See Me!

Showing posts with label proton. Show all posts
Showing posts with label proton. Show all posts

Tuesday, 12 July 2022

Automotif: High Temperature (Proton Persona) Disebabkan oleh Masalah Hose Aircond Bocor

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada satu hari, semasa saya ingin pulang kerja, saya rasa panas semacam di dalam kereta, so saya tengok di Meter Panel indikator bagi temperature naik melebihi separuh iaitu melebihi paras normal.

Ketika ini, saya rasa tidak sedap  hati sebab dalam kepala  tengah fikir ini mesti ada masalah berkaitan aircond. So, hendak sedapkan hati saya carilah maklumat kenapa temperature kereta naik... dan ini antara sebabnya: radiator tersumbat, kurang air, sensor temperature rosak, water pump rosak dan kipas rosak.

Kemudian, saya berhenti sekejap di tempat yang selamat di tepi jalan dan rehatkan kereta untuk periksa apa masalahnya. Selepas berhenti, saya cuba cek air radiator ada berkurang arau tidak tetapi PASTIKAN, jangan buka penutup radiator dalam keadaan panas, matikan enjin dan biarkan enjin sejuk dahulu sekitar 30 minit atau lebih. Sebelum buka cap radiator (seperti ditunjukkan rambar dibawah), pastikan ianya betul - betul sudah sejuk, buka penutup dengan kain tebal sebaiknya dan buka perlahan-lahan ye!.



So, confirm air berkurangan... so saya tidak pasti apa masalahnya tetapi dalam hati yakin ada yang bocor di mana-mana bahagian. Jadi, saya carilah kedai berhampiran untuk membeli beberapa botol air mineral supaya air dalam radiotor penuh sebelum pergi kedai aircond. Kemudian, saya cubalah drive semula dan ingin mencari kedai yang berhampiran, masa ini temperature naik semula selepas beberapa minit.

Seterusnya, saya googlelah kedai aircond kereta yang berhampiran lokasi semasa saya, So, saya jumpa kedai di kawasan industri Malim, Melaka (rujuk gambar dibawah kedai yang saya pergi). Sebelum pergi, saya tanyalah kedai apa yang saya perlu buat, so mereka bagitahu pastikan air ada jangan biar kosong ketika bergerak dan jika temperature naik semula mereka suruh berhenti dan isi semula serta bawa perlahan - lahan sebab takut kerosakan lebih teruk.



Sampai di kedai, foreman suruh saya matikan enjin dan biarkan supaya enjin sejuk dahulu. Kemudian, mereka memeriksa dan membaraikan serta menservis radiator kereta saya.  Selepas mereka cek, mereka dapati ada 2 hos yang bocor iaitu hose yang besar berada di bahagian atas berdekatan cap radiator dan hose yang agak tersembunyi di bahagian bawah yang bersambung dengan radiator. Rujuk gambar dibawah bahagian yang bocor.




Gambar dibawah adalah bahagian - bahagian radiator yang dibuka semasa mencari kebocoran hos - hos tadi serta mencuci radiator mengguna mesin khas.






Gambar dibawah yang dibulatkan dengan bulatan merah adalah kawasan dimana hos bocor yang menyebabkan air radiator berkurang. Yang menyebabkan air berkurang dengan cepat adalah hos dibahagian bawah bocor juga.



Selepas semua hos yang bocor diganti, foreman memasang semula barang - barang yang dibuka dan memasukkan coolant yang baru serta memeriksa semula supaya temperature kembali normal

Yeah, lega temperature engin kembali normal

Ts. Sabar



Wednesday, 30 June 2021

Proses Pembelian Kereta Baru Dan Trade-In Kereta Lama


 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rasanya agak lama sudah tidak kemaskini blog ini. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan pembelian kereta baru dengan trade-in kereta lama saya.


Pertama,

Pastikan anda buat kajian secara menyeluruh dari segi kemampuan dan keperluan untuk bertukar kereta terutamanya semasa pandemic COVID19 masih belum reda lagi. Tujuan saya menukar kereta adalah kerana kereta yang diguna sekarang sudah terpaksa ditukar dan mula timbul pelbagai masalah yang agak kerap dan kos penyelenggaraan meninggi.

