See Me!

Showing posts with label dc cable. Show all posts
Showing posts with label dc cable. Show all posts

Tuesday 24 September 2019

Pendawaian & Pemasangan CCTV Rumah Menggunakan Hikvision IP Camera



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada Post kali ini, saya ingin kongsi sedikit asas pemasangan dan pendawaian CCTV di rumah. Berikut merupakan peralatan yang perlu ada sebelum membuat kerja perpasangan:

  1. Set Lengkap unit CCTV (HikVision) termasuk NVR, Ip Camera (Bullet/Dome), hardisk 
  2. Power Supply Unit
  3. Kondiut
  4. Flexible pipe
  5. PVC Enclosure Box 4"x4" or CCTV Outdoor Wall Mount Bracket if required
  6. Wire Trico and Plog Top (if necessary)
  7. TV (untuk view & display recording)
  8. HDMI/ VGA (untuk connection to TV)
  9. BNC Connector
  10. DC Jack
  11. Kabel RG59+VDE Power Cable
  12. set wifi modem with Lan Connection (if required to access thru phone or web connection)
  13. Alatan Pepasangan (e.g: Tangga, Tools Set, Handrill, hammer drill if required untuk conceal type, screw, cable cutter, Black tape,  connector etc.)

Jenis CCTV yang digunakan


Pertama, Perlu indentify lokasi tempat untuk kamera diletakkan yang mana merujuk kepada tujuan pemasangan CCTV di sesuatu tempat.

Kedua, Ukur jarak kabel RG59+VDE dari tempat pemasangan kamera ke tempat NVR dekoder dan tv dipasang dan pastikan ada bekalan elektrik yang mana kabel tersebut boleh dijalankan di atas siling atau ikut laluan luar dengan menggunakan kondiut atau jenis conceal mengikut kesesuaian yang dimahukan.

Setelah semua point ditarik kabel, sambungkan point untuk IP camera boleh dipasang dengan menggunakan kabel coaxial disambung dengan BNC Connector bagi menyambungkan camera dan kabel power (VDE) disambung dengan menggunakan DC Jack  kepada kabel kuasa pada kamera dengan mengikut warna kabel (kabel merah dengan merah (L) dan kabel hitam dengan hitam (N) menggunakan connector). Kemasan pada penghujung kabel kamera boleh dikemaskan dengan menggunakan flexible pipe dan 4"x4" Box untuk meyorokkan kabel tersebuat.

Setelah selesai semua pendawaian dan pemasangan pada bahagian penghujung point, seterusnya... boleh meyiapkan di kawasan NVR dekoder, unit bekalan kuasa dan setup monitor.

Dibelakang NVR ada port untuk menyambungkan port untuk camera yang mana penebat luar di bahagian luar penyalut RG59 dibuangkan dan disambungkan dengan menggunakan BNC Connector sebelum disambungkan pada port NVR. Seterusnya pada kabel RG59 ada juga kabel kuasa yang mana akan disambungkan dengan unit Power Supply mengikut bilangan camera yang ingin dipasang contohnya:

  1. 5A, 12V    - pemasangan untuk maksimum 4 camera
  2. 10A, 12V  - pemasangan untuk 4/8 camera
  3. 20A, 12V  - pemasangan untuk 8/16 camera
  4. 30A, 12V  - pemasangan untuk 16/32 camera
source: google


Pada Unit Power Supply ada label Live(L) - kabel warna merah/coklat, Neutral (N)- kabel warna hitam/biru, Earth (E)- kabel warna hijau/hijau-kuning sambungkan dengan punca bekalan dengan menyambungkan dengan wayar Trico dan Plug Top yang akan disambungkan dengan punca elektrik untuk menghidupkan Unit tersebut sekaligus memberi kuasa pada litar camera berfungsi.

Seterusnya, di unit CCTV Power Suply yang digunakan ialan 10A,12V... ada label terminal 2 point terminal V+ dan2 point terminal  V- yang bermaksud:

  1. V+ = sambungkan pada terminal semua kabel VDE iaitu kabel kuasa yang berwarna merah yang mana boleh diagihkan sama banyak jika terdapat 2 point terminal iaitu jika ada 4 camera bermakna akan ada 4 kabel merah sebanyak 4 boleh, so setiap terminal V+ ada 2 kabel merah disambungkan.
  2. V- = disambungkan kabel dari point camera yang berwarna hitam dibahagikan sama rata mengikut terminal.
Paparan NVR dekoder pandangan depan dan belakang


Kemudian, sambungkan Kabel adapter kepada NVR dari set unit yang diberikan dalam kotak untuk kabel kuasa. dan sambungkan kabel VGA/HDMI dari NVR ke TV untuk setup dan melihat recording CCTV.

Seterusnya, setupkan  view pada TV pemapar dengan buat tetapan seperti ayng dipaparkan di skrin selepas NVR decoker dan sumber kuasa di onkan. setkan password untuk sistem CCTV anda seperti arahan pada skrin. Untuk start-up password pastikan anda tanya semasa membeli set CCTV memudahkan untuk anda membuat tetapan nanti.

Paparan skrin CCTV yang utk start-up dan selepas start-up

Akhir sekali, adjustkan camera di setiap point untuk captured kawasan yang anda mahu perhatikan... pastikan kawasan yang disetkan adalah jelas dan sesuai dengan tujuan pemasangan CCTV anda.

Finishing CCTV yang siap dipasang



Sebagai nota tambahan, anda boleh captured pencuri dengan menggunakan camera CCTV jenis ColorVU yang mana ada fungsi siren/alarm yang built-in. Kamera jenis Dome biasanya dipasang di dalam rumah dan kamera jenis Bullet dipasang di kawasan luar rumah. Malah, anda bole link untuk view/ monitor rumah anda secara web/phone dengan melalui internet

Jumlah kos pemasangan CCTV jenis IP Camera iaitu 2 Dome + 2 Bullet ialah:

Bil
Item
Harga
1
Complete Set HikVision 4 Camera,  Set termasuk :
              i.   12V power supply 10A
             ii.    RG59+VDE cable 100m
           iii.   4 camera
           iv.   NVR+Tetikus
            v.   Hardisk 1TB
           vi.   BNC Connector
         vii.   DC Jack
RM650.00 (PROMO)
2
Kondiut/ Casing 1” (ikut jarak)
RM70.00
3
Paku
RM10.00
4
Flexible Kondiut
RM10.00
5
Enclosure Box (jika perlu)
RM5.00 seunit
Jumlah Projek (tidak termasuk Box)
RM740.00


Pesanan Ringkas,
Dinasihatkan jika ingin membuat pendawaian dan pemasangan CCTV perlulah ada ilmu pendawaian elektrik.... jika tidak pasti belajarlah sehingga yakin dimana - mana pusat kemahiran jangka pendek yang bersesuaian bagi apa - apa sahaja kemahiran asas.

Sekian,

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...