See Me!

Showing posts with label pinjaman kereta. Show all posts
Showing posts with label pinjaman kereta. Show all posts

Monday, 12 July 2021

Penyelesaian Penuh Pinjaman Kereta, Semakan Harga Semasa Kereta Lama & Trade-In Matters etc.

 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit rumusan hasil dari menelaah berkaitan urusan jual beli, trade-in, penyelesaian penuh pinjaman, semakan harga semasa kereta dan sebagainya.


Sebelum saya lanjutkan perkongsian ini, saya galakkan anda untuk daftar di mana - mana kiosk Bank Negara Malaysia (BNM) atau di AKPK sebelum boleh login di >>> https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#! untuk memantau rekod kredit (eCCRIS) anda.

Bagi saya jika anda berfikir untuk jual atau trade-in kereta anda perlu sedikit ilmu yang mana perlu tahu perkara asas iaitu samada ingin:

  • menjual setelah full settlement untuk kurangkan bebanan
  • trade-in kereta lama dengan kereta yang baru
  • Pengiraan dan Harga semasa Kereta untuk dijual atau trade-in
  • Pengiraan berapa nilai deposit kereta baru bersama jumlah bulanan mampu bayar kereta baru


Pertama

Ianya adalah mudah jika membeli kereta baru/ trade-in kereta jika pinjaman kereta lama sudah dilangsaikan yang mana proses penjualan dan trade-in lebih mudah jika dibandingkan dengan yang masih ada baki pinjaman.


Bagi urusan penjualan/ trade-in kereta yang mempunyai baki pinjaman, seeloknya jualan/ trade-in perlu dilakukan selepas  4-5 tahun pinjaman berbayar bagi tempoh pinjaman 7 Tahun atau 9 Tahun dan lebih baik baki pinjaman adalah kurang dari 5 tahun jika tempoh pinjaman selama 9 tahun, boleh rujuk >>> https://www.carsome.my/news/item/tips-jual-trade-in-kereta-belum-habis-bayar. Ini adalah bagi mengelakkan penalti yang akan dikenakan oleh pihak bank yang mana  pinjaman yang perlu dilangsaikan jika ingin membuat full settlement di link >>> https://mypf.my/calculators/car-loan-settlement-calculator/ dan boleh juga rujuk mana - mana laman web lain yang berkenaan.


Kedua

Bagi memastikan harga pasaran kereta mempunyai nilai yang agak kompetetif, pastikan penjagaan (jadual penyelenggaraan) adalah di tahap optimum, bebas kemalangan, kerosakan fizikal yang ketara dan sebagainya. Antara faktor ini mempengaruhi penurunan nilai pasaran bagi urusan jualan/ trade-in kereta yang mana harga pasaran akan diambil oleh syarikat used car lebih rendah mengikut kondisi kereta dan nilai pasaran semasa. 

Jika harga kos membaikpulih lebih tinggi, tidak menguntungkan atau tiada impak besar, anda boleh sahaja trade-in kereta mengikut harga semasa bersama harga yang akan ditolak lagi mengikut kondisi kereta semasa anda.

Nilai anggaran harga pasaran kereta lama anda boleh diperolehi daripada syarikat used car atau sales advisor supaya anda boleh bajet untuk jumlah deposit untuk disediakan jika ingin mengambil kereta baru... antaranya RM4,000.00 - RM10, 000. Dalam pengalaman kes trade-in kereta saya yang sudah habis dibayar, syarikat used car ambil RM6,000.00 lebih rendah dari harga pasaran.

sumber: https://www.carsome.my/news/item/cara-mark-up-harga-kereta-terpakai

Anda juga boleh jual sendiri kereta  jika rajin memcari dan menguruskan jual beli kepada pembeli baru dengan harga yang dipersetujui.


Anda boleh semak harga pasaran di kebanyakan website secara kasar sebelum nilai sebenar boleh diperolehi melalui syarikat yang anda pilih untuk trade-in. Contoh website untuk semak harga semasa kereta anda anda secara percuma boleh klik di link ini >>> https://www.oto.my/tool/car-market-value-guide/ atau mana-mana laman carian used car seperti mudah.my / motortrader / carsome dan sebagainya.


Itu sahaja perkongsian kali ini dari ringkasan pemahaman saya.

Sekian.