Pastikan tujuan paling kuat untuk membeli/ memilih kereta baru dengan mengikut kemampuan bukan kemahuan. Pastikan bulanan mampu dibayar dan mengikut jumlah deposit kereta baru termasuk harga trade-in kereta lama yang boleh dikeluarkan bagi meringgankan bulanan pinjaman anda. Kaji juga baik buruk model kereta yang ingin dibeli ye untuk kepuasan anda juga.


Kedua,

Saya membuat survey berapa dealer bagi pilihan jenama kereta yang sama dan juga jenama kereta lain yang termasuk dalam senarai pilihan.


So, saya sudah membuat pilihan dari satu jenama bukan dari Malaysia. 

Kemudian, saya memilih sales advisor selepas buat sedikit semakan profil bagi  urusan pembelian kereta dan urusan trade-in kereta. Disini anda boleh tanya semua pertanyaan berkenaan kereta yang anda kehendaki termasuklah rebat, sales tax, insuran, interest bank dan sebagainya. Pastikan kalau boleh sales advisor boleh mencari bank yang boleh memberi interest bank yang terendah sebab itu menentukan jumlah pinjaman bulanan kereta anda. 

Pastikan anda menyuruh sales advisor menyediakan beberapa anggaran kos mengikut jumlah tahun pinjaman (5/ 7/ 9 tahun) yang anda mahukan sebelum membuat keputusan termasuklah setelah menolak semua rebat jika ada, trade- in kereta dan kos-kos lain yang layak seperti yang diberitahu oleh sales advisor termasuklah perpindahan NCD kereta lama anda kepada kereta baru. 

Contoh salah satu Anggaran Kiraan Bulanan Harga Kereta


Saya jelaskan sedikit bulanan tersebut diperolehi setelah mengambil kira jika interest bank sebanyak 2.25% dikenakan, tolak rebat dari Dealer Honda Semabok, Melaka iaitu sebanyak RM2, 000.00, perpindahan NCD insurans kereta lama dan juga deposit tambahan yang anda ingin bayar (ikut kemampuan jika ingin ditambah ekstra selain dari harga trade-in kereta lama) Pastikan juga, anggaran dan kiraan harga kereta setelah menolak semua rebat jika ada, trade-in kereta dan kos-kos lain yang layak seperti yang diberitahu oleh sales advisor termasuklah perpindahan NCD kereta lama kepada kereta baru.

Untuk pengetahuan, anggaranawal harga trade-in kereta lama saya adalah antara RM8 -12, 000.00 mengikut anggaran harga semasa tahun 2021 bagi kereta Proton Persona H-Line 2011. Harga akhir akan diberikan setelah kereta lama di lepaskan kepada syarikat Used Car. Harga akhir trade-in diperolehi setelah Used Car membuat inspection anggaran kereta anda. Macam kes saya syarikat Used car hanya mengambil RM9, 0000.00 sahaja setelah melikat kondisi kereta saya yang mana 100% diuruskan oleh sales advisor saya sebab komitmen kerja.


Ketiga,

Untuk permohonan pinjaman bank anda diluluskan, macam biasa dokumen asas perlu dikemukakan kepada sales advisor seperti 3 bulan slip gaji, salinan kad pengenalan, penyata KWSP (optional) dan salinan polisi insuran untuk tujuan perpindahan NCD.


Macam kes saya, proses kelulusan pinjaman saya diketahui dalam beberapa hari bekerja sahaja dari tarikh permohonan saya dihantar iaitu pada 4 April 2021 tetapi kelulusan mengikut kes-kes anda.... jika tiada isu cepatlah lulus dan berapa cepat sales advisor anda uruskannya. Sebelum kelulusan, pihak bank akan menelifon anda untuk buat verifikasi sebelum pinjaman diluluskan.

Lama juga saya perlu menunggu untuk saya dapat mengambil kereta lebih kurang 6 minggu selepas pinjaman diluluskan. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh masalah pandemik COVID19 (isitu asyik PKP jerrrr) dan stok pengeluaran kereta Honda terhad.


Keempat,

Dalam kes saya, selepas pinjman kereta diluluskan... sales advisor saya menguruskan urusan menandatangani pinjaman kereta 2 minggu sebelum kereta keluar dan sales advisor saya juga menjadi wakil syarikat used car membuat inspection assessment yang mana beliau mengambil gambar - gambar yang berkenaan seperti: di dashboard meter, bonet depan dan belakang, kawasan tayar, engin dan kawasan yang ada dented/ bekas kemalangan.

