See Me!

Showing posts with label sunset. Show all posts
Showing posts with label sunset. Show all posts

Sunday, 5 June 2016

Year 2016 Vacation 14-20 April 2016 to Sarawak and Sabah (Day 4; 17 April 2016)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada tarikh ini iaitu 17 April 2016, aku berada di Sabah pula untuk tempat destinasi percutian yang kedua selepas Kuching. Pada hari ini juga banyak berjalan - jalan sekitar Pekan Kraf tangan di Kota Kinabalu.

Hari ini kami bangun sedikit lewat sedikit sebab semua keletihan tambahan lagi aku tetiba diserang selesema...sejuk sangat kot bilik hotel.

Kami keluar atau check out dari hotel Inanam di Kota Kinabalu sekitar 11am terus makan di retoran pertama betul-betul berhadapan hotel Megah Inn, Inanam yang mana menawarkan makanan rasa orang Sabah dan kadar hotel di megah inn sekitar RM80++ semalam untuk queen bed.
Gambar 1: Restoran  Minum Pagi berhadapan Megah inn, inanam
Kami juga bergerak pergi ke muzium marin di dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah yang terletak tidak jauh dari hotel kami menginap iaitu di Kota Kinabalu tetapi malangnya kami tidak dapat masuk kerana tidak buka pada hari ahad so...kami pergilah bergambar ditempat lain selepas menunaikan solat fardhu di Masjid UMS yang sangat indah dan tersergam indah serta bergambar di persekitaran masjid


Gambar 2: Persekitaran Kawasan Masjid

Gambar 3: Pose kejap  selepas solat zohor

Gambar 4

Selepas bergambar di sekitar kawasan masjid kami bergerak untuk bergambar di kawasan yang penuh dengan kawasan pokok yang popular disebabkan rimbunannya penuh dengan bunga-bunga seperti berada di kawsan korea yang mana kelopak-kelopak bunga jatuh bertaburan di jalan- jalan kawasan UMS.
Gambar 6: dah macam kt korea plak banyak bunga bertaburan

Gambar 7: Posed tgh jalan utk view pokok2 yang indah

Gambar 8

Gambar 9: Melompat lebih tinggi menikmati keindahan ciptaan Allah

Kami juga sempat melawat di UMS Yard yang mana ada pantai yang indah dan juga bot milik UMS yang terletak di sana.




Gambar 10: Posed kejap di Bot milik UMS

Gambar 11: Posed di kawasan Pantar UMS

Lewat petang selepas check in di servis apartment di sekitar kota kinabalu city yang mana rate bilik semalam agak mahal sekitar RM200++ tetapi boleh cuba kerana agak selesa serta kedudukan service aprtment berada di bandar yang agak sibuk dengan manusia dan kenderaan di kawasan ini. Selepas check in, kami ke Pantai Tanjung Aru untuk melihat sunset...lama jugalah kami melepak disini sambil melihat pengunjung mandi manda dan kami cuma berjalan di pesisir pantai sahaja sambil menunggu sunset kunjung tiba untuk melihat kekuasaan ciptaan Maha Pencipta.

Gambar 12: Indahnya sunset di Pantai Tanjung Aru

Gambar 13: Panorama di Pantai Tangjung Aru

Gambar 14

Gambar 15

Gambar 16; Panoramaku

Gambar 17: Sunset

Gambar 18: Pandangan Sunset

Alhamdulillah dapat melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t di bumi Kota Kinabalu, Sabah disaat aku masih bernafas.


Alhamdulillah


***Syukur Selalu***




Recent post

Review Jujur Coklat Vlinder (Arab) an Chocolala

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera   Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman merasai coklat mahal dari Arab dan Dubai iaitu cok...