See Me!

Tuesday, 30 August 2016

Month of Happiness


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syukur sangat... bulan ini, aku telah dapat banyak sangat berita gembira dan tuah yang melimpah-limpah yang hadir tanpa diduga dan disangka.

Berita pertama,
Pada bulan Ogos ini, pihak PERKESO telah memberi bonus  untuk kali kedua bagi tahun kedua perkhidmatan yang mana nilainya agak lumayan yang tidak pernahku dapat di temapat kerja yang pernah berkhidmat sebelum ini. Bolehlah ku buat persediaan untuk kelengkapan rumah baru....syukur sangat-sangat.

Berita Kedua,
Bulan ini aku telah berjaya submit dissertation report untuk format dan plagiarism checking di UNITEN, insyallah tidak ada apa-apa masalah bulan depan (September 2016) aku akan Viva sebagai melepasi proses ini untuk menamatkan pengajian Master aku sepenuhnya dengan lulus...harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya menggengam segulung master (Sarjana). Sekarang ini, sedang pulun untuk hantar hardcopy untuk semakan external examiner sebelum dipanggil viva session.

Terima kasih juga kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana menaja geran penyelidikanku dalam tajuk "Power System Stability with injection of Solar PV Penetration" dan juga kepada supervisor aku serta UNITEN kerana melantikkan aku jawatan sebagai 'Post-graduate Research Assistant' dapatlah aku merasa manfaat macam orang lain rasainya. Alhamdulillah.

Berita Ketiga,
Yang ini berita biasa jer sebab aku telah beli set SKYBOX/OPENBOX V8Se untuk tengok semua siaran astro dengan startup box RM240 termasuk free 3 bulan langganan dan setiap langganan   sahaja dari kena bayar astro beratus-ratus. Kena lah berjimat-jimat yelah dah ada rumah dan macam-macam lagi kena fikir selepas ada rumah hehehehe.

Harga set box ini aku dapat setelah aku research banyak blog dan memperolehi maklumat dari penjual dan ini yang termurah.........TAPIIIII


Tapi anda perlu berhati-hati bila membuat urusniaga secara online, memanglah aku dapat harga RM240 siap free 3 bulan dari syarikat yang aku beli jika hendak dibandingkan dengan pakej yang aku dapat dari blog lain dengan harga RM330 (siap wifi adpter dan free 1 bulan). Apa yang penting anda perlu pilih penjual yang betul2 komited dan jujur sebab jangan tertipu macam saya.

Saya mendapat set box saya selepas 1 minggu membuat bayaran padahal yang dijanjikan adalah sekitar satu atau dua hari sahaja...bukan jauh pun penjual dari Johor Bahru sahaja. Dah lah lambat tetapi penjual ini berdiam sahaja, saya tanya baru di bagi tahu dengan pelbagai alasan. Bagi tahu dah pos tetapi tak sampai-sampai juga tracing number pon tak berani bagi sampai la saya memberi amaran jika tidak dapat set box saya sekian hari saya akan laporkan pada tribunal pengguna...terus keesokannya terus sampai.


Tragis beli barang online dengan penjual....so korang hati-hatilah apabila berurusniaga dengan orang yang macam ini dan simpat transaction komunikasi dan bayaran bukan apa mudah untuk buat laporan supaya mendidik penjual online terutamanya berilmu, ikhlas, jujur dan memberikan servis terbaik.


***Syukur Selalu***

Wednesday, 17 August 2016

Lets convert from EPF (KWSP) conventional to Shariah Compliance


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jom jom TUKAR dari KWSP konvensional ke KWSP berlandaskan Shariah....Saya sudah anda bila lagi????...just untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serba sedikit ....hanya untuk peringatan diri sendiri dan kepada yang berhajat supaya bekalan dan simpanan hari tua dilaburkan berlandaskan shariah.

