See Me!

Showing posts with label serikin. Show all posts
Showing posts with label serikin. Show all posts

Sunday, 5 June 2016

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 3; 16 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kami bergerak keluar awal dari hotel berdekatan Bandar Kuching, Sarawak untuk pergi ke Pasar Serikin yang popular dengan pelbagai jenis barang yang mana harga barang-barang disitu bolehlah berpatutan tetapi mengikut bajet anda ye...:-)

Di Pasar sarikin banyak lah aku grab membeli kira-kira habis juga duit aku sekitar RM200.00++, yang best dapat barang - barang yang aku hajati contohnya, beberapa t-shirt kenangan sarawak, samping dua pasang, beg troli untuk pack barang - barang yang semakin banyak, kain hela, kain pelikat, kain batik sarawak dan juga jubah untuk emakku.
Gambar 1: Suasana Pasar Serikin

Gambar 2: Makan sebentar di pasar Serikin first time try

Selepas itu Kami singgah sebentar ke Fairy Cave  sebelum pulang ke Jeti Sarawak untuk beri cenderahati kenangan sebelum ke Sarawak Airport. Sempatlah kami bergambar disini yang mana diketika lawatan kami adalah penganut agama buddha sedang bertapa...tapi dengan menghormati kepercayaan mereka....kami tidak membuat bising dan bergambar secara berhemah di situ dengan mengambir beberapa shot gambar.

Gambar 3: Suasana Dalam Fairy Cave

Gambar 4: Suasana Luar Fairy Cave
Sebelum bergerak ke Kuching water front kami singah makan sebentar di tempat makan menarik di kuching tetapui tidak tahu nama kedai dan tempat just google terus jumpa tempat ini dan ramai juga pengunjung beragama islam yang mengunjungi kedai ini untuk menikmati juadah disini
Gambar 5

Gambar 6


Sebelum ke airport, aku singgah sebentar ke kedai untuk terebuk masin, bekalan untuk dihantar ke melaka secara pos laju serta kedai kek lapis mira yang agak popular di kuching berdekatan dengan kuching waterfront boleh ikut jalan darat dan juga boleh ikut jalan sungai dengan menaiki bot penambang sekitar RM2. Selain kedai kek lapis Mira banyak lagi kedai kek lapis yang popular seperti Kedai kek Warisan dan Dayang Salhah...nasihat pilihlah kedai yang halal ye.
Gambar 7: Kedai kek Mira
Gambar 8: Berlatarkan Majlis Daerah Kuching jika tidak salah lah...lupa biasalah dah tua

Gambar 9: Posed kejap selepas membeli cenderahati di kawasan Kuching Waterfront sebelum bergerak ke airport untuk ke kuching
Seawal Jam 6 petang, kami tiba di Aiport Domestik Kuching untuk fly ke Sabah iaitu flight kami pada jam 9.00pm. Kami tiba di Kota Kinabalu sekitar 11.00pm...Setibanya kami di KK, kami menunggu kereta sewa yang kami sudah tempah untuk pergi check-in ke hotel di kawasan Inanan, Sabah untuk berehat setelah makan di sekitar bandar KK.


*** Syukur Selalu***

Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...