See Me!

Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Sunday, 5 June 2016

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 7; 20 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada Hari ini adalah hari terakhir aku di Sabah, kerana sekitar 9.00pm akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Melaka untuk pulang ke rumah masing - masing.

Selepas check-out awal dari Hotel Maju, Inanam Sabah, Kami makan dahulu di restoran Melayu berhadapan Hotel sebelum bergerak ke Jeti Jesselton untuk pergi snorkelingggg di 3 pulau sekitar 9.00am kami berkumpul di jeti tersebut yang mana harga pakej kami sekitar RM70.00 seorang untuk tiga pulau setelah dapat diskaun.

Dalam perjalanan, kami berkenalan dengan seorang pelancong luar negara dari Jepun menyertai kami dengan bot yang sama.
Gambar 1: Perjalanan snorkeling 3 Pulau untuk ditawan berlepas dari Jeti Jesselton

Tetapi yang bestnya, salah seorang kawanku bercakap Melayu dengan orang Jepun tu,....so apa lagi orang Jepun tu diam jer la sebab tidak paham...so aku kesian dengan kawan aku sebab macam tidak layan...aku apa lagi terus tolong tanya untuk dia dalam bahasa inggeris dengan bertanya "Where are you from sir?" dia pon menjawab dengan sopannya....dan disambung dengan gelak ketawa dengan kawanku berasa malu sebab bertanya dalam bahasa melayu tadi...so kami pun menyambung perbualan sehingga ke destinasinya.

Destinasi pertama kami ke pulau Gaya, 
Pulau ini agak cantik dan berdekatan pulau sapi yang mana di pulau yang kami akan memulakan aktiviti snorkeling. Aku agak tertarik dengan pulau gaya sebab banyak ikan kecil-kecil berkumpul di kawasan jambatan yang kami lalui.
Gambar 2: Melihat gelagat Ikan di Pulau Gaya
Gambar 3: Posed di Pulau Gaya Pulau Pertama
Gambar 4: Entrance
Gambar 5
Gambar 6: Peace Yoo

Seterusnya, kami bergerak ke destinasi kedua iaitu, Pulau Sapi
Dini memang terbaik untuk aktiviti snorkeling sebab ramai sangat pengunjung disini untuk snorkeling....disinilah aku baru nak belajar snorkeling dengan menggunakan life jacket dan alat snorkeling yang lain...berkali-kali juga tertelan air masin....sehinggalah makin expert sedikit untuk snorkeling....best wooo....dapat melihat batu karang dan juga hidupan laut yang cantik - cantik hasil ciptaan Allah s.w.t.

Gambar 7: Reminder
Gambar 8: Entrance Pulau Sapi
Gambar 9: Berehat jap selepas entrance Pulau sapi
Gambar 10: Welcome to Pulau Sapi
Gambar 11: Termenung Sebentar
Gambar 12

Disini juga ada set bufet termasuk dalam pakej yang kami ambil...makanan dia memamg terbaik lah, so kami makan la dulu sambil berborak dengan scuba trainer sebelum bergerak ke pulau yang terakhir, iaitu Pulau Manukan.

Di Pulau Manukan,
Di Pulau ini, kami rasa makin teruja sebab, pulau ini aku rasakan lagi cantik pemandangan dan kejernihan airnya setakat pulau-pulau yang kami sudah jejaki. Di pulau ini, kami teruskan aktiviti snorkeling sambil dibimbing oleh trainer tadi...freee wooo tapi sebenarnya dia soh masuk untuk pakej belajar scuba yang perlu dibayar...tapi biasa hari-hari terakhirkan....so kami pon sambung snorkeling. Aku pun semakin pandai snorkeling dan makin berani untuk menuju kawasan yang lebih jauh dari pesisir pantai.