Senang jer nak convert hanya bawa IC sahaja....mudah dan cepat :-)

Ini serba sedikit info berkenaan KWSP Shariah:

Gambar 1: Ciri - Ciri KWSP Shariah

Gambar 2: Operasi KWSP Shariah
sumber:laman we KWSP


Thursday, 4 August 2016

Vacation at Langkawi - Day 3 -Day 4 (30-31/07/2016) - Part 2


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari Ketiga - 30/07/2016 (Sabtu)
Kami keluar dari hotel sekitar jam 9.00am untuk breakfast iaitu di Restoran Terong terletak berdekatan dengan hotel kami. Specialnyer kedai ini adalah nasi lemak dan juga roti serta kebab dia...so korang kena cuba tau!
Gambar 1: Entrance Terong Restaurant

Gambar 2 : Happy Food

Hari ini juga kami, kami survey2 coklat-coklat murah dan juga perkakasan pinggan mangkuk. Disini aku apa lagi dapat lah grab satu steamer berharga RM59.00 (2 tingkat jer...senang nak bawa balik hehehe) tak tahulah mahal atau murah tapi bagi aku agak affordable price di kedai RAMs berdekatan dengan hotel penginapan kami.
Gambar 3: Kedai Coklat dan perkakasan Rumah RAMs

Selepas itu, kami menuju ke arah Pekan Pantai Cenang yang mana tempat tarikan utama yang mana popular sehingga aktiviti malam yang hidup sehingga ke pagi di kawasan ini. Dalam perjalanan, kami singgahlah kedai pembuatan gamat nusantara serta melihat cara mereka memasak gamat...yang pasti di kedai ni mahal juga barangan dia so kami tidak beli disini...just melihat-lihat sahaja.

Gambar 4: Tempat Pembuatan gamat Nusantara
Kami juga singgah di Beras terbakar, tempat yang popular dikalangan pelancong.... kami melihat perumahan dan kawasan beras terbakar yang telah di artifak kan. Disini juga ada pelbagai jenis kedai menjual pelbagai pakaian, batik dan hasil gamat....sempatlah juga aku grab ubat resdung 3 botol berharga RM12.00 dan serbuk resdung RM10.00.

Gambar 5: Entrance Rumah Beras terbakar
Dalam perjalanan ke pantai Cenang kami singgah sekejap untuk makann Laksa Ikan Sekoq yang popular (wajib try ye) berdekatan dengan lapagan terbang betul-betul tepi pantai ...best woo ..... makan tepi pantai yg indah dibawah pohon asmara hahahahhaa sambil melihat kapal terbang berlegar di luar legar tempat kami makan.
Gambar 6: Lori laksa Ikan Sekoq

Gambar 7: Posing sebelum bergerak ke Pantai Cenang

Gambar 8: Makan Laksa Ikan Sekoq dibawah Pohon Rendang

Di Pekan pantai Cenang. pelbagai kedai bebas cukai popular antaranya The Zone, Cocoa land, dsb serta sukan air. Tujuan kami ingin ialah untuk ke Laman padi...tetapi masa kami ke sini padi bukan musimnya so terpaksalah cancel....kami pun bergeraklah pulang selepas pergi jalan - jalan di kedai bebas cukai dan juga pergi ke Cenang mall yang popular. 

Di Cenang mall kata orang kena pergi tetapi bagi aku biasa sahaja tiada apa tarikan yang tersangat best pun. Cuma apa yang kami tertarik di kedai summit ada jual minyak wangi yang affordable price...so apa lagi aku grab la 2 botol minyak wangi botol kecil dan botol besar; Botol besar jenama il Fragrance berharga RM99.00 100ml (kotak corak army warna hijau memang aku suka baunya..lagipun susah untuk jumpa brand ni dimana-mana) dan botol kecil 5ml jenama Mont Balank legend berharga RM10.00...puas hati dapat beli bau dia memang besttttt.
Gambar 9: Ais Krim Gulum@The Zone berharga RM12.00

Pada sebelah Petang, sekitar jam 6.00pm, kami ke pasar malam pekan kuah yang dikatakan yang terpanjang di Langkawi... so kami jalan di sepanjang pasar malam sambil membeli...so aku sempat lah grab seluar untuk mandi mandi di Highland Hoping keesokkan harinya.

