Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kami bergerak keluar awal dari hotel berdekatan Bandar Kuching, Sarawak untuk pergi ke Pasar Serikin yang popular dengan pelbagai jenis barang yang mana harga barang-barang disitu bolehlah berpatutan tetapi mengikut bajet anda ye...:-)
Di Pasar sarikin banyak lah aku grab membeli kira-kira habis juga duit aku sekitar RM200.00++, yang best dapat barang - barang yang aku hajati contohnya, beberapa t-shirt kenangan sarawak, samping dua pasang, beg troli untuk pack barang - barang yang semakin banyak, kain hela, kain pelikat, kain batik sarawak dan juga jubah untuk emakku.
|
Gambar 1: Suasana Pasar Serikin |
|
Gambar 2: Makan sebentar di pasar Serikin first time try |
Selepas itu Kami singgah sebentar ke Fairy Cave sebelum pulang ke Jeti Sarawak untuk beri cenderahati kenangan sebelum ke Sarawak Airport. Sempatlah kami bergambar disini yang mana diketika lawatan kami adalah penganut agama buddha sedang bertapa...tapi dengan menghormati kepercayaan mereka....kami tidak membuat bising dan bergambar secara berhemah di situ dengan mengambir beberapa shot gambar.
|
Gambar 3: Suasana Dalam Fairy Cave |
|
Gambar 4: Suasana Luar Fairy Cave |
Sebelum bergerak ke Kuching water front kami singah makan sebentar di tempat makan menarik di kuching tetapui tidak tahu nama kedai dan tempat just google terus jumpa tempat ini dan ramai juga pengunjung beragama islam yang mengunjungi kedai ini untuk menikmati juadah disini
|
Gambar 5 |
|
Gambar 6 |
Sebelum ke airport, aku singgah sebentar ke kedai untuk terebuk masin, bekalan untuk dihantar ke melaka secara pos laju serta kedai kek lapis mira yang agak popular di kuching berdekatan dengan kuching waterfront boleh ikut jalan darat dan juga boleh ikut jalan sungai dengan menaiki bot penambang sekitar RM2. Selain kedai kek lapis Mira banyak lagi kedai kek lapis yang popular seperti Kedai kek Warisan dan Dayang Salhah...nasihat pilihlah kedai yang halal ye.
|
Gambar 7: Kedai kek Mira |
|
Gambar 8: Berlatarkan Majlis Daerah Kuching jika tidak salah lah...lupa biasalah dah tua |
|
Gambar 9: Posed kejap selepas membeli cenderahati di kawasan Kuching Waterfront sebelum bergerak ke airport untuk ke kuching |
Seawal Jam 6 petang, kami tiba di Aiport Domestik Kuching untuk fly ke Sabah iaitu flight kami pada jam 9.00pm. Kami tiba di Kota Kinabalu sekitar 11.00pm...Setibanya kami di KK, kami menunggu kereta sewa yang kami sudah tempah untuk pergi check-in ke hotel di kawasan Inanan, Sabah untuk berehat setelah makan di sekitar bandar KK.
*** Syukur Selalu***