Wednesday, 30 June 2021

Proses Pembelian Kereta Baru Dan Trade-In Kereta Lama


 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rasanya agak lama sudah tidak kemaskini blog ini. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan pembelian kereta baru dengan trade-in kereta lama saya.


Pertama,

Pastikan anda buat kajian secara menyeluruh dari segi kemampuan dan keperluan untuk bertukar kereta terutamanya semasa pandemic COVID19 masih belum reda lagi. Tujuan saya menukar kereta adalah kerana kereta yang diguna sekarang sudah terpaksa ditukar dan mula timbul pelbagai masalah yang agak kerap dan kos penyelenggaraan meninggi.

Pastikan tujuan paling kuat untuk membeli/ memilih kereta baru dengan mengikut kemampuan bukan kemahuan. Pastikan bulanan mampu dibayar dan mengikut jumlah deposit kereta baru termasuk harga trade-in kereta lama yang boleh dikeluarkan bagi meringgankan bulanan pinjaman anda. Kaji juga baik buruk model kereta yang ingin dibeli ye untuk kepuasan anda juga.


Kedua,

Saya membuat survey berapa dealer bagi pilihan jenama kereta yang sama dan juga jenama kereta lain yang termasuk dalam senarai pilihan.


So, saya sudah membuat pilihan dari satu jenama bukan dari Malaysia. 

Kemudian, saya memilih sales advisor selepas buat sedikit semakan profil bagi  urusan pembelian kereta dan urusan trade-in kereta. Disini anda boleh tanya semua pertanyaan berkenaan kereta yang anda kehendaki termasuklah rebat, sales tax, insuran, interest bank dan sebagainya. Pastikan kalau boleh sales advisor boleh mencari bank yang boleh memberi interest bank yang terendah sebab itu menentukan jumlah pinjaman bulanan kereta anda. 

Pastikan anda menyuruh sales advisor menyediakan beberapa anggaran kos mengikut jumlah tahun pinjaman (5/ 7/ 9 tahun) yang anda mahukan sebelum membuat keputusan termasuklah setelah menolak semua rebat jika ada, trade- in kereta dan kos-kos lain yang layak seperti yang diberitahu oleh sales advisor termasuklah perpindahan NCD kereta lama anda kepada kereta baru. 

Contoh salah satu Anggaran Kiraan Bulanan Harga Kereta


Saya jelaskan sedikit bulanan tersebut diperolehi setelah mengambil kira jika interest bank sebanyak 2.25% dikenakan, tolak rebat dari Dealer Honda Semabok, Melaka iaitu sebanyak RM2, 000.00, perpindahan NCD insurans kereta lama dan juga deposit tambahan yang anda ingin bayar (ikut kemampuan jika ingin ditambah ekstra selain dari harga trade-in kereta lama) Pastikan juga, anggaran dan kiraan harga kereta setelah menolak semua rebat jika ada, trade-in kereta dan kos-kos lain yang layak seperti yang diberitahu oleh sales advisor termasuklah perpindahan NCD kereta lama kepada kereta baru.

Untuk pengetahuan, anggaranawal harga trade-in kereta lama saya adalah antara RM8 -12, 000.00 mengikut anggaran harga semasa tahun 2021 bagi kereta Proton Persona H-Line 2011. Harga akhir akan diberikan setelah kereta lama di lepaskan kepada syarikat Used Car. Harga akhir trade-in diperolehi setelah Used Car membuat inspection anggaran kereta anda. Macam kes saya syarikat Used car hanya mengambil RM9, 0000.00 sahaja setelah melikat kondisi kereta saya yang mana 100% diuruskan oleh sales advisor saya sebab komitmen kerja.


Ketiga,

Untuk permohonan pinjaman bank anda diluluskan, macam biasa dokumen asas perlu dikemukakan kepada sales advisor seperti 3 bulan slip gaji, salinan kad pengenalan, penyata KWSP (optional) dan salinan polisi insuran untuk tujuan perpindahan NCD.


Macam kes saya, proses kelulusan pinjaman saya diketahui dalam beberapa hari bekerja sahaja dari tarikh permohonan saya dihantar iaitu pada 4 April 2021 tetapi kelulusan mengikut kes-kes anda.... jika tiada isu cepatlah lulus dan berapa cepat sales advisor anda uruskannya. Sebelum kelulusan, pihak bank akan menelifon anda untuk buat verifikasi sebelum pinjaman diluluskan.