Pada malam, sekitar jam 9.00pm  kami ke Pekan Cenang.... tahu tak sebab apa kami pergi ke sini...apalagi pergi try massage la(sebab kawan aku memang gila massage aku biasa2 jer...dengan kata lain kurang suka sangat)...kononnya aku nk massage kaki jer...sebab macam terasa badan letih sangat berjalan so aku subscribelah full body massage tapi mahal gak kt kedai yang aku masuk ni berharga RM90.00...untuk group aku yang lain pergi tempat lain hehehehe.....

Gambar 9: Pemandagan Mlam Pantai Cenanag Sebelum Ber massage

Hari Keempat - 31/07/2016 (Ahad)
Hari Ini kami bangun awal sebab nak breakfast di pasar Pekan Kuah...tetapi macam biasalah aku ni alergi pada pasar tak kisah lah dia bersih atau apa....kalau kurang bersih lagi lah aku stress hehehe...tapi kalau kotor lagi la aku alergi silap-silap aku dok luar jerr or dlm kereta...tapi pasar pekan kuah ni agak bersih la....siap ada kedai makan....aku just makan roti canai sahaja yang lain paham-pahamlah ye....tapi kalau korang okay just go....Kami survey tiket Highland Hoping di Jeti langkawi dan bergambar sebentar di Dataran Helang yang mana ketika ini  kerja-kerja penambahbaikan sedang dijalankan.
Gambar 10 : Sign of Dataran Helang


Gambar 11: Posing Jap kt Belakang Helang Langkawi


Gambar 12: Handsome Tak???


Gambar 13: Macho Nyer aku hehehehe


Gambar 14 : Kacak Wooo...Nampak Slimmm


Gambar 15: Peace Yooo

Selepas bfast di pekan Kuah, kami shoppingggggggggg. Group aku yang lain hendak shopping dekat dengan hotel kami sebab agak murah juga di RAMs....tetapi aku biasalah...aku lebih suka kat tempat yang aku boleh membeli belah dengan membuat perbandingan harga serta boleh membuat pilihan di area pekan Kuah dekat Jalan Pandak Mayah, Pekan Kuah sebab disini banyak kedai coklat, minyak gamat dan pelbagai kedai-kedai bebas cukai.. Ini senarai yang aku sempat grab:

i. Minyak Gamat Salju - RM9.00 untuk 12 botol
ii. Minyak Serai Panas - RM6.00
iii. Coklat Guylian, Teblerone, Hershey's, Daim, Reese, Whitetakers -

Jumlah semuanyaa RM235.00

Akhir sekali aku ke kedai RAMs dekat ngn hotel aku sebab nak beli minyak wangi Bvgari original katanya berharga RM230.00 tak tahulah murah atau tak...tapi belilah sebab aku pon bukan penggemar yang tersangat minyak wangi silap-silap bertahun baru abis kot...rasa harga macam murah dan bau sedap beli jer setelah compare harga beberapa kedai tambahan lagi dapatlah free perfume jenama Tommy jenama 5ml (boleh pilih bau ye ikut anda).


Jommmmmm Highland Hopingggggggggg - RM35.00 (termasuk life jacket - RM5.00)
Gambar 16; Macho tak???

Gambar 17: @ Jetty Kuah

Gambar 18: Group Photo @ Jetty Kuah

Gambar 19: Dah Nak bergerak ke First destination of Highland Hoping

i) Pulau Beras Basah
Disini kami mandi pantai di Beras Basah...pasir dia sangat cantik tapi tidak dapat sangat tengok hidupan laut sangat sebab pergi petang ....tapi best juga mandi kt sini...siapa penggemar sukan laut bolehlah main...tapi masa kami hendak main parasailing tapi keadaan cuaca petang tue tidak berapa baik .... so tak dapatlah....sebab kalau hendak main parasailing angin kena kuat baru best untuk terbang hehehhee

Gambar 20: Sigboard Beras Basah Island


Gambar 21: Me with Life Jacket


Gambar 22: Ha!!!!


