Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Syukur Ke hadrat Ilahi, Tahun Ini Adalah Tahun Yang Paling Cemerlang bagi diriku ianya bukan untuk aku riak pada pembaca blogger tetapi hanya untuk kepuasan diriku dan dicoretkan dalam blog ini sebagai memori kenanganku sahaja.
Terlalu banyak untukku coretkan tetapi hanya aku ambil yang penting sahaja mengikut susunan yang paling baru sehingga yang terdahulu.
1. Master Viva
Alahamdulillah aku telah selamat menghabiskan secara sah selepas berjaya lulus dalam ViVA Presentation pada 10/11/2016 dengan jayanya tetapi dengan minor correction yang mana tarikh ini tidak akan aku lupakan dari lubuk ingatanku...biasalah orang melayu macam aku english teruk kannn tambahan sekolah kampung tetapi dengan kesabaran dan tekad aku berjaya juga akhirnya....Dalam sesi viva banyak juga unpredictable question raised up by examiner tambahan examiner yang bukan dari expertise areasdalam bidang penyelidikanku but my supervisor just smile at the side corner waiting my best answer all the queries tetapi nasib baik dapat chairperson yang aku kenal iaitu ex-lecturer subjek Power Protection system course dahulu yang cool and steady person.
Sebelum Presentation, Pictures Taking by COGS Personel |
Alhamdulillah, selepas presentation...lama juga menunggu untuk sesi perbincangan antara all examiner, chairperson serta supervisor aku and then... come up with one decision of my viva/completion study status... Akhirnya, Alhamdulilah jawapan yang agak terkejut dan rasa hiba bila mendengar dari chairperson memaklumkan aku lulus VIVA...Ameen tidak terhingga kerana beban yang ditanggung selama 3 tahun, thanks juga pada supervisor aku yang memberi grant FRGS dari KETTHA-KPT dibawah kementerian pengajian tinggi... Tambahan lgi, supervisor aku punya quality standard juga sangat tinggi untuk memenuhi ruang lingkup grant tersebut...tambahan dapat berita terkejut dilantik sebagai Post-graduate Research assistant supervisor aku...Ameen tidak terhingga...Syukur Alhamdulillah Ya Allah.
2. Supervisor yang Terbaik
Alhamdulillah aku selamat menamatkan pengajian Master Kejuruteraan Elektrik, Syukur Ya Allah Ya Rabb. Setelah banyak dugaan dan ujian yang kau berikan untuk kutempuhi akhirnya dapat jua menamatkan pengajian aku dengan jayanya.
Kejayaan aku ini tidak akan tercapai jika tiada tulang belakang aku iaitu tidak lain dan tidak bukan, pensyarah/ supervisor aku sendiri yang sangat-sangat supportive in-term of knowledge sharing, guide dan moral support yang tidak putus-putus dan jemu dikala aku ingin jatuh serta pelbagai surprise gift yang diberikan untuk membantu aku untuk meneruskan semangat tanpa berputus asa. Thanks Dr. Halimatun atas panduan yang diberikan semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Dr. dan Moga Dr. dan keluarga diberi kesihatan dan dilindungi dimana sahaja Dr. Halimatu serta keluarga berada.
Tidak dilupakan berkat rezeki emakku, dan keluarga aku terlalu banyak dugaan dan cabaran yang aku tempuhi sehingga dipermudahkan segala urusan sehingga pelbagai kejayaan yang aku perolehi atas nikmat-NYA
Ameen.
Gambarku bersama Supervisorku>>> memberi semangat |
3. Anugerah Inovasi PERKESO
Pada tahun ini juga aku telah memasuki pertandingan Inovasi peringkat PERKESO 2016. yang mana team aku terdiri dari officemate aku dari Department of Vocational, Physiotherapy (SCI team) dan Case Manager.
Walau tidak menang first prizes, tetapi team kami hanya dapat menduduki tempat ke 6 dari 30 lebih penyertaan dari seluruh PERKESO. Malah, kami rasa berbangga sebab produk kami sudah terjual dan digunakan oleh UIA, Pesakit PERKESO dan juga peserta dari Wheelchair certification dari overseas.
Posed maut 3 Jejaka MASCIVOC Team |
Pre-preliminaries session |
Booth MASCIVOC at vivatel hotel, Kuala Lumpur |
Product tested by our KE Dato Dr. Azman during Final competition Day |
4. Kunci Milik Penuh Rumah Pertamaku di Usia 32 tahun (dah tua rupanya aku)
Alhamdulillah, Pada bulan Oktober 2016, aku berjaya mendapat kunci rumah secara penuh setelah menunggu rumah siap hampir 10 bulan dari tarikh permohonan rumah dan tarikh pinjaman rumah diluluskan sehinggalah rumah siap semuanya bermula Pada Bulan Disember 2015. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Ameen
banyak lagi urusan untuk aku setup/ melengkapkan rumahnya yang mana untuk memasang aksesori rumah, peralatan dan perabut untuk diduduki dengan selesa.
My Life and My Future Endeavor |
5. Kenduri Kahwin Anak Buah di Kuantan Sambil Bercuti
Alhamdulillah walaupun lambat untuk bercuti bersama keluarga, tetapi hajat aku untuk membawa keluarga bercuti tercapai juga walaupun hanya percutian yang singkat tetapi sangat puas hati dapat berkumpul bersama. Kami bercuti di Pantai Cherating, Tengok Santa naik Paramotor di pantai Cherating, Shopping di Pasar payang Kuala Terengganu dan Shoping Keropok Di pekan Kemaman
6. Selamat tahun Baru 2017
Alhamdulillah walaupun lambat untuk bercuti bersama keluarga, tetapi hajat aku untuk membawa keluarga bercuti tercapai juga walaupun hanya percutian yang singkat tetapi sangat puas hati dapat berkumpul bersama. Kami bercuti di Pantai Cherating, Tengok Santa naik Paramotor di pantai Cherating, Shopping di Pasar payang Kuala Terengganu dan Shoping Keropok Di pekan Kemaman
Shopping kt Pasar payang...Family Berhajat |
Posing jap di Bridge berdekatan Pasar Payang |
Perjalanan ke Kedai Makan Ikan Celup tepung |
Posed Lagi with Smile |
Kedai Adik Beradik Celum Tepung di Pantai Mengabang Teliput, Kuala Terengganu |
Hasil Tuaian hahha...kena beratur panjang giler |
Tunggu untuk ngappppp |
Syukur Tahun Baru makin menjelma...diucapkan selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini lebih suksess dan cemerlang dan dikukuhkan dari segi kerjaya dan kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
Terima Kasih Ya Allah Ya Rabb
***Syukur Selalu***