Gambar 13: Entrance Pulau Manukan
Di perjalanan terakhir denggan menggunakan pesawat AirAsia, kami dapat merasa lah juga untuk hari terakhir penerbangan dengan merasa pesawat AirAsia yang terbesar yang agak selesa taklah sakit tengkuk kepala aku ni jika dibandingkan dengan hari pertama berlepas dari KLIA. Kami juga sempatlah bergambar sambil melihat muka masing-masing hasil penangan snorkeling di Pulau, Sabah.
Gambar 14: Posing sebelum pesawat berlepas ke KLIA
Gambar 15: Penangan snorkeling....Sunburn

Setibanya kami di KLIA2 sekitar 12.00am, semua kepenatan sebab jauh perjalanan di malam hari yang mana percutian kami pun tamat sepanjang hampir 7 hari lamanya. Selepas keluar dari pintu arrival di KLIA kami terus ke bahagian bagggage untuk ambil packing beg kami yang kami beli bekalan dari sabah selepas melalui perjalanan yang agak panjang sebelum tiba di tempat pengambilan baggage dan seterusnya meneruskan perjalanan untuk ke tempat letak kereta.

Setibanya kami di tempat parking kereta, kami pun masukkan barang dalam kereta dan mengambil tiket untuk bayar parking....setibanya di mesin tiket, kami pun memasukkan tiket parking untuk mengetahui jumlah berapa perlu dibayar....kami dikenakan sebanyak sekitar RM46.00 untuk lebih kurang 8jam itu pun setelah salah seorang teman vacation kami yang menyuruh kawan untuk membawa balik kereta untuk tumpang keretaku....jika tidak mesti caj lagi mahal dari RM46.00.....KLIA oh KLIA kenapalah mahal sangat


Berjumpa lagi di vacation yang seterusnya
Yang pasti sepanjang 7 hari percutianku...banyaklah juga duit aku habis sekitar rm2, 000.00 itu pun banyak habis membeli bekalan untuk sedara-maraku di Melaka..dan tiket hanya habis sekitar RM264.00 sahaja dari KLIA-Kuching-KK, Sabah-KLIA.

Thanks and as salam

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 6; 19 April 2016)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Di hari kedua terakhir, kami pergi ke Kundasang untuk melihat sunrise yang mana kebanyakkan pengunjung mengatakan sangat cantik pemandangan sunrise disini yang mana kami menginap di 88 lounge di Kundasang. Di malam hari, aktiviti kami bermain jutaria sehingga masing - masing keletihan  sebelum tidur.

Gambar 1: Pemandagan gunung-ganang perjalanan ke kundasang, Sabah
Kami juga singgah di muzium rumah terbalik dengan bayaran RM15 dalam perjalanan ke sabah juga tapi tidak ingat di kawasan mana tetapi ianya ditepi jalan besar sahaja. Disini juga ada muzium 3D agak mahal juga tetapi boleh masuk jika berkenan dan juga disini ada gerai cenderahati jual disini sebagai ole-ole kenangan.

Gambar 2: Muzium Terbalik

Gambar 3

Selepas kecewa melihat sunrise di sekitar pekan kundasang yang mana kami sudah salah pergi tempat yang sebenar untuk melihat sunrise...penat juga keluar awal pagi tu tapi kempunan....kami apalagi singgahlah pasar pagi di pekan kundasang untuk melihat apa-apa yang menarik untuk dicuba....tetapi dimataku tidak tertarik sebab tiada buah-buahan yang jarang dijumpai di semenanjung jual disini hehehe

Gambar 4: Pasar Pekan Kundasang


Gambar 5: Termenung Kejap sebelum masuk Desa Dairy Farm
Gambar 6: Aku

Gambar 7

Gambar 8: Abadikan disi di Desa Dairy Farm sebelum pulang ke Kota Kinabalu

Gambar 9: Training melompat lebih tinggi

Gambar 10: Peace yoo


Gambar 11: Kenangan bersama

Di sebelah petang, selepas check in di Megah inn Hotel, Inanam aku mencari kereta sewa untuk aku merayau-rayau seorang di malam hari bagi memudahkan aku membeli bekalan dari sabah untuk diriku dan keluargaku yang mana harga sewaan kereta adalah RM110 sehari. Aku Pergi Pasar Kraftangan, Pasar Kolam Air dan juga City mall serta shopping lain.

Gambar 12: City mall



*** Syukur Selalu ***

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 5; 18 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ini, kami dapat juga ke Muzium Marin UMS untuk melihat keindahan hidupan laut dengan tiket masuk murah sahaja iaitu RM5.