Gambar 23: Machonyerrrr kah3


Gambar 24 : Senyum Lebar di jeti Pulau Beras Basah
Gambar 25: Group Photo @ Beras Basah Island

ii) Eagle Feeding
Wow kt sini korang kena pergi tau sebab...ley tengok pelbagai jenis helang dari kecil hinggalah yang besar...sambil helang-helang tu menyambar makanan isi kulit ayam bersalut tepung di permukaan air...banyak juga helang dan juga bot-bot yang berhenti untuk melihat helang di kawasan langkawi ini.

iii) Tasik Dayang Bunting

Dalam Perjalanan ke tasik ini, kami ditunjukkan oleh pemandu bot bentuk gunung yang berbentuk seorang manusia yang merupakan perempuan mengandung hehhehe lebih kuranglah ceritanya yang mana terkena sumpahan sang kelembai...hendak tahu cerita sebenar google la ye... Untuk masuk ke sini perlu bayar RM3.00 dan masuk tandas RM1.00 ye...mahal gak toilet dorg. Setibanya di kawasan tasik dayang bunting setelah melalui laluan kaki bertangga yang ada naik dan turun yang agak curam...so hati-hatilah ye, terutamanya beruk di kawasan ini yang bila-bila masa akan merampas barangan yang dibawa anda untuk di bedallllllll...so hati-hati yeeee. 

Di sini, disebabkan sudah petang kami tiba disini, kami dapat special rental rate untuk Swan Duck dan kayak dengan staf yang peramah giler...so kami gilir-gilir main sambil tukar-tukar so dapat naik dua2 sambil berjimat. Pengalaman yang best dan first time naik kayak dan Swan Duck....jauh juga aku kayuh  sampai penat kaki mengayuhhh hehehehe....kena try tau korang berkayak dan berswan duck di tasik niiii. Di sini juga ada ikan keli so ley rasa geli-geli ikan keli ni gesel kaki anda dibelakang pondok rental solar bot.

Gambar 26: Dayang Bunting Marble Entrance

Gambar 27; Posed jap kt Signboard Tasik dayang Bunting

Gambar 28: Tasik dayang Bunting

Gambar 29: Naik Swan Duck

Gambar 30: Berenang@Tasik Dayang Bunting Dengan Kedalaman minimum 9m

Gambar 31: Peramah pekerja niiii

Gambar 32: Group Photo@Tasik dayang Bunting

Gambar 33: ermmmm

Gambar 34: Nice sHOT

Gambar 35; i AM @ tASIK DAYANG bUNTING

Gambar 36: Melompat lebih tinggi@Tasik Dayang Bunting

Selepas turun dari jeti, kami mengambil coklat yang kami tumpang di hotel yang kami menginap sebelum ini. selepas itu, kami terus menuju ke airport sebab flight pukul 10mlm lebih tetapi kami sempat singgah makan di restoran berdekatan airport untuk makan kasi kenyang sebelum naik flight...so selepas naik flight apa lagi posing terakhir di langkawi sebagai kenangan berada disini.

Gambar 37: Perjalanan Pulang ke jeti kuah


Gambar 38; Sexy nyer posed sabar....


Gambar 40: Posed berlatarbelakangkan dataran Helaang dari Bot


Gambar 41: Posed jap di Flight AirAsia


Gambar 42; Pose sebelum berlepas dari Langkawi

Total perbelanjaan aku adalah sekitar RM1, 000.00 biasalah dah sampai sini belanja sakan lah aku...tapi budget ini boleh jadi kurang kalau korang tidak banyak membeli macam aku....biasalah banyak membeli untuk diri sendiri terutama minyak wangi dan bekalan untuk keluarga serta rakan-rakan ofis sikit biasalah ramai sangat like kt FB so tak sedaplah kalo tak beli untuk dorg sebab dorg dah tahu aku pergi langkawi...yang pasti ikhlas ye...