Sebelum kereta keluar, anda perlu mengetahui beberapa perkera penting antara:

  • Sales advisor (SA) yang amanah , mereka tidak ambil sebarang deposit sebelum kereta confirm keluar iaitu setelah SA anda dapat no chasis kereta dengan model dan warna yang anda mahukan.
  • Deposit hanya perlu dibayar setelah kereta anda sudah ready untuk keluar dan sudah ada no chasis
  • Pastikan SA anda memberikan no akaun syarikat bukan no akaun individu
  • Tiada caj tersembunyi yang ditambah selepas jumlah yang dipersetujui
  • Jika anda ingin membeli no plat pilihan, boleh beli di portal MySIKAP JPJ iaitu caj serendah RM300.00 sahaja yang mana boleh daftar secara online.


Kelima,

Sales Advisor akan memberikan no akaun syarikat dealer kereta (pastikan akaun Dealer syarikat kereta anda ye) untuk bayar baki deposit secara transfer melalui online setelah menolak jumlah harga trade-in. Pastikan simpan bukti bayaran dan dapatkan official resit.

Selepas ini hanya tunggu sahaja kereta untuk diambil setelah semua sudah lengkap dan didaftarkan cukai jalan dan insurans.

Menyebut kerkenaan pasal insuran kereta lama, sales advisor sudah memberi tahu awal kepada saya, untuk memudahkan urusan perpindahan NCD kereta lama. Saya perlu membayar premium insuran kereta lama yang sudah dapat waived. Duit insurans pendahuluan ini bagi memudahkan perpindahan NCD kereta lama kepada klereta baru lebih cepat yang mana akan dikembalikan semula duit anda itu. Pastikan no akaun bank anda diberikan kepada sales advisor bagi tujuan pembayaran balik nanti bagi pendahuluan insuran dan sentiasa follow-up ye!

Alhamdulillah, tidak sampai seminggu, duit pendahuluan insuran yang dibayar sebelum ini telah dibayar kembali termasuk lebihan premium kereta lama yang berbaki. Yang mana bayaran baki premium dibayar mengikut bilangan hari yang masih tidak digunapakai berdasarkan caj premium tahunan kereta lama anda.


Keenam,

Pada 25 May 2021, saya mengambil kereta idaman saya di Honda Semabok, Melaka, rasa sedih pon ada sebab ingin melepaskan kereta kesayangan saya iaitu persona. 

Dalam kes saya, semasa hari mengambil kereta saya di dealer Honda Semabok, Melaka, saya perlu thumb print untuk batalkan hak milik kereta lama saya di syarikat used car.

Sebelum kereta dibawa balik, saya diterangkan berkenaan kereta dan maintenance schedule dan sebagainya beserta diberi honda gift sahaja serta semua resit bayaran yang berkenaan diberikan beserta polisi insuran kereta baru.


Sebagai ringkasan bayaran yang saya keluarkan bagi proses pembelian kereta baru dengan trade-in kereta lama adalah seperti dibawah:


  1. Bayaran Baki Deposit Kereta - Setelah tolak harga trade-in kereta lama dan rebet HONDA)
  2. Bayaran Pendahuluan Insurans (Jika ada)

     – bayaran ini akan dikembalikan/ dibayar semula oleh pihak insurans kereta lama


Tiada lain - lain kos selain bayaran diatas  yang dikenakan, syukur alhamdulillah urusan dipermudahkan denga seorang sales advisor yang amanah.


So, anda bolehlah gunakan sebagai panduan jika berhadapan kes seperti saya ye!


Sekian sahaja, perkongsian saya kali ini



Tuesday, 10 September 2019

Simptom Kerosakan Audio Player


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini lewat malam tanggal 6 September 2019, aku keluar untuk membeli barang, semasa dalam perjalanan macam biasa buka muzik untuk hilangkan rasa bosan semasa memandu... Hendak dijadikan hal, dan berhenti di kedai untuk membeli barang ... so teruskan perjalan  untuk balik rumah selepas membeli... dijadikan cerita aku cuba untuk on kan  player tetapi tidak hidup... hanya lampu skrin jer bernyala... kemudian, ak cuba untuk off kan tetapi tidak boleh juga walaupun sudah cuba banyak kali skrin masih menyala dan tidak boleh dipadamkan.

Sampai di rumah, enjin dimatikan tetapi lampu skrin masih menyala... so, nak cari kedai sudah lewat malam, so... dibiarkan walaupun hati risau  yela mesti akan guna bateri serta boleh kong dan tawakal jer.

