga SGD7

Gambar 2: Kami Check-in Hotel sekitar 2.00pm 

Gambar 2 menunjukkan rupa bentuk hotel yang  kami book iaitu twin bedded, facilities agak baik tetapi agak jauh berjalan dari Farrer park(0.8km) atau Little India(1.4km) ke hotel... sebagai panduan survey dan teliti laluan bus/ MRT untuk memudahkan dan mengurangkan anda berjalan cari hotel...jika hendak senang beli prepaid untuk tourist so boleh guna online map untuk cari jalan lebih mudah.

Gambar 3: Marina Bay sands

Antara tempat yang menarik selain area sentosa/ Universal Studio Singapore adalah di kawasan marina Bay. disini Banyak tempat-tempat menarik e.g: Marina Bay Sands, Art Science Museum, Esplanade Theater, Double Helix Bridge, Singapore Flyer, Cloud Forest Dome, Firefly, OCBC Sky Tower etc.

Gambar 4: Bergambar di bangunan Pencakar langit Di Marina Bay

Gambar 5: Berlatar belakangkan Esplanade Theatre

Gambar 6: Oh My Merlion

Di Kawasan sini banyak bangunan pencakar langit yang cantik - cantik sama ada berbayar atau tidak... so anda boleh ke sini tetapi dalam satu hari tidak boleh habis semua tempatlah sebab banyak tempat terutamanya kena beratur panjang di tempat-tempat berbayar.

Gambar 7: Dari Bawah Marina Bay Sands


Gambar 8: Roof Top of garden by The Bay

Nice place to visit near here, tapi banyak tempat-tempat best kena bayar dan kena queue panjanglah dapat pula masa saya pergi ada event sambutan Krismas dikebanyakkan park dorg.

Gambar 9: Cristmas WonderLand Festival

Gambar 10: @Churros.... Must try

Gambar 11: Creme Brulee Berharga SGD10...Must Try... Interesting & sedap

Gamabr 12: Night View of OCBC SkyTower....Boleh jalan di atasnya tapi kena bayar SGD8

Gambar 13: Night View of Marina Bay Sands...Sangat Cantek denganGemerlapan cahaya lampu

Gambar 14: View at The Roof Top of OCBC SkyTower

Gambar 15: Clarke Quay Boat Area

Mesti Datang Sini jika ingin menaiki bot di tengah malam tapi operation sampai pukul 10malam sambil melihat pemandangan malam yang berharga SGD25/30min. Bagi yang gemarkan tempat bersosial dan melepak sini adalah tempatnya ianya boleh dikatakan macam kira macam Bukit Bintang la....Disini juga boleh try extreme punya permainan...


  1. hari Kedua - 24/12/2017
Gambar 15: Tempat Shopping di Bugis Street

Di Kawasan ini banyak tempat shopping e.g: Bugis Street, Bugis Junction, Bugis+ etc. Di kawasan Bugis street boleh lah grab souvenir untuk dibawa pulang tetapi bagi my personnel opinion... tempat ini kurang meriah bagi saya

Gambar16: Malay Heritage Centre

Muzium ini meceritakan serba sedikit Kewujudan masyarakat melayu di Singapura dan asal-usul pemerintah disana yang mana caj masuk adalah SGD6



Gambar 17: View of Masjid Sultan masjid tertua di Singapura

Bagi yang ingin mencari kawasan makanan yang halal ini adalah tempatnya dan banyak pilihan makanan disini serta sedap  iaitu berada di kawasan Kampung Glam. Ada bermacam jenis makanan disini samada makan melayu, mamak, arab dan sebagainya... Disini juga ada jual souvenir yang mana pada pandangan saya walaupun kedai souvenirs tidak sebanyak di Bugis Street tetapi di Kg Glam lagi menarik untuk bershopping dan murah

Gambar 18: Tempat makan Popular di Kampung Glam Cafe berdekatan dengan Masjid Sultan

Keseluruhan Bajet untuk 2 Hari 1 Malam adalah RM663/seorang (termasuk hotel, makan dan shopping) tapi ini bajet untuk saya merangkumi makan, public transport, souvenir dan fees entrance.

Masyarakat di sini kurang peramah dan tidak membantu bagi pendapat saya, kerana dari pengalaman kami, mereka tidak membantu langsung jika anda ingin mencari sesuatu tempat yang ingin ditujui... map yang didownload ke phone sangat membantu...masyarakat disini tidak membantu langsung dari aspek penunjuk arah dan tidak sopan serta mesra.


Syukur Alhamdulillah... Last Trip year 2017

Friday, 3 March 2017

Trip to Universal Studios Singapore (USS) 2017


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah selesai sudah trip kali kedua ke USS, Singapura 2017 dan Trip pertama untuk Tahun 2017 melancong ke luar negara....memang best giler jika dibanding firt time pergi masa first USS launching Tahun 2010.

Kali ni pergi dengan geng Master(geng belajar) aku, pergi one day trip jer untuk short vacation sebab masing-masing busy kannn...

Permainan terbaru yang ada di USS aku boleh kongsikan adalah you all kena cuba permainan baru dorg iaitu Tansformer, Cylon dan Human (macam nak tercabut jantung hahahha)....Kali ni banyak juga aku dapat masuk game/ permainan dalam theme park tu sebab memang tak rushing pon dan pergi pon hari bukan cuti umum tapi orang tetap ramai dan beratur panjang hehehe...(tapi sebenarnya memang tak ley habis masuk semua jika satu hari trip jerr sebab ramai orang beratur walaupun hari biasa)

Kat sini Aku nak bagi hint** jika ada sesiapa yang ingin bercuti menggunakan pengangkutan darat (public transport) yang boleh dikatakan agak thrill la...sebab memang penat tapi pengalaman yang sangat seronok yang patut dicuba. Syukur banyak juga dah cuba sebelum ni pergi Thailand secara Road trip menggunakan Hyundai Starex ...