Lama juga saya perlu menunggu untuk saya dapat mengambil kereta lebih kurang 6 minggu selepas pinjaman diluluskan. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh masalah pandemik COVID19 (isitu asyik PKP jerrrr) dan stok pengeluaran kereta Honda terhad.


Keempat,

Dalam kes saya, selepas pinjman kereta diluluskan... sales advisor saya menguruskan urusan menandatangani pinjaman kereta 2 minggu sebelum kereta keluar dan sales advisor saya juga menjadi wakil syarikat used car membuat inspection assessment yang mana beliau mengambil gambar - gambar yang berkenaan seperti: di dashboard meter, bonet depan dan belakang, kawasan tayar, engin dan kawasan yang ada dented/ bekas kemalangan.

Sebelum kereta keluar, anda perlu mengetahui beberapa perkera penting antara:

  • Sales advisor (SA) yang amanah , mereka tidak ambil sebarang deposit sebelum kereta confirm keluar iaitu setelah SA anda dapat no chasis kereta dengan model dan warna yang anda mahukan.
  • Deposit hanya perlu dibayar setelah kereta anda sudah ready untuk keluar dan sudah ada no chasis
  • Pastikan SA anda memberikan no akaun syarikat bukan no akaun individu
  • Tiada caj tersembunyi yang ditambah selepas jumlah yang dipersetujui
  • Jika anda ingin membeli no plat pilihan, boleh beli di portal MySIKAP JPJ iaitu caj serendah RM300.00 sahaja yang mana boleh daftar secara online.


Kelima,

Sales Advisor akan memberikan no akaun syarikat dealer kereta (pastikan akaun Dealer syarikat kereta anda ye) untuk bayar baki deposit secara transfer melalui online setelah menolak jumlah harga trade-in. Pastikan simpan bukti bayaran dan dapatkan official resit.

Selepas ini hanya tunggu sahaja kereta untuk diambil setelah semua sudah lengkap dan didaftarkan cukai jalan dan insurans.

Menyebut kerkenaan pasal insuran kereta lama, sales advisor sudah memberi tahu awal kepada saya, untuk memudahkan urusan perpindahan NCD kereta lama. Saya perlu membayar premium insuran kereta lama yang sudah dapat waived. Duit insurans pendahuluan ini bagi memudahkan perpindahan NCD kereta lama kepada klereta baru lebih cepat yang mana akan dikembalikan semula duit anda itu. Pastikan no akaun bank anda diberikan kepada sales advisor bagi tujuan pembayaran balik nanti bagi pendahuluan insuran dan sentiasa follow-up ye!

Alhamdulillah, tidak sampai seminggu, duit pendahuluan insuran yang dibayar sebelum ini telah dibayar kembali termasuk lebihan premium kereta lama yang berbaki. Yang mana bayaran baki premium dibayar mengikut bilangan hari yang masih tidak digunapakai berdasarkan caj premium tahunan kereta lama anda.


Keenam,

Pada 25 May 2021, saya mengambil kereta idaman saya di Honda Semabok, Melaka, rasa sedih pon ada sebab ingin melepaskan kereta kesayangan saya iaitu persona. 

Dalam kes saya, semasa hari mengambil kereta saya di dealer Honda Semabok, Melaka, saya perlu thumb print untuk batalkan hak milik kereta lama saya di syarikat used car.

Sebelum kereta dibawa balik, saya diterangkan berkenaan kereta dan maintenance schedule dan sebagainya beserta diberi honda gift sahaja serta semua resit bayaran yang berkenaan diberikan beserta polisi insuran kereta baru.


Sebagai ringkasan bayaran yang saya keluarkan bagi proses pembelian kereta baru dengan trade-in kereta lama adalah seperti dibawah:


  1. Bayaran Baki Deposit Kereta - Setelah tolak harga trade-in kereta lama dan rebet HONDA)
  2. Bayaran Pendahuluan Insurans (Jika ada)

     – bayaran ini akan dikembalikan/ dibayar semula oleh pihak insurans kereta lama


Tiada lain - lain kos selain bayaran diatas  yang dikenakan, syukur alhamdulillah urusan dipermudahkan denga seorang sales advisor yang amanah.


So, anda bolehlah gunakan sebagai panduan jika berhadapan kes seperti saya ye!


Sekian sahaja, perkongsian saya kali ini



Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...