Ke esokkan hari, terus mencari kedai aksesori kereta iaitu sekitar 10am yang berdekatan untuk periksa sebab kerosakan pada player keretaku.

Sampai di kedai, technician tu buka audio player ... dia check current guna test lamp semasa enjin off dan  on... so, dia confirmkn bagitahu memang player rosak dia kata memang dah masa rosak biasalah masih pakai barang original sejak beli kereta ni ...

So, hendak or tak nak kena juga tukar sebab bosan juga jika muzik tiada kalau memandu kan. So, dia pon tunjuk jenis dan harga player... ak terus pilih touch screen 7" jenama Pegasus model PGD-707 double Din tak tahulah bagus or tak.. tapi ikut bajet anda hendak murah atau mahal...buat masa ini puas hati dengan pilihan.... tengok harga di shopee lebih kurang bermula RM80-RM300++ (tidak siap pasang ye) ikut jenama tapi kedai tu bagi harga RM388 seunit... ak pon malas hendak fikir biasalah harga kedai kan... kalo hendak tunggu bli di shopee kena tunggu lagi dan caj pasang lain... lebih kurang jer la.

Speksifikasi Audio Player Jenama Pegasus PGD-707


Ak pon berkenan juga hendak pasang reverse camera hehehe harga dia bagi RM150 guna camera jenis brand pivot tengok kt shopee dalam RM90 juga la... Model ni spesifikasinya agak bagus dalam trange hargayan juga cuma tiada navi dan android supppot jer tetapi  boleh connect dengan phone link anda dengan menggunakan USB cable thru Autolink app.

Aksesori Pemasangan dan Jenis Reverse Camera

Aku pon bagi tahu kalo harga all in RM500 semua yang direquest, aku setuju... itupun selepas tawar... Mereka juga ada tukar double din player casing dianggarkan harga RM20-30... dia hendak caj tapi bila sudah bagitahua RM500 all in mereka pon kata ok.... so dapat free... siap dapat air free sebab menunggu 2 jam untuk dipasang...

Siap Dipasang...


Sekian...

Thursday, 15 February 2018

Kerosakan pada Wheel Bearing Proton Persona



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Untuk panduan pastikan jika ingin pergi kedai kereta, pergilah kedai yang boleh dipercayai terutama bagi menyelesaikan masalah kereta. Untuk kes saya, tahun lepas saya ada share artikel berkenaan Lathe Disc yang dilalukan oleh kedai kereta selepas memberitahu ada bunyi ketak-ketak di bahagian tayar depan. Malangnya kedai tersebut tidak dapat menghilangkan bunyi tersebut sehingga sekarang...sabar jer la.


Selepas bersabar berbulan lamanya dan bunyi tersebut makin kuat, pada bulan ini, tanggal 10/02/2018... saya telah pergi ke kedai di kawasan Krubong Jaya, Melaka untuk servis kereta dan pada masa yang sama  saya menyuruh foreman kedai tersebut untuk memeriksa bunyi tersebut....foreman tersebut apa lagi buat test drive dengan saya duduk disebelah dia untuk memastikan bunyi yang terdapat pada kereta saya itu.



Selepas itu, tayar kereta saya ditanggalkan dan foreman tersebut memeriksa bahagian pemegang tayar kereta saya dengan menggunakan Stethoscope  dah macam alat doktor memeriksa pesakit tue... terkesima plak kedai tu ada alat macam itu. So, dalam hati nampak macam kedai ini dapat tahu masalah kereta dan lebih yakin masalah bunyi ketak-ketak itu dapat hilang....alhamdullillah bunyi tersebut hilang akhirnya setelah diberitahu dan dibaiki.


Masalah yang berlaku pada pemegang tayar adalah disebabkan Bearing.... so apa lagi foreman tersebut melakukan kerjanya untuk menggantikan bearing yang telah rosak yang mana harga untuk tukar bagi model Proton adalah sekitar RM135.00.



Gambar 1: Bearing yang akan ditukar
Gambar 1 menunjukkan  bahagian yang akan di grind untuk digantikan dengan yang baru pagi keseluruhan proses membaik pulih masalah wheel bearing yang dihadapi sekarang.

Gambar 2
Gambar 2 menunjukkan klip yang grip dikawsan bahagian ini dikeluarkan bagi tujuan pembersihan sebelum diganti dengan spare part baru.