Tamatlah hari Ketiga dan hari Kempat Vacation di langkawi.

Ini lah sedikit coretan sepanjang 4 hari 5 malam di pulau langkawi yang penuh Kenangan teringah...Tunggu Yeahhh coretan dari Krabi Thailang Pula tauuuuu

***sYUKUR sELALU***

Vacation at Langkawi - Day 1 -Day 2 (28-29/07/2016) - Part 1


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Today i will update for next the vacation is to Langkawi 28-31/07/2016 before going to next group vacation to Krabi, Thailand end of September 2016 by...

Hari Pertama - 28/07/2016
Hari Ini bertarikh 28/07/2016....aku ambil time off, balik awal sebab hendak bergerak dari KLIA2 ke langkawi kerana flight AirAsia rescheduled departure awal dari expected time; 9.45pm...Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-40minit sahaja dengan tiket flight berharga RM19.00 pergi balik tapi booking setahun awal lah...tetapi kena beli tiket flight baru sebab kena balik awal yang sepatutnya balik 2/08/2016 sebab ada kursus pada 02/08/2016....so kena la tambah RM79.00 still berbaloi.
Gambar 1: Sebelum naik Flight

Gambar 2: Sebelum Naik Flight kami posed jap

Setiba nya di Airport Antarabangsa Langkawi sekitar 10.30pm.... aku terus bergambar dengan berlatar belakangkan flight AirAsia..ini kali kedua aku ke sini...last tahun 2013 sebab kursus SIRIM ketika itu.
Gambar 3: Pose jap ngn AirAsia Airline
Selepas itu, kami mengambil kereta sewa myvi auto beharga RM200.00 untuk 4 hari kami disana dari 28-31/07/2016 berbaloi juga harganya murah dan kereta juga kondusif sebab kereta baru.....Kemudian, Kami google tempat makan best di sekitar airport so jumpalah kedai Halim GP Gulai Panas Airport...memang terbaik....korg kena pergi jika datang ke sini ye...hargapun affordable tau yang pasti sedap giler gulainya.

Gambar 4: Pose depan kedai Halim GP Gulai Panas Airport
Gambar 5 : Makan Gulai Panas powerrrrrr
Penamat program hari pertama malam itu, kami check-in  di Island Time Motel berharga RM50.00 semalam...boleh tahan la tapi untuk budget vacation atau backpacker bolehlah ke sini.... tapi kalo nak selesa pi stay di DeBaron Hotel belakang motel ni sahaja tapi harga paham2 la....Motel kami dekat dengan jeti, pekan Kuah (coklat & barangan pinggan magkuk banyak jual disini), dataran helang dsb...

Hari Kedua - 29/07/2016 (Jumaat)
Hari ini kami banyak fokus berjalan di area SKYCAB area Gunung Mat Chincang.....disini banyak tarikannya yang mana perjalanan ke sini dari pekan kuah sekitar 30 minit itu pun drive santai-santai sahaja. kami juga sempat makan dekat kedai nasi campur popular kedai Kak Yan...menu di sini memang banyak....dan harga yang berbaloi-baloi.
Gambar 6: Kedai Nasi Campur kak Yan, Ulu melaka

Disini banyak juga kami berhabis duit untuk masuk taman tema disini termasuk sempatlah aku grab 3 keping gambar berharga RM35.00 semuanya itupun setelah tawar menawar.
Gambar 7: Entrance Oriental Village untuk ke SkyCAB

Gambar 8: SkyCAB Entrance

Gambar 9: Pose dekat jambatan Payung tergantung

Gambar 10: Bergambar jap di kedai karaftangan

Gambar 11: Handsome tak???