Gambar 1: Besarnya ikan

Gambar 2: Khusyuk betul


Gambar 3




Gambar 4
Gambar 5


Gambar 6 : Rangka Penyu

Gambar 7: Entrance masuk di Muzium Marin UMS



Gambar 8

Gambar 9: Posed kejap di hadapan Muzium
Gambar 10: Posed di Jeti Jesselton
Di Malam hari selepas mandi, kami bergerak untuk makan malam dan bershopping di sekitar Pasar Kraftangan untuk bekalan pulang ke semenanjung. Banyak jugalah aku berbelanja habis dalam RM150++ jugalah bermacam-macam, aku beli termasuk buah tangan orang di semenanjung termasuk yang mengirim buah tangan.


Gambar 11: Tempat kami memborong di Pasar Kraftangan

Gambar 12: Tempat Makan Malam  berdekatan belakang Pasar Kraftangan

Gambar 13: Makan Sampai Kenyang
Gambar 14: Suasana  hadapan kedai tempat kami memborong hasil laut di Pasar Kraftangan


Selepas pergi pasar kraftangan dan makan, kami singgah pula di Pasar Kolam air yang mana terletak bertentangan iaitu seberang jalan Pasar Kraftangan yang mana menjual barangan cenderahati seperti baju, kraftangan dan sebagainya.

Gambar 15 : Pasar Malam Kolam Air





*** Syukur Selalu*** 

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 3; 16 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kami bergerak keluar awal dari hotel berdekatan Bandar Kuching, Sarawak untuk pergi ke Pasar Serikin yang popular dengan pelbagai jenis barang yang mana harga barang-barang disitu bolehlah berpatutan tetapi mengikut bajet anda ye...:-)

Di Pasar sarikin banyak lah aku grab membeli kira-kira habis juga duit aku sekitar RM200.00++, yang best dapat barang - barang yang aku hajati contohnya, beberapa t-shirt kenangan sarawak, samping dua pasang, beg troli untuk pack barang - barang yang semakin banyak, kain hela, kain pelikat, kain batik sarawak dan juga jubah untuk emakku.
Gambar 1: Suasana Pasar Serikin

Gambar 2: Makan sebentar di pasar Serikin first time try

Selepas itu Kami singgah sebentar ke Fairy Cave  sebelum pulang ke Jeti Sarawak untuk beri cenderahati kenangan sebelum ke Sarawak Airport. Sempatlah kami bergambar disini yang mana diketika lawatan kami adalah penganut agama buddha sedang bertapa...tapi dengan menghormati kepercayaan mereka....kami tidak membuat bising dan bergambar secara berhemah di situ dengan mengambir beberapa shot gambar.

Gambar 3: Suasana Dalam Fairy Cave

Gambar 4: Suasana Luar Fairy Cave
Sebelum bergerak ke Kuching water front kami singah makan sebentar di tempat makan menarik di kuching tetapui tidak tahu nama kedai dan tempat just google terus jumpa tempat ini dan ramai juga pengunjung beragama islam yang mengunjungi kedai ini untuk menikmati juadah disini
Gambar 5

Gambar 6


Sebelum ke airport, aku singgah sebentar ke kedai untuk terebuk masin, bekalan untuk dihantar ke melaka secara pos laju serta kedai kek lapis mira yang agak popular di kuching berdekatan dengan kuching waterfront boleh ikut jalan darat dan juga boleh ikut jalan sungai dengan menaiki bot penambang sekitar RM2. Selain kedai kek lapis Mira banyak lagi kedai kek lapis yang popular seperti Kedai kek Warisan dan Dayang Salhah...nasihat pilihlah kedai yang halal ye.
Gambar 7: Kedai kek Mira
Gambar 8: Berlatarkan Majlis Daerah Kuching jika tidak salah lah...lupa biasalah dah tua

Gambar 9: Posed kejap selepas membeli cenderahati di kawasan Kuching Waterfront sebelum bergerak ke airport untuk ke kuching
Seawal Jam 6 petang, kami tiba di Aiport Domestik Kuching untuk fly ke Sabah iaitu flight kami pada jam 9.00pm. Kami tiba di Kota Kinabalu sekitar 11.00pm...Setibanya kami di KK, kami menunggu kereta sewa yang kami sudah tempah untuk pergi check-in ke hotel di kawasan Inanan, Sabah untuk berehat setelah makan di sekitar bandar KK.


*** Syukur Selalu***

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...