Gambar 3
Gambar 3 menunjukkan di grind untuk membuat keliling bagi membaikpulih cengkaman  wheel rod seperti dalam rajah 4...maaflah xpasti bahasa mekanik apa dia.

Gambar 4
Gambar 4 menunjukkan gambar  bearing yang dikeluarkan dari bahagian wheel bearing untuk digantikan dan bahagian yang di grind tadi

Gambar 5
Gambar 5 menunjukkan Wheel Bearing yang telah dibaiki untuk dipasang semula pada bahagian kereta. Foreman juga menasihatkan selepas penggantikan wheel beearing di nasihatkan untuk membuat alignment dan balancing pada tayar.


Hilanglah rasa ketak - ketak selepas menahan kerisauan berbulan lamanya yela takut masalah lain kan....Alhamdulillah ...bolehlah berjalan jauh dengan hati yang lega selepas ni...kalau tidak nak speed laju-laju pun gusar takut roda melayang hehhee.


Ingat**** carilah bengkel kereta yang boleh dipercayai servis & kualiti bagi menjimatkan wang anda...jangan kena tipu macam saya sebelum, ini...


Peace Yoo




Monday, 13 March 2017

Proton Power Window Faulted


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hampir Seminggu aku perhatikan yang power window dibahagian driver ada masalah semasa hendak turunkan cerman berbunyi Ketak, Ketak, Ketak tetapi bila mahu naikkan cermain ia smooth. Ingatkan ianya hanya sementara tetapi dah berhari-hari menunggu kononnya akan hilang tetapi frust juga la...sama jer

So, aku rasa tidak selesa, as usual I love my car such as my wife hahahha even though i am single hahahahhahaha. On 12/03/2017 (Sunday).... i am trying google workshop around melaka which workshop open on the weekend... its quite difficult actually.... So apa lagi aku cari la kt google cuba nasib...Alhamdulillah dapat jumpa bengkel melayu buka on weekend ahad lagi dari facebook fanpage dorg...iaitu di kawasan Taman Lesung Batu Jaya Utama berhampiran dengan CH Trading Market di Pengkalan, Alor Gajah.

Apa lagi aku terus telefon kedai dan dia bagi tahu kedai dah buka, so apa lagi aku memecutkan kereta ke kedai tersebut la...yela on the next weekend aku kena pergi ke negeri pantai timur sebab ada program kalo power window tidak berfungsi susah juga sebab kereta bukan tingkap manual hehehe dan tambahan lagi jika hendak bayar tol agak leceh nanti.

Sampai di kedai,  kedai tersebut macam baru dan tidak banyak barang..... rasa dalam hati macam salah kedai tapi tabahkan hati dan cuba nasib..... so foreman cuba tengok masalah power window aku dan foreman tersebut memberi tahu ada masalah dengan regulator pada awalnya....Tetapi untuk makluman boleh dikatakan semua foreman akan asyik tengok telifon semasa repair kereta di bengkel tetapi tidak pasti sebabnya maybe semua foreman baru kot masih dalam proses pembelajaran<<<bersangka baik.

Selepas itu, foreman yang check kereta aku tanggalkan bahagian yang rosak untuk ditukar part baru tetapi sebelum itu dia macam menelifon orang bertanyakan berkenaan part yang ingin ditukar maybe ingin membeli part dari kedai lain...yela macam aku bagi tahu tadi stor dia agak kosong yang banyak ada pon macam minyak enjin....Lama juga kena menunggu lebih kurang 30minutes+++ baru barang sampai.

sampai jer, foreman  tu inform bukan regulator yang rosak tetapi power window motor yang rosak sebenarnya mayb dia discuss and bertanya dengan kedai lain kottt.... dan dia pon tukar la power window motor tu sekadar segera.

Power Window Motor
Foreman tu pon tukar power window motor (aku tengok packing ini dia guna power window proton saga lah) dan memberi tahu harga sama macam harga regulator iaitu RM120.00 dan harga upah RM20.00 (murah sangat la harga upah ni) kalo kedai lain upah dah mencecah minimum RM50.00... Syukur alhamdulillah power window aku sudah berfungsi dengan baik seperti sedia kala....Hilanglah bunyi ketak, ketak, ketak dan boleh drive ke pantai timur dengan rasa bahagia & selesa.....Thanks abang foreman walaupun barang tidak banyak di stor tapi ada good network to find the stock from others worksshop...Good Job.


Alhamdulillah...hilangla rasa khuatirku


Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...