See Me!

Showing posts with label cukai. Show all posts
Showing posts with label cukai. Show all posts

Wednesday 2 March 2022

Pengisian dan Penghantaran Pengisytiharaan Borang Cukai Pendapataan LHDN Bagi Individu Bujang 2021/2022

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan bagaimana untuk mengisi dan menghantar borang pengisytiharaan pendapatan LHDN  bagi tahun 2021 yang mana tahun pengisytiharaan pada tahun 2022 yang mana bagi mereka yang sudah dan pernah buat akaun e-filing.

Portal LHDN Tahun 2022 banyak perubahan, tetapi bagi saya tetap samaiatu perlu bayar dan declare cukai pendapatan bagi pekerja yang wajib dikenakan cukai. Portal tersebut masih boleh ditambahbaik iaitu kebolehan memasukkan bukti resit untuk semua perkara yang diisytiharkan yang mana di dalam portal MASIH BELUM WUJUD di tahun 2022.

Di sini saya tunjukkan gambaran bergambar cara saya membuat pengisytiharaan menggunakan portal yang telah dikemaskini.

Pertama, anda perlu masuk ke laman web LHDN atau menggunakan link ini E-Filing. Apabila anda masuk ke link ini atau di portal E-Filing LHDN, paparan seperti dibawah akan dipaparkan. Anda perlu klik Log Masuk  di link yang tadi, kemudian anda boleh pilih sama ada ingin login menggunakan Kad Pengenalan/ No Passport/ No Tentera/ No Polis seperti ditunjukkan gambar dibawah:



Dalam kes saya, saya pilih untuk log masuk menggunakan No Kad Pengenalan, kemudian anda akan dibenarkan masuk ke paparan password yang mana anda perlu pastikan kod keselamatan adalah sah dan betul sebelum memasukkan password dan klik Hantar seperti ditunjukkan gambar dibawah:




Jika maklumat log masuk anda sah dan betul, anda akan disambung ke paparan Dashboard menu utama profil anda seperti ditunjukkan gambar dibawah. Dalam dashboard, anda boleh rujuk dokumen-dokumen  berkenaan pelepasan percukaian tahun semasa dan panduan yang terletak di sebelah kiri. Di bahagian tengah dashboard, memaparkan baki cukai jika belum dibayar, maklumat sekatan jika ada, jumlhan bayaran lebihan yang terdahulu dan juga infografik jumlah bayaran cukai tahun sebelumnya. 



Di ruangan status borang e-filing yang mana anda boleh klik tahun semasa untuk pengisytiharaan contohnya Tahun 2021. Selepas anda klik di borang tahun semasa, ianya akan disambung ke paparan seperti ditunjukkan digambar dibawah dan anda perlu pilih tahun semasa yang ingin diisytiharkan borang cukai di bahagian e-BE (jika tiada punca pendapatan perniagaan).



Di paparan Pertama, Selepas memilih tahun semasa percukaian, anda akan disambungkan kepada paparan seperti gambar dibawah. Maklumat profil asas seperti nama, no cukai, jantina, warnganenara dan lain - lain yang berkenaan akan dipaparkan. Hanya ruangan yang berwarna putih sahaja boleh ubah/ edit, Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.



Di skrin kedua, seperti ditunjukkan gambar dibawah memaparkan maklumat profil tambahan anda. Anda boleh edit/ ubah data di bahagian yang berwarna putih sahaja dan bahagian yang berwarna kelabu tidak dibenarkan diubah secara online. Di bahagian ini, maklumat seperti no telifon, maklumat bank dipaparkan jika ada lebihan/ terlebih bayar akan dikembalikan kepada pembayar cukai semula. Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.



Di paparan ketiga, seperti ditunjukkan gambar dibawah memaparkan maklumat penggajian yang mana boleh rujuk borang cukai pendapatan EA/ EC yang dikeluarkan oleh majikan anda untuk isi bahagian ini. Masukkan maklumat yang berkenaan sahaja seperti pendapatan kanun penggajian,  bilangan penggajian (jika kerja lebih dari satu syarikat dalam tahun semasa) serta maklumat lain yang berkenaan, boleh klik info untuk maklumat pengisian. Di bahagian bewarna kelabu akan secara automatik memaparkan apabila anda selesai masukkan maklumat penggajian. Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.



Di paparan skrin ke empat seperti yang ditunjukkan gambar dibawah, perlu masukkan maklumat semua jenis pelepasan percukaian yang telah dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia bagi tahun percukaian semasa yang layak bagi anda. Anda boleh rujuk malumat pelepasan percukaian yang disediakan di dashboard atau di laman web LHDN. 