Antara taman tema di kawasan SKYCAB yang kami masuk adalah:

SKYCAB Combo B (Skycab + SkyDome +SkyRex + 3D Art Museum) - RM57.00

i] SkyCAB Cable car

Disini kami naik SkyCAB Cable car untuk ke tempat tinggi iaitu puncak gunung Mat Chincang ada tiga tingkat la wooo...memang best giler terutama pemandangan perjalanan yang panjang dan yang kelakarnya ada ahli group kami yang menjerit terutamanya yang perempuanlah sebab gayat tempat tinggi dan terutama apabila dengar bunyi Cable Car bergegar semasa menaiki kawasan tinggi dan curam....sepanjang di atas kami menyewa binocular berharga RM10.00 untuk 2 unit.
Gambar 12; SkyCAB Cable car Gondola

Gambar 13: melompat jap dekat Check Point SkyCAB Cable car
Gambar 14; Pemandangan atas bukit mat chincang 

Gambar 15; hehehehe posed jer keje aku

Gambar 17: Pemandangan dari menara tinjau

Gambar 18: Pemandangan berlatarbelakangkan SkyCAB Cable car
ii] SkyDOME

Sebelum menaiki Sky Cable car kami dihidangkan dengan short movie di SkyDome...tapi yang tidak bestnya movie die sangat pendek tetapi sinematografi dia terbaik lah........

Untuk pergi ke SkyBridge, anda kena naik guna SkyCAB Cable Car....tapi untuk pergi ke SkyBridge perlu bayar lainlah sebab perlu naik kenderaan ke situ untuk melihat pemandangan yang cantik jika tidak jalan disusur kaki free jer dan jambatan gantung yang agak panjang dan menarik giler...tiket SkyGlider berharga sekitar RM15.00.

iii] SkyBridge

Pemandangan di SkyBridge memang terbaik...cantik sangat lah dengan perjalanan di jambatan yang terbaik...sebab jambatan dia tinggi dan bagi mereka yang jarang melakukan aktiviti ini pasti anda akan gayat tetapi for sure ianya menyeronokkan dan meninggalkan banyak kenangan terindah <<<<< lagu samsons.
Gambar 19: Nice post dari SkyCAB photographer

Gambar 20: Lompat lagiiiiii

Gambar 21: Berdekatan pemandangan gunung-ganand di SkyBridge

Gambar 22: Aku di SkyBridge

ii] SkyRex

Disini kami dihidangkan dengan movies dinosaur...memang tip top dan terbaik.....korang kena masuk SkyRex ni tau sebab first time aku masuk memang aku teruja gila....kalau nak rasa apa yang aku rasa korang rasai keseronokannya sendiri yaaa...yang pasti SkyRex lagi best dari Shrek 4D Movies yang pernah aku masuk di Universal Studios Singapore tahun 2010.
Gambar 23: Naik Pesawat SkyREX...best woooo

ii] 3D Art Museum

Di sini, bagi yang kaki gambar yang pelbagai angle...korang kena masuk museum ini pasti korang akan teruja sangat dengan pelbagai image dan sinematografi yang korang boleh pose ikut korang bagi menghasilkan gambar yang cantik dan hasil terbaik yang pasti korang kena pandai ambil angle gambar dan jika boleh bawalah DSLR korang pasti kualiti sangat tip top punya.
Gambar 24: Otw ke 3D Art Museum

Gambar 25: Gambar candid

Gambar 26: Love at SkyCAB@Langkawi

Gambar 27: Meluncur jap

Gambar 28: Rehat jappppp

Gambar 29: Aku dalam Botol gergasi

Gambar 30: Famous Jap...ramai amik gambar den

Ada juga beberapa tempat yang kami tidak masuk sebab kami masuk yang mana kami rasa best dan kami teruja dan yang paling penting tengok pulus korg juga yeahhhhhh.......Selepas balik dari SkyCAB area Gunung Mat Chincang...kami berehat awal selepas makan malam sebab penat sangat seharian di kawasan SkyCAB...sebelum merancang perjalanan seterusnya keesokkan harinya.


Tamatlah hari Pertama dan hari kedua.

***sYUKUR sELALU***


Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...