Kami bercuti lebih kurang dua hari, iatu bermalam di Suria City Hotel, JB berdekatan dengan Johor Bahru Sentral dengan kadar RM106 semalam untuk deluxe twin sharing tapi korg ley google rate eg: Agoda yang lagi murah....ada jer kalo nak. Keesokkan pagi, seawal 6.30 pagi kami bergerak ke JB Sentral untuk ke Singapura dengan menggunakan bus transit dari JB Sentral ke Woodlands ke Kranji MRT Singapura.

Dari JB Sentral anda perlu melepasi imigresen Malaysia di tingkat atas sangat mudah iaitu menggunakan automatic passport checking machine tapi ingat isi Borang/kad Merah siap-siap untuk dorg cop dan simpan sehingga masuk malaysia semula kad merah tu, selepas tu ke tingkat bawah untuk ambil bas transit dengan bayaran sekitar RM1.60~RM2.00 (kena standby dalam RM4.00 pergi balik) ke border (ketika kami pergi memang agak mencabar sebab kami kena merempuh jem yang teruk tambahan dengan waktu hujan yang agak lebat juga).

Selepas naik bas transit (Bus No. 170x yang kami naiki) untuk ke imigresen Singapura di Woodland Checkpoint. Pada hari kejadian, kami dengan berani mati termasuk la penumpang yang lain turun dari bus berjalan kaki dengan keadaan kesesakan yang melampau dan hujan yang agak lebat juga lah menuju ke Woodlands checkpoints untuk ke border imigresen Singapura untuk cepat sampai dan mengelak kesesakkan lalulintas. You all kemudiannya kena naik keatas menggunakan tangga untuk melepasi pintu masuk imigresen ke Singapura, tetapi you all kena isi kad putih mutih (red white card) yang perlu dibagi bersama passport di imigresen singapura untuk melepasi pintu masuk singapura.

Kemudian, baru turun ke bahagian bawah untuk naik bus transit yang sama atau bus yang menuju ke Kranji MRT atau station yang berdekatan dengan bayaran SGD1.60 (untuk return kena stanby SGD3.20). Sampi di Kranji MRT anda boleh beli daily return ticket dari Kranji MRT ke Harbour Front berharga SGD5.20 (Yang mana perjalanan dari Kranji MRT-Jurong east-Buona Vista-Harbour Front >>> banyak juga kena tukar station pastikan anda naik train yang betul jangan sampai tersalah train ye ... tengok map betul-betul) sebelum tu kami makan di Kraji Foodcourt, nasib baik ada makanan halal yang berharga ~SGD5 (termasuk air <<<sangat murahlah kalo nak makan...tempat lain mahal). sampi di harbour front exit train station dan pergi ke tingkat 3 untuk beli sentosa express monorail ticket Resort World Sentosa berharga SGD4.00 (return ticket) yang mana anda boleh pergi ke mana-mana station janji jangan keluar dari sentosa resort jika tidak anda kena beli ticket baru hehehehe.

Sampai di USS, kami mencuba semaksimum permainan yang ada disana sampai nak tercabut la juga kaki kte org ni berjalan ronda-ronda USS..yang pasti kami mencuba banyak permainan barulah syiok....hehehhee...memang syiok , walaupun terpaksa beratur panjang tapi puas hati terutama dapat main permainan-permainan baru di USS, Singapura. Anda boleh tengok pemandangan di USS yang mana sempat bergambar terutama tempat-tempat atau permainan baru yang ada yang korg mesti cuba tau...............best wooo. Aku tukar duit SGD140 (~RM441.00 as of February 2017 exchange rate dan tidak termasuk tiket USS[beli secara online dptlah SGD64]) tetapi bawak balik Malaysia sebab ada baki dalam SGD50 yang tak habis guna sebab banyak masa main jer...kami hanya sempat beli just cenderahati untuk family dan makan lunch di sana sahaja.....sebab makanan disana sangat mahal so korg kena berjimat dan beli barang yang perlu sahaja (Makanan dan air~SGD15.50 -standar makan kf...kfc lg best).

Posed Jap kt Transformer car

Human...must try ye

Transformer...must try best exploration

View of USS 2017

Jeng ... Jeng ... Jeng

Nak Termuntak Pop Corn

Far far Away

Universal Studios Entrance

Posed Jap sebelum Pulang balik (Kami keluar border sekitar 9.30pm)

Masing -Masing dah kepenatan


***Nasihat kami
Jika anda ingin ke Woodlands dari JB Sentral, perlulah beli tiket KTM awal-awal/ atau beli secara online sebab selalunya habis untuk tiket waktu pagi dan mempercepatkan perjalanan anda ke Woodlands, Singapura...tapi biasa la kami jenis redah jer dan first time nak guna perkhidmatan pengangkutan awam so tak dapat la naik KTM dari Malaysia sebab penuh/full booked, so kena lah kami naik bus transit ke Woodlands, Singapura.....nasib baik kami sudah survey dengan orang-rang kt JB Sentral terlebih awal sebelum hari kami hendak pergi ke Universal Studios Singapura.

By the way We all enjoy along the day out, walaupun penat berjalan seharian tetapi kepenatan hilang sebab dapat menikmati & merasai kepuasan yang tidak terhingga di USS.................Yeahhhhhh

Ameen...Syukur Selalu

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...