Pastikan ruangan maklumat pelepasan percukaian perlu disimpan secara softcopy atau resit  fizikal dan perlu diisi dengan maklumat sahih dan bukti resit yang perlu disimpan (dalam kes saya perlu simpan 5 tahun, yang pernah hantar maklumat resit percukaian yang telah dihantar sebelum ini). 

Anda boleh isi ruangan pelepasan  dengan merujuk EA/ EC untuk mengisi bagi pelepasan cukai KWSP/ SOCSO/ Zakat dan lain - lain dokumen yang berkenaan seperti borang penyata tahunan insuran. Klik Seterusnya, jika ingin ke paparan seterusnya.




Di paparan kelima (rujuk gambar dibawah), memaparkan rumusan jumlah cukai yang telah diisytiharkan dan patut dikenakan bagi tahun semasa, yang mana setelah mengambil kira maklumat penggajian dan pelepasan cukai yang anda isi di paparan skrin ke 3 hingga 4 . Lebihan bayaran atau terlebih dibayar akan di paparkan di skrin ini yang mana anda boleh rujuk dip enjuru kanan bawah atau di sebelah kanan atas akan memaparkan makluman cukai terlebih bayar atau terkurang bayar. Jika anda terlebih bayar bayar, wang anda akan dikembalikan ke akaun anda dalam tempoh 7-14 hari jika mengikut kes saya sebelum ini dan jika terkurang bayar anda perlu membayar secara atas talian.



Di paparan terakhir seperti ditunjukkan gambar dibawah, memaparkan makluman nama dan no kad pengenalan untuk anda sahkan sebelum klik butang  Tandatangan & Hantar untuk pihak LHDN luluskan borang pengisytiharaan anda.



Selamat Mencuba

Ts. Sabar


Wednesday 27 December 2017

Jenis Bayaran Cukai Apabila Telah Memiliki Rumah




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dalam kes kali ini berkaitan cukai yang melibatkan rumah, semua jenis cukai yang perlu dibayar akan saya kongsikan dari pengalaman dan pengetahuan saya adalah mengikut lokasi rumah/ negeri iaitu untuk kes saya pembelian rumah saya adalah di Negeri Melaka, tempat Tanah Tumpah Darahku.



1. Cukai Taksiran Tahunan

Cukai taksiran atau cukai pintu adalah dua benda yang sama yang mana untuk negeri Melaka nilai cukai dikira sebanyak 20% dari nilai rumah yang dibeli yang mana perlu dibayar kepada Pihak berkuasa tempatan (e.g: MPHTJ, MPAG, MBMB,). Bayaran ini boleh dilakukan setahun sekali dan ada juga kelonggaran diberikan kepada yang tidak mampu dengan membuat dua kali bayaran tetapi jika lambat akan dikenakan caj lewat iaitu dalam RM23++. Apa yang diketahui bayaran ini adalah untuk menanggung kos penyelengaraan bandar/ kawasan seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya. yang mana untuk jenis kediaman saya yang dikenakan cukai taksiran adalah RM430 setahun boleh bayar dua kali setahun jika anda tidak mampu...Perlu bayar awal sebelum tempoh tamat bayar sebab jika lewat anda akan didenda.


Apa akibat jika tidak membayar Cukai Taksiran nie?

Jika anda masih lagi belum membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos waran sebanyak 10% atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan.  Waran ini membolehkan pegawai MPM diberi kuasa melaksanakan tindakan-tindakan berikut :


a) Merampas (menyita) harta mudah alih yang ada di dalam bangunan
b) Melelong bangunan / tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh pihak Majlis.


2. Cukai Tanah

Manakala Cukai Tanah adalah cukai atau bayaran yang dikenakan kepada individu yang mempunyai tanah persendirian yang tertakluk kepada pejabat Tanah Daerah/ Negeri. Cukai Tanah perlu dibayar sekali setahun dan ianya dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Bil Cukai Tanah berwarna Kuning. Yang mana caj Cukai tanah untuk keluasan 228m/segi dalam RM36.00 mengikut keluasan untuk setahun. Boleh rujuk laman wen https://ptg.melaka.gov.my/1/kadarcukaitanah.php

3. Cukai Indahwater/ Pembentungan

Caj yang dikenakan untuk quarterly adalah ~RM32.00 (RM8x4bln) iaitu setahun dalam RM96.000/setahun

4. Insurans Rumah

Anda juga dinasihatkan untuk membayar insuran rumah yang tidak dilindungi oleh MRTT/MLTT dalam kes saya sekitar RM702/setahun mengikut jenis insurans yang anda pilih serta mengikut agensi pilihan anda untuk coverage.



~End~

Recent post

Lawatan ke Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Gading dan Pasar Satok, Kuching, Sarawak

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebagai penutup tahun 2023, saya bercuti  dan menